Masjid Nabawi |
Prolog
“Surah Ar-Rahman
lagi?”
Aku
menoleh ke arahnya. Mungkin Fahima memerhati aku asyik mengulang surah yang
sama pada setiap kali selepas solat fardhu di sini.
“Iya.
Sebab suka ”
Pendek
jawapanku. Antara malas dan berusaha
juga melayan soalannya. Boleh saja ingin meluahkan cerita, namun ketika ini, berdiam diri seakan ubat yang
lebih cepat sembuhnya. Sebegitu banyak
perkara yang mengecewakan dan mencengkam perasaan berlaku di tanah air, kemudian
Tuhanmu yang Maha Penyayang dalam firmanNya yang berulang-ulang memujuk, ‘Maka
nikmat Tuhan manakah yang hendak engkau dustakan?”
Harus sampai
ke tahap manalah hendak dibawa kesedihan dan dukacita berpanjangan itu.
Bukankah
nikmat & rahmatNya sebegitu luas untuk difikir-fikirkan?
Catatan di Masjid Nabawi (Dis 2015)
Keadaan di
pintu utama sebelah kiri masjid Nabawi agak padat dengan manusia pelbagai negara
yang keluar dan masuk. Ketika itu waktu
perantara antara Zohor dan Asar. Aku dan
Fahima setelah mengambil kasut kami dalam bungkusan beg kain, bersedia untuk
keluar untuk selesaikan hajat manusiawi, memperbaharui wudhu’ selain mengisi
semula botol kosong kami dengan air Zam-zam. Kami menghala ke bilik air yang tersedia di
bahagian laman masjid Nabawi di tingkat bawah (perlu melalui elevator/ tangga).
Ketika dalam perjalanan keluar di pintu
Masjid Nabawi, kami ditegur seorang wanita berbangsa arab dalam linkungan usia 50-an.
“Assalamualaik! Hal Babur Raudhah maftuhah? (Adakah pintu raudhah dibuka?) ”,
Wanita itu
memandang tepat pada wajah Fahima menanti jawapan. Fahima kelihatan terpinga-pinga.
Aku yang hairan. Untuk soalan itu jawab
sajalah, Na’am atau La’. Oleh kerana dia tidak tanya pada aku, aku diam sajalah
kerana fikir Fahima boleh jawab sendiri pertanyaan semudah itu. Pintu Raudhah
tidak dibuka sepanjang waktu untuk jemaah muslimah, cuma pada hari dan waktu
tertentu sahaja dibuka seperti selepas solat Asar dan selepas Isyak. Berbeza dengan Jemaah lelaki yang dibuka
hampir sepanjang waktu.
Fahima
mengeleng seraya menjawab, “No”.
Aku dah tersengih-sengih. Orang tanya bahasa
Arab, ada pula dia jawab dalam bahasa Inggeris. Wanita Arab yang bertanya itu langsung terus
melangkah ke dalam, sedikit terkejar. Mungkin oleh kerana keadaan di pintu masuk yang sedikit bertolak-tolak.
“Haishlah. Macam
tak pernah belajar arab saja jawabnya. Waktu inilah nak praktis cakap Arab”,
komenku pada Fahima setelah kami keluar dari pintu Masjid Nabawi.
Keadaan laman luar Masjid Nabawi agak lapang dan tenang. Ada yang berkelah bersama keluarga. Kebiasaannya, manusia mula datang berbondong-bondong ketika waktu solat, kawasan laman yang lapang ini juga sebahagiannya jadi tempat untuk menunaikan solat.
Keadaan laman luar Masjid Nabawi agak lapang dan tenang. Ada yang berkelah bersama keluarga. Kebiasaannya, manusia mula datang berbondong-bondong ketika waktu solat, kawasan laman yang lapang ini juga sebahagiannya jadi tempat untuk menunaikan solat.
“Entahlah. Gugup
tiba-tiba. Punyalah tak sangka orang Arab tu cakap arab dengan Ima. Faham tak
maknanya apa?”
“Nak kata diri
sendiri ada muka orang Arablah tu!”, aku
memandangnya dengan ekor mata.
“Kak Ngah
ada? Tak ada kan, tak ada kan?”, dia terkekeh-kekeh ketawa geli hati. Bahagia sungguh dilihat ada
iras-iras orang Arab.
“Malas
nak layan”.
Manusia perasan itu ada di mana-mana termasuk di Masjid Nabawi.
***
Karpet Hijau (Batasan kawasan Raudhah) |
Jemaah
Malaysia dikelompokkan bersekali dengan Jemaah Indonesia bahagian hadapan selatan pintu
Raudhah. Jemaah beserta mutawifah masing-masing. Kelompok kami menanti giliran
dengan sabar. Paling awal menunggu, antara paling akhir masuk. Boleh saja ikut gerombolan bangsa Arab lainnya
ikut ke dalam, cuma mungkin ianya menjadi medan tempur yang tidak layak buat
kami. Orang Malaysia dan Indonesia fizikalnya agak kecil. Kudratnya juga
begitu.
Pintu
Raudhah dikawal oleh pengawal muslimah berbangsa Arab berabaya hitam berniqab. Bercakap
dalam bahasa arab komunikasi yang mudah difahami semua. Ajaib bukan di sini?
Apabila yang tidak boleh berbahasa Arab juga boleh faham bahasa Arab ketika
itu. Mendengar arahan dengan baik dan saksama.
“Isbir!
