Nasyid Instrumental

19 November 2009

baca jelah!

Assalamualaikum...kisah benar ni..tp xde kaitannya ngan ana..selingan je
*sebenarny citer ni,ana copy dari sseorang..

Kesah Pertama:
Sewaktu aku berada di Jelutung. Jalan tu kan penuh sesak.
Badan aku agak besar sedikit. Pada hari tu aku menumpang
seorang kawan pergi ke Komtar naik motor kap cai Honda 70.
Dia pun kaki cilok jugak, selit sana selit sini. Aku duduk
belakang punya lah kecut perut. Sampai satu tempat di mencelah
antara dua kereta, motor lepas, dia lepas, kedua-duanya lutut aku
tak lepas, kedebuk aku terduduk tengah jalan sambil terkangkang,
Semua orang tengok aku, cinabing, macam sami budda duduk
seorang seorang tengah jalan yang penuh sesak dengan kenderaan
lepas tu kawan aku patah balik sambil gelak bagai nak gila.

Kisah Kedua.
Aku menumpang member jugak naik motor pergi town. Sampai
kat trafic light dia pun berhenti. Aku pun teringat pulak
nak hisap rokok. Aku pun turunkan kedua-dua kaki dan berdiri
sikit celok poket nak ambil lighter dalam poket seluar.
Waktu tu lah lampu bertukar menjadi hijau, kawan aku
terus jalan…meninggalkan aku berbiri sambil berjingkit
nak nak ambil lighter di trafic light…siol…saja…
Satu bandar orang yang nampak aku berdiri terkakang
seorang seorang dilampu isyarat…macam apa entah…..gelak pulak
tu dia orang.

Kisah ketiga.
Waktu sekolah tingkatan tiga. Lepas sekolah cepat-cepat aku
balik ambil motor buruk ayah aku, kerana nak pergi pekan.
Waktu tu kalau boleh bawa motor dah kira grand lah tu.
Tujuan aku bukan nak beli barang sangat. Waktu tu boleh
awek2 sekolah tengah berlonggok tunggu bas nak balik rumah.
Waktu tu lah aku nak menayang betapa machonye aku, jejaka
idaman mereka, ada motor lah katakan. Tapi pada hari
tu kejadiaan yang sangat memalukan telah berlaku. Masa
betul-betul sampai depan awek2 tu. Aku boleh tak perasan ada
lubang, motor aku pun terlanggar lubang tu, baik nasib tak
jatuh. Aku memang lah tak jatuh, tapi ekzoz motor ayah
aku tu terjatuh, maka dengan itu bunyinye mengalahkan
helikopter, satu malaysia dengar. Aku rasa macam nak masuk
lubang jamban saja waktu tu, nak ditinggalkan ekzoz tu takut
ayah aku marah, nak ambil malu tak boleh nak cakap depan awek2
tu…tapi aku rupenya lagi takut kat ayah aku, terpaksa aku
cari kertas surat khabar dan ambil ekzoz tu. Pas tu
tolak lah motor sampai rumah…. Lepas tu tak mahu ngurat lagi.

Tiada ulasan:

Cerpen : Partikel Tuhan (PART 1)

“Kau tahu apa yang paling kecil dalam dunia ini - pada tahap yang boleh dijelaskan?” “Atom?” “Sekadar meneka atau apa?” “Penge...