Nasyid Instrumental

29 Disember 2009

Kolotnya jika tiada handphone???





Bismillahirrahmanirrahim... Apabila membaca tajuk diatas, agaknya apa yang sedang kamu fikirkan??
hakikatnya itu bukanlah suatu kenyataan tapi persoalan yang sebenarnya sudah lama saya fikirkan...tentang kebaikan serta keburukannya...


Pernah saya bertanya pada sahabat saya yang tidak mempunyai hp lagi,sedangkan hp sekarang merupakan satu keperluan, dan katanya sebab dia nak jaga pergaulan antara bukan muhrim. Saya tanya lagi "kenapa?", dia kata sebab dengan adanya hanphone memudahkan lagi perhubungan antara muslimin dan muslimat...
*jawapannya agak logik juga apabila melihat berita di dada-dada akhbar, serta membaca sendiri pengakuan gadis-gadis di raudhatus sakinah dalam buku Ku Temui Jalan Pulang yang sebahagiannya ditipu oleh lelaki-lelaki melalui sms sahaja...


Pada pendapat saya pula mempunyai handphone ini ibarat mempunyai cinta...Bergantung pada siapa pemiliknya...Sekiranya cinta itu di'jaga' sebaik mungkin,dengan batas-batas pergaulan dalam islam, insyallah cintanya itu takkan berakhir dengan kesengsaraan dan melarat hingga bunuh diri dan sbagainya...tapi kalau cinta itu dipunyai oleh hati yang 'tidak okey', kemungkinan boleh menjurus kepada dosa dan kemaksiatan. malah,terhasil pula frasa-frasa yang menyalahkan cinta,cinta itu buta, cinta melemahkan semangat, cinta penghapus erti kemanusiaan...dan macam-macam lagi

Sama halnya yang terjadi pada handphone,sekiranya dipunyai oleh hati yang salah, kegunaan handphone akan bertukar sebagai medium fitnah-fitnah,carut-mencarut, penghubung ikatan cinta tak halal,malah sebagai tempat melempiaskan nafsu (video mahupun java game pornografi)....oleh yang demikian,janganlah kita salahkan handphone sekiranya kita,rakan kita mahupun ahli keluarga kita sendiri salah guna benda tersebut...handphone hanyalah alat. Terpulang pada kita nak guna cara macam mana,untuk kebaikan atau sebaliknya...

Pengalaman semalam merupakan pengajaran buat kita,oleh itu izinkan aku sahabat, menyalin semula fitnah-fitnah yang dilemparkan padamu, aku yakin engkau tidak begitu...semoga menjadi iktibar pada yang lain.Setiap yang Allah ciptakan pasti ada hikmahnya, engkau diuji dengan wajah yang indah tapi tidak bererti engkau mudah dipermainkan...

ko igt ak kish ke stkt karo cm2 blmbk la dh la x sci..

sje nk lyn...bdn die..bro brg die kcik ar..

ko amik la sisa ak 2 xsdp pn...dh rabk dh..aah..aah..aah

*untuk pengetahuan,fitnah ini di sms kepada boyfriend kepada rakan saya dan difrwardkn...

Bayangkan fitnah ini dilemparkan pada sahabat kamu sendiri. adakah kamu juga mampu berdiam diri???

Apa kaitan 'kolot' dengan entri saya kali ni??seperti yang kita ketahui handphone(internet pun...) merupakan ujian terbesar zaman remaja sekarang ni...jadi,bagi sesiapa yang masih belum mempunyai handphone,coretan saya sekadar menggambarkan sedikit keburukan pemilik handphone(bukan semua)....anda bukanlah seorang yang kolot sekiranya tidak mempunyai handphone buat masa sekarang,anda mempunyai alasan yang kukuh.jadi,fikir semasak-masaknya....kalau rasa anda belum cukup bersedia, lebih baik jangan...


Pesanan buat semua, 'jaga'lah nombor handphone anda sebaik mungkin..tak kirala maxis,celcome atau digi...jangan biarkan nmbor anda jatuh pada orang yang salah kerana kemungkinan anda juga akan menghadapi nasib yang sama...malah,lebih teruk lagi...nauzubillah...

Akhir kalam,jangan disalahkan tanah itu gersang sekiranya kita sendiri tidak membajanya....

27 Disember 2009

MAKES CAMP

Bismillahirrahmanirrahim....
Rasanya dah lama sungguh blog ini tak ditulis oleh diri saya sendiri,kebanyakannya copy paste je...entahla,minat untuk menulis tu makin lama makin luntur. Terus terang saya katakan saya dihantui perasaan takut untuk menulis, rasa macam satu dunia membaca apa yang ingin saya luahkan dan kemungkinan kehidupan saya bukanlah lagi menjadi satu privasi. Lebih-lebih lagi sekarang ni,isu semasa,politik etc tak boleh sebarangan cakap,silap-silap boleh kena saman.
Dan saya takut blog penyebab saya lalai menunaikan tanggungjawab saya,insyallah setakat ni tidaklah.Fokus utama,SPM insyallah saya akan cuba sedaya mungkin.

Dalam beberapa hari,alhamdulillah saya temui kembali kekuatan saya,walaupun tidak sekuat mereka, bijak melakar kata-kata semangat dan berdakwah di blog-blog mereka. Sebelum ni,saya lebih suka membaca blog orang lain atau dalam erti kata lain menerima sesuatu daripada memberi sesuatu.Pada saya,mereka dah pun sampaikan apa yang ingin dan akan saya sampaikan,so kenapa mesti saya mengulang-ulang perkara yang sama.lagi senang saya copy paste.

Tapi sebenarnya tugas dakwah semua orang berperanan,macam air terjun di Gunung Datuk juga,kalau hanya setitis air sahaja yang menitis ke batu,takkan terhasil lekuknya. tapi kalau kita sama-sama berdakwah,insyallah akan terhasil satu perubahan walaupun dakwah yang berulang-ulang kali.

Dan mengenai MAKES CAMP, apa yang saya boleh saya katakan mengenainya dalam 5 ayat?



1. best sangat,haha padan muka korang tak rasa bagaimana keadaannya berada pada ketinggian 2900 kaki...

2.makanan yang sedap-sedap belaka macam makan kat hotel tu sebab kami semua bersemangat daki gunung,kan Farah??^_^

3.hmm,fasilitator...semua ceria + happening + qanaah(menerima keadaan seadanya),so korang yang belum lagi pergi dan belum lagi jumpa fasilitator ALTIS, jangan JUDGE mereka sesuka hati....(saya tak cakap saja-saja,i really mean it)

4.hidup ini untuk memberi dan cinta itu pengorbanan(like my post be4) ..dan MATI itu motivasi untuk hidup...

*Well actually,saya banyak temui jawapan bagi persoalan-persoalan saya sebelum ni. Saya gembira,gelak-gelak tapi pada masa yang sama saya rasa kosong,seperti sesuatu telah hilang dalam diri saya.Tandanya saya tak bahagia,sebabnya saya kurang memberi. Bila memberi pada seseorang,kita akan buat dia gembira. bahagia apabila membahagiakan,betul kan?

cinta itu pengorbanan,jangan mengaku cinta sekiranya kita tidak sedia untuk berkorban...cinta itu kesusahan then baru datang kemanisan...

mati motivasi hidup---betulkan apa yg nora danish cakap(citer Puteri dulu...) hidup hanya sekali,so kita enjoyyy!!!!!! sebenarnya kita hidup selamanya,dalam 5 peringkat hidup. Dan dunia ni ibarat sang musafir di padang pasir yang berhenti berteduh di pohon kurma,cuma seketika... perjalanan pun belum betul-betul bermula,tapi di peringkat dunia inilah kita diuji yang kadang-kadang rasa macam nak putus asa saja,seperti mula-mula mendaki gunung datuk. Belum lagi 10 minit pendakian,rasa macam nak turun balik,botol air dah tinggal setengah dah padahal perjalanan masih berbaki 2 jam lagi,hutan dia pulak faham-fahamla bukan ada tar pun...
waktu tu la kena positif,kalau orang lain boleh,kenapa tidak aku??

5. rugi korang tak pergi...terasa rindu nak nyanyi lagi lagu Gemuruh-lagu tema kami


tujuan saya menulis post ni bukanlah untuk memprovoke korang,jauh sekali memadankan muka korang.tapi hakikatnya pengalaman yang mematangkan,menyedarkan,merubah pendirian korang takkan datang semudah yang korang inginkan. kalau nak kata mahal,duit tu banyak sangat dalam dunia ni cuma usaha mendapatkannya sahaja yang berbeza tapi pengalaman yang sebegini mungkin hadir sekali dalam hidup sahaja.so,renung-renungkan...

*gambar??insyallah lain kali....saya pasti farah dan farid dah pun post pasal ni...^_^




15 Disember 2009

Bingkisan Kasih Buat Para Penulis Blog


Assalamualaikumm..
Peringatan ini dicopy dari laman web iluvislam
Memandangkan ana sendiri penulis blog,peringatan ini untuk ana sendiri juga...
pastikan anda baca sampai habis...

Senario dunia IT hari ini menunjukkan bahawa hampir semua individu masa kini yang mempunyai connection internet memiliki sebuah blog sama ada menggunakan platform wordpress ataupun blogger.


Setiap hari akan ada blog baru yang dicipta sama ada untuk tujuan menjana pendapatan online, berdakwah mahupun coretan peribadi.


Saya amat terkejut dengan statistik dari blogger yang menunjukkan dalam ruang masa hanya sekitar 10 minit sahaja lebih 8 ribu individu mengupdate blog mereka. Keghairahan mengupdate blog ini berlaku kepada individu di seluruh dunia. Untuk lebih meyakinkan anda cuba lihat kepada statistiknya di=>SINI


Adalah suatu perkembangan yang sangat baik apabila makin ramai individu yang memiliki blog sendiri kerana dengan blog yang ada kita dapat mencurahkan idea dan pemikiran kedalam blog supaya ia bukan sahaja dapat dibaca bahkan memberi manfaat kepada orang lain. Akan tetapi apa yang saya kesalkan apabila ada segelintir dalam kalangan penulis blog yang menulis sesuatu yang tidak sepatutnya di tulis dan melampau-lampau dalam memaparkan gambar-gambar yang tidak sepatutnya ditayangkan kepada khalayak umum.


Perlu diingat bahawa apa-apa sahaja yang kita tulis dalam blog ia menjadi bahan bacaan umum seluruh dunia dan sekiranya tulisan itu mengandungi kebaikan kita akan diberikan ganjaran pahala oleh Allah sebaliknya jika tulisan itu mengandungi unsur-unsur yang melaghakan para pembaca sanggupkah kita mendapat dosa secara free apabila tulisan kita itu dibaca oleh orang ramai? Akibatnya akaun dosa kita akan berterusan dipenuhi oleh dosa selagi kita tidak delete posting yang telah kita publish. Selagi anda tidak delete atau edit posting tersebut dan bertaubat kepada Allah Taala selagi itulah Allah tidak akan delete dosa tersebut dari akaun dosa kita.

Apabila Matinya Seorang Penulis Blog


Pernahkah anda terfikir jika sekiranya anda menulis sesuatu yang melaghakan atau melalaikan di dalam blog kemudian selepas itu anda meninggal dunia sebelum sempat anda delete posting tersebut apa yang akan anda dapat? Sanggupkah anda mendapat dosa berterusan walaupun selepas mati akibat posting tersebut? Selagi mana ada orang membacanya selagi itulah anda akan mendapat dosa kerana hanya pemilik akaun sahaja yang boleh mendelete blognya sendiri. Nasihat saya selaku seorang blogger fikirlah dengan iman sebelum melakukan posting di dalam blog kerana akibatnya nanti akan menyusahkan kita kelak di akhirat.


Alangkah beruntungnya orang yang menggunakan blog untuk tujuan dakwah dan penyebaran ilmu kerana walaupun setelah mati dia masih lagi mendapat ganjaran pahala selagi mana tulisannya di baca oleh masyarakat sebagaimana sabda Nabi s.a.w :

Maksudnya : Apabila mati seseorang anak adam, maka terputuslah segala amalannya kecuali tiga perkara: Iaitu sedekah yang berterusan pahalanya, ilmu yang dimanfaatkan dan anak soleh yang mendoakan untuknya ”.

Berdasarkan hadis ini kita selaku penulis blog mampu untuk mendapatkan pahala berterusan selepas mati dengan meninggalkan khazanah ilmu yang baik.
“Fikir dahulu sebelum posting anda mampu mengubahnya”.

11 Disember 2009

Kem Survivor Muslimah (KASEH)


KEM SURVIVOR MUSLIMAH (KASEH)

Yuran :- PERCUMA!!!!

Tarikh :- 29-31 disember
*maaf ye kawan-kawan syifa',dalam sms tu tarikh dia 13-15 dis,sebenarnya dia ada dua tarikh...sape2 yang berminat cepat2 contact number tu...tempat terhad kot..

Anjuran :-
Sekretariat mahasiswa/wi Timur Tengah

Aturcara Program:
Pendaftaran : 3.00-4.00 petang
Majlis Penutup : 12.00 tengahari

Aktiviti menarik:
Muslimah Cergas
Ice Breaking
Muslimah Survivor
Menghargai diri melalui asma al-Husna

Jika berminat,sila hubungi:
UST REHA---->012-6734893
CIK MAJDIAH------>013-9988867




09 Disember 2009

cinta itu pengorbanan

Assalamualaikum w.b.t...
mungkin kali ni saya cerita sesuatu yang ada kaitan dengan orang lain...mana mana post pun ada jugak kaitan ngn org lain kan??ni kejadian sebenar...tak percaya boleh tanya watak-watak dalam cerita ni...^_^...cerita ni meninggalkan kesan yang mendalam pada saya,oleh itu ingin sekali saya kongsikan..tapi kalau korang baca,tak feel ape ape tu...wallahua'lam..

Semalam,ketika itu makan malam di rumah mak long...yang ada pun saya,nenek, mak ngah,uzhma,nadhrah dan sepupu saya yang lain. Sekejap tu dalam 5 minit lepas tu bunyi kereta parking depan umah mak long. Oh,atok la tu...waktu atok masuk rumah tu,kitorang ajak la atok makan skali,"tok, makan tok", dah memang jadi budaya pun dalam keluarga kitorang. Kitorang ni pulak ajak atok makan tapi seat dah takde lagi...aisy,apela..pastu kejap tu nenek bangun dari kerusi, n suruh atok ambil tempat duduk dia. Kitorang ni semua mula rasa serba salah =(...
"eh nek,xpe xpe",masing-masing la offer kerusi untuk atok...tapi nenek pulak tak bagi,tak payah...kitorang ni pulak dah membisu tengok nenek bangun ambil kerusi lain n letak kat side meja makan tu..serba salah la...kitorang yang muda belia la patut buat macam tu kan...tiba-tiba dengan tak semena-semenanya Uzhma memecah kebisuan suasana dengan selambanya berkata "cinta itu pengorbanan...."

tibe-tibe lak rasa waktu tu macam....haa~*sigh*,inilah cinta...indahnya... pengorbanan nenek hingga ke hujung usia...

*********************************************
Ketika dalam kereta, saya cerita balik kat umi peristiwa semalam tu...

waktu balik rumah...saya peluk-peluk la chuwad..rindu yang teramat sangat,maklum la sudah empat hari tidak bertemu...then,entah bila masa ntah si chuwad ni buat projek,ada lak u***ne dia atas plastik...nasib baik atas plastik...saya pulak dah pening kepala dah takkan aku yg kene kemaskn ...yang sayang dan peluk-peluk dia bukan aku seorang je...satu rumah cayang dia...umi pun kenakan saya balik dengan menggunakn semula frasa td tu, cinta itu pengorbanan..hah, sudah...terkena balik kat batang hidung sendiri.nasib saya la kena kemas..tapi takpe...demi cinta, aku sanggup...

kalau dulu,ada yang buat hal..saya dah awal-awal cabut...walaupun tu kucing saya sendiri...dan kalau terpaksa juga buat,sampai menitis air mata dibuatnya...tapi sekarang..alhamdulillah...tak sanggup lagi dah tengok lepas sekor sekor kaum kerabat dia hilang @ mati...

p/s-chuwad tu kucing yer...insyallah saya akan postkan entry khas mengenai cinta hati saya ni...tapi lain kali je...

Allah itu Maha Penyayang,Allah takkan tarik sesuatu nikmat tu kecuali dengan menggantikannya dengan sesuatu yang lebih baik...jika sebelum ni saya pernah dan selalu menangisi pemergian Milo,sekarang Allah menggantikannya dengan seekor kucing yang lebih baik...Alhamdulillah

oleh itu,hargailah ia selagi masih ada di sisi..

05 Disember 2009

LAILA & MAJNUN : Keagungan Cinta Abadi


Bismillahirrahmanirrahim...
Rasanya semua orang pun tahu cerita pasal Laila dan Majnun ni kan. Satu kisah cinta yang agak famous. Sejak dari kecik lagi saya dah dengar cerita pasal diorang. Tapi masa tu saya tak adalah berminat sangat nak ambik tahu, malah filem Laila Majnun pun saya tak pernah tengok. Yang saya tahu kisah ni pasal Majnun yang jadi gila sebab cinta dia pada Laila tak kesampaian.

But then, saya ternampak buku ni kat kedai buku dan terus terdetik kat hati nak beli . Mula-mula saya ingatkan cerita Laila dan Majnun ni cuma cerita rekaan je, sama macam cerita-cerita dongeng yang lain. Tapi rupa-rupanya Si Majnun (atau nama sebenarnya Qays bin Al Mulawwah )ni memang wujud. Dia hidup masa zaman Daulah Umayyah dan meninggal dunia sekitar tahun 65 atau 68 Hijrah. Dan rupa-rupanya si Qays ni pun bukan sebarangan orang. Ayah dia merupakan pemimpin kabilah bani Amir yang bernama Syed Omri. Ayah dia ni tersangatlah kaya dan merupakan pemimpin yang disegani. Manakala si Laila pulak dari keturunan Bani Qhatibiah.

Honestly, cerita ni membuatkan kita tahu rupanya pernah wujud cinta yang macam ni.Memang betul-betul gila.Bayangkan Qaisy sanggup pergi mengembara ke padang pasir,tinggal dalam gua dengan binatang liar bertahun-tahun lamanya, tak pernah terlepas setiap saat pun fikirkan laila,kerjanya bersyair cinta tak sudah-sudah. Then,sanggup berhenti sekolah,tinggalkan mak dan ayah. Padahal dia tak tahu betapa ibu ayah Qaisy ni merintih dan bertahajud setiap malam semoga dikurniakan seorang cahaya mata agar ketika hari kematiannya dia tidak kesunyian(ada anak yang menyambut jenazahnya di liang lahad).

Pada zahirnya Qaisy dilihat gila,ye la dengan keadaannya yang tak terurus,rambut panjang menggerebang tak bersikat,bajunya yang lusuh,berkaki ayam pastu berjalan di tengah-tengah padang pasir dengan menyeru nama Laila. Then dia tak pernah kisah kanak-kanak baling batu kat dia,caci dia. SEBAB DIA DAH DIBUTAKAN DENGAN CINTA LAILA.cinta tak buta,tapi manusia