Isbir!”, arah pengawal Raudhah.
Namun,
yang tidak mahu menunggu giliran, terus aja merempuh. Barangkali bukan bahasa isunya yang membuatkan
manusia tidak faham. Bahasa yang mudah
difahami, namun sukar untuk mentaati melaluinya.
Tanpa
mutawifah, kami cuma bertiga ketika itu – aku, Fahima dan Umi. Zikir-zikir dan
doa dalam buku umrah telah habis kami baca beberapa kali. Walaupun setelah
berganjak beberapa kali kedudukan tempat duduk, keadaan di pintu Raudhah masih
juga agak sesak seakan tidak berkurang. Oleh
kerana menunggu agak lama, aku dan Fahima kami bernasyid berdua, tanda ingatan
kami pada Rasulullah. Selagi manusia tak surut-surut, kami berdua berganti nasyid
berikutnya.
Rasulullah
dalam mengenangmu
Kami
susuli lembaran sirahmu
Pahit
getir pengorbananmu
Membawa
cahaya kebenaran
Rasulullah
kami umatmu
Walau
tak pernah melihat wajahmu
Kami
cuba mengingatimu
Dan
kami cuba mengamal sunnahmu
----
Alangkah
indahnya hidup ini
Andai
dapat kutatap wajahmu
Kan
pasti mengalir air mataku
Karena
pancaran ketenanganmu
Alangkah
indahnya hidup ini
Andai
dapat kukucup tanganmu
Moga
mengalir keberkatan dalam diriku
Untuk
mengikut jejak langkahmu
Ya
Rasulallah, Ya Habiballah
Tak
pernah kutatap wajahmu
Ya
Rasulallah, Ya Habiballah
Kami
rindu padamu
Ya
Rasulallah, Ya Habiballah
Kami
rindu padamu
Kutahu
cintamu kepada ummat
Umati
umati
Kutahu
bimbangnya kau tentang kami
Syafa'atkan
kami
Ya
Rasulallah, Ya Habiballah
Terimalah
kami sebagai umatmu
Ya
Rasulallah, Ya Habiballah
Kurniakanlah
syafa'atmu
Makam Rasulullah telah kelihatan dari kejauhan, pesan Umi pada kami berdua -
“Ucapkanlah salam
buat Rasulullah. Sampai sana nanti jangan tamak. Solat dua rakaat di Raudhah
dan terus cepat-cepat keluar dari Raudhah. Doa nanti saja ketika di karpet merah. Biar ramai lagi
manusia beroleh tempat untuk bersolat di situ”.
Dan
manusia berebut-rebut untuk masuk ke Raudhah dan mendekati makam Rasulullah. Solat
di Raudhah aku kira mungkin sekitar seminit setengah atau dua minit. Banyak masanya duduk-duduk iktikaf di karpet
merah sambil memandang sayu pada makam Rasulullah. Ya Rasulullah, aku hadir
menziarahi makammu. Dan dalam aduan-aduan kecil perihal kerumitan kehidupan dan perjuangan, yang aku
kira sebenarnya langsung tidak sebanding perjuangan Nabi. Tetapi entah kenapa kita tetap
juga ingin mengadu. Atau boleh dikira, bahawa adakah hidup ini sebenar-benarnya telah menyambung risalah yang dibawanya atau tidak?
Muhasabah
aku ketika itu. Pengalaman ini, adalah satu umrah di hujung tahun ketika cuti
sekolah. Belum haji yang pastinya mengumpulkan lebih ramai manusia. Pengalaman
berada dekat dengan makam Rasulullah pada satu waktu solat. Baru Muslimah
sahaja, belum ditambah Jemaah muslimin yang ada. Seluruh manusia yang mengaku
umat Rasulullah belum lagi benar-benar dikumpulkan. Umat Rasulullah dari zaman
para sahabat sehinggalah ke abad ini.
Berebutnya
sudah sebegini.
“Lihatlah
betapa ramai umat Rasulullah, bukan kita saja yang umatnya, bukan kita saja
merinduinya. Maka
di akhirat nanti, berjayakah kita bertemu Nabi memohon syafaatnya di
tengah-tengah keramaian dan tolak-tolak manusia yang juga turut mengaku
umatnya?"
Syafaati
kami Ya Rasulullah.
Untuk
hari-hari yang kami tenggelam dalam urusan dunia tanpa selawat kepadamu, untuk
hari ini di hari kelahiranmu, apa salahnya kami melahirkan rasa cinta dan mengingatimu dengan berlebihan daripada selalu?
Allahumma solli’alaihi
wasallam.
Taqabalallahuminna wa minkum.
Moga tulisan ini bermanfaat. Berceramah atau menjadi panel forum memang bukan saya orangnya, maka tulisan ini sajalah yang termampu untuk menzahirkan sebuah rasa cinta kepada Baginda.
Yang tetap dalam kerinduan, kerinduan untuk kembali |
Taqabalallahuminna wa minkum.
Moga tulisan ini bermanfaat. Berceramah atau menjadi panel forum memang bukan saya orangnya, maka tulisan ini sajalah yang termampu untuk menzahirkan sebuah rasa cinta kepada Baginda.
1 ulasan:
Barakallahu fik kakngah terchintaa sudi rakamkan detik2 terindah menziarahi makam baginda nabi SAW.Moga penulisan sebegini memberi manfaat dan jentikan pada setiap jiwa yang membacanya.Rindunyaaa nak ke sanaa lagiii
Catat Ulasan