Assalamualaikum
Usai sarapan pagi keropok lekor ganu dan nescafe panas, sedang bersarapan terpasang satu rancangan di television bertajuk, Tahajud Cinta, arahan Erma Fatima mungkin. Movie lama, mungkin aku baru ja tengok. Adalah scene-scene yang buat aku tak senang duduk, menampakkan kisah cinta islamik yang dibuat-buat. Ala ala macam movie 7 Petala Cinta.
Pinjam istilah yang diguna pakai umi, "Islam tempelan". Erk, sentap kan. Kerana scenenya di Bumi Anbiya', tapi boleh pula lelaki berdua-duaan dengan perempuan di luar khemah, boleh pula ada satu scene tu, yang si ustaz tu sengaja pegang tangan wanita muslimah(even pakai sarung tangan) dan selak niqab muslimah tu. Such a direspectful man I can say. So Ustaz =_="
Dan berkatalah muslimah itu (some sort of sebab tak ingat sangat)....
"Awak tak berpegang pada janji awak, macam mana saya nak percaya pada janji awak jika berkahwin nanti?" (walaupun sebenarnya tak tahulah mereka bercinta ke apa sebab muslimah tu macam tak nak kat dia)
"Kalau belum kahwin pun awk dah bla bla bla, macam mana awak nak jadi khalifah saya nanti?!"
Then, lelaki tu pun minta maaf.
Dan biasalah aku pun tambah skrip depan tv,
"Minta maaf, minta maaf. Senang kan hidup ini. Waktu buat sesuatu tindakan tak nak fikir kesan dan akibat. Bila dah buat, minta maaf, kemudian berilah seribu janji. Cukuplah kotakan janji untuk berubah pada diri sendiri, dan yang utama pada Allah. Berubah sebab manusia takkan kekal lama"
Dan membuatkan aku terfikir, sebenarnya pengarah filem mereka mempunyai niat yang baik untuk sampaikan mesej percintaan menurut Islam tetapi sayangnya mesejnya tidak sampai. Namun lebih malang jika menambah fitnah pada agama dan ahli agamawan itu sendiri nauzubillahiminzalik. Tambah jika scene filem itu dijadikan modal bercinta ala-ala islamik. Sebab itu aku merasakan perlunya ada orang beragama (dalam bidang agama pun lebih baik) sebagai penasihatnya. Terlebih baik jika kita sendiri yang berada dalam lapangan itu kan...Dulu aku pernah cita-cita jadi penulis skrip Islamik, tapi entahlah kelautttttt.... Aku masih cuba menjadi seorang Muslim dan Mukmin yang baik dari segi praktikalnya, lisannya. Tak mudah.
Dah, panjang sangat intornya, back to the topik,
There's one of the conversation between me and Hamizah, back after our usrah n zikir munajat under Ameerah (Gen3). Refleksi yang sangat dalam.
"Hebat kan dia, mana-mana pimpinan pergi je dia ada..."
"Kan, tak terikut kita. Bagus semangat juangnya."
"Awak rasa dia tu dah ada orang?"
"Dahlah, cantik, hebat dan solehah macam tu, mesti ada tu..."
"Tapi dia tak nampak macam dah ada pun"
"Awak tengok pun tahu kan...."
"Ha'ah nampak macam perahsia orangnya.."
"Iyalah, orang macam dia, mana sempat fikir soal hati dan perasaan ini, fikirnya pasal perjuangan saja..."
Aku dan sahabat aku terdiam. cemburunya pada dia, betapa kami berharap akan jadi seperti kamu duhai gadis pejuang. Bukan hanya fizikalnya sibuk dengan perjuangan, hati dan mindanya juga sibuk memikirkan perjuangan. T_T
Pada dia, aku lihat soal perjuangan itu bukan hanya difikirkan ketika lapang dan saat punya senggang waktu, tapi perjuangan itulah nadi yang mengalir dalam darah setiap waktu dan saat, tak henti berfikir untuk Islam. Nangis. Sebab diri sendiri asyik fikir soal hati dan perasaan.
Hebatkan aura seorang wanita solehah?
Peribadinya yang kuat itu saja dah berjaya menyentakkan hati dan memuhasabah diri aku.
Taqabbalahuuminnawaminkum.
Semoga ujian iman ini menguatkan.
Selamat Tahun Baru.
“(Allah) yang menjadikan mati dan hidup, supaya Dia menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya” (Al-Mulk :2)
Nasyid Instrumental
30 Disember 2016
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Cerpen : Partikel Tuhan (PART 1)
“Kau tahu apa yang paling kecil dalam dunia ini - pada tahap yang boleh dijelaskan?” “Atom?” “Sekadar meneka atau apa?” “Penge...
-
'Maha Suci yang menghilangkan segala kedukaan, Maha Suci yang menghapuskan segala kesedihan. Maha suci yang melenyapkan segala hutang....
-
Salah sebuah masjid di Padang Indonesia - Masjid Taqwa Semalam usai pulang habis kerja, singgah solat di Masjid Al-Umm untuk maghrib d...
-
Bismillahirrahmanirrahim, Tasik Danau Maninjau, Bukit Tinggi Beberapa hari lalu, pulang dari permusafiran dari tempat yang damai -...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan