Nasyid Instrumental

30 November 2009

comey kan??

Assalamualaikum...
look what just i found....

koleksi keseluruhannya...handmade semuanya
little red riding hood.....
deer with red nose
looks simple kan???
haa..yg ni la yg pling comel skali....


first klik tu,ana dah set dah...nak order yg tu,yang ni...alih-alih tengok harga dia..huih..
tengok angka double tu dah terkejut dah...pastu ada lak USD $44...x jadi lah...44 kali empat dah dekat seratus lebih....itu baru untuk satu keychain kat hp tuh...belum lagi dia punya purse,handbag....aisy..xpe lah..nanti buat sendiri...

siapa-siapa yang berkenan tu boleh lah bukak lmn web di bawah ni...(jgn buat2 trkejut pulak bila lihat harganya)
http://paper-and-string.blogspot.com

buat masa sekarang ni,ana baru je register kat lmn web photoshop...gembira sgt,habis satu rumah ana bagitau...pastu adik ana dengan selambanya cakap,
"ek eleh...baru tau ke??orang dah lama tahu"
hehe...ketinggalan betul ana ni...

btw,its not too late to wish "Selamat Hari raya Aidil Adha"....
*kari daging,rendang daging,daging masak merah,daging masak black pepper,gulai daging.....

29 November 2009

Jangan Lupakan Dirimu


"Mengapa kamu menyuruh orang lain (mengerjakan) kebajikan, sedangkan kamu melupakan dirimu sendiri, padahal kamu membaca Kitab (Taurat)? Tidakkah kamu mengerti?"
(Al-Baqarah: 44)

Sekadar peringatan buat diri sendiri dan juga peringatan bersama.

Sama ada mengajak orang lain berbuat baik atau mencegah perbuatan maksiat dan kejahatan, kita seringkali fokus pada orang lain tanpa terlebih dahulu atau pada masa yang sama turut muhasabah, menegur dan memperbaiki diri sendiri. Kita lupa pada diri sendiri.

Saya teringat kata-kata seorang ustaz ketika mengikuti slot ceramah tafsir dalam satu program. Bunyinya lebih kurang begini,

"Kita sibuk cari ayat Quran mana yang sesuai untuk orang ni, ayat Quran mana yang sesuai untuk orang tu, tapi kita tak pulak sibuk cari ayat Quran mana yang sesuai untuk diri kita sendiri..."

Dalam usaha berdakwah kepada orang lain, perhatikan dan ingat-ingatlah juga pada diri sendiri. Jangan sampai kita termasuk di dalam golongan yang disebut Allah dalam firman-Nya:

"Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan? (Itu) sangatlah dibenci di sisi Allah jika kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan."
(As-Saff: 2-3)

Muhasabah diri, perbaiki diri dan serulah orang lain!

24 November 2009

sharing sumthing


Assalamualaikum...
huh..tak tahu nak buat ape~bosann!
perkara yang saya teringin nak buat dari dulu...
UPLOAD gambar banyak2...xde la banyak sangat pun
tapi saja nak berkongsi cerita...
satu gambar sahaja dapat menceritakan macam2 peristiwa kan??


ni Masjid Kristal kat terengganu..
baru je melawat hari tu..
one word ~~fascinating~
pada zahirnya memang lawa tapi...
masjid ni dibina bukan atas dasar ketaqwaan...tapi
pelancongan...
even nak buat solat jumaat kat situ pun x boleh
sebab tak cukup jemaah yang bermastautin...
time melawat hari tu pun ramai sangat-sangat orang...
tapi kebanyakannya snap sana,snap sini...
bukannya untuk beribadah...

ni pulak gambar raya hari tu...
gambar nenek + atuk + cucu-cucu perempuan....
tapi yang tengah2 tersepit tu...really photogenic...
dia pun nak interframe...

ni gambar cucu-cucu lelaki...
sebelah ibu...
wondering atuk muda-muda dulu mesti macam diorang kan??

haa...yang ni bukan happy family tau...
suaminya kerja jauh...kadang-kadang baru balik..
dua-dua betina...bermadu agaknya
ni mak pot(bulu putih) dan anak-anaknya...
fullname Epot bintun Inul
yang menyibuk tu pulak Circle or bulat....
mother-to-be...

ini Afieqah Amiera, Fitrah Ilyana n Siti Na'eimah....
tiada kata yang dapat menggambarkan persahabatan kami....
yang bisa memberitahu dunia bahawa saya sayangkan mereka...
doa kupohon saban hari....
Ya Allah,berkatilah hidup mereka...
hadirkanlah cinta dalam hati mereka...
sebagai kekuatan dalam kehidupan...
sesungguhnya Engkau sahaja Cinta yang Baka...


sekadar ini sahaja..nak post gambar banyak-banyak tak reti....
so,itu sahaja...
sharing is caring kan kan???
thanks for view....


19 November 2009

baca jelah!

Assalamualaikum...kisah benar ni..tp xde kaitannya ngan ana..selingan je
*sebenarny citer ni,ana copy dari sseorang..

Kesah Pertama:
Sewaktu aku berada di Jelutung. Jalan tu kan penuh sesak.
Badan aku agak besar sedikit. Pada hari tu aku menumpang
seorang kawan pergi ke Komtar naik motor kap cai Honda 70.
Dia pun kaki cilok jugak, selit sana selit sini. Aku duduk
belakang punya lah kecut perut. Sampai satu tempat di mencelah
antara dua kereta, motor lepas, dia lepas, kedua-duanya lutut aku
tak lepas, kedebuk aku terduduk tengah jalan sambil terkangkang,
Semua orang tengok aku, cinabing, macam sami budda duduk
seorang seorang tengah jalan yang penuh sesak dengan kenderaan
lepas tu kawan aku patah balik sambil gelak bagai nak gila.

Kisah Kedua.
Aku menumpang member jugak naik motor pergi town. Sampai
kat trafic light dia pun berhenti. Aku pun teringat pulak
nak hisap rokok. Aku pun turunkan kedua-dua kaki dan berdiri
sikit celok poket nak ambil lighter dalam poket seluar.
Waktu tu lah lampu bertukar menjadi hijau, kawan aku
terus jalan…meninggalkan aku berbiri sambil berjingkit
nak nak ambil lighter di trafic light…siol…saja…
Satu bandar orang yang nampak aku berdiri terkakang
seorang seorang dilampu isyarat…macam apa entah…..gelak pulak
tu dia orang.

Kisah ketiga.
Waktu sekolah tingkatan tiga. Lepas sekolah cepat-cepat aku
balik ambil motor buruk ayah aku, kerana nak pergi pekan.
Waktu tu kalau boleh bawa motor dah kira grand lah tu.
Tujuan aku bukan nak beli barang sangat. Waktu tu boleh
awek2 sekolah tengah berlonggok tunggu bas nak balik rumah.
Waktu tu lah aku nak menayang betapa machonye aku, jejaka
idaman mereka, ada motor lah katakan. Tapi pada hari
tu kejadiaan yang sangat memalukan telah berlaku. Masa
betul-betul sampai depan awek2 tu. Aku boleh tak perasan ada
lubang, motor aku pun terlanggar lubang tu, baik nasib tak
jatuh. Aku memang lah tak jatuh, tapi ekzoz motor ayah
aku tu terjatuh, maka dengan itu bunyinye mengalahkan
helikopter, satu malaysia dengar. Aku rasa macam nak masuk
lubang jamban saja waktu tu, nak ditinggalkan ekzoz tu takut
ayah aku marah, nak ambil malu tak boleh nak cakap depan awek2
tu…tapi aku rupenya lagi takut kat ayah aku, terpaksa aku
cari kertas surat khabar dan ambil ekzoz tu. Pas tu
tolak lah motor sampai rumah…. Lepas tu tak mahu ngurat lagi.

06 November 2009

anybody knows kem cuti sekolah november ni?

antara kenangan terindah..^_^





Bismillahirrahmnairrahim...
cuti sekolah membosankan kan?(pada saya la..)
time cuti kalau tak pegi holiday dengan keluarga terperap je dalam rumah...
tak tahu nak buat ape kat rumah
biasanya waktu cuti persekolahan ni seronok join camping
walaupun bukanlah berkhemah sangat pun
tapi seronok dapat pengalaman baru,ilmu baru,kawan-kawan baru...
dan yang paling utama memotivasikan diri kita sndiri
"dari kem lah aku dapat kenal diri aku sendiri"
itu kata kawan baik saya yang masih saya ingat lagi..
dari kem kita dapat mengenal kekuatan dan kelemahan kita
dan kita jumpa macam-macam pengalaman yg tak dapat kita rasa di sekolah
pengalaman yang mematangkan jiwa dan emosi kita
pengalaman yang mengajar kita erti kehidupan dengan lebih jelas
kita jugak belajar bergantung hidup dengan orang lain..
yela,kebiasaannya peserta kita tak pernah kenal...
nak tak nak kena gak minta bantuan mereka,kan?
mula-mula macam tak seronok...
Asyik tanya je bila la benda(kem) ni nak berakhir..
tapi bila dah habis,rasa sayu sangat...
sekejap sangat la pulak.
tapi biasanya dari awal sampai akhir memang best..

hmm,ada tak sesiapa tahu kem cuti sekolah november ni?
orang tengah bersemangat ni...

Cerpen : Partikel Tuhan (PART 1)

“Kau tahu apa yang paling kecil dalam dunia ini - pada tahap yang boleh dijelaskan?” “Atom?” “Sekadar meneka atau apa?” “Penge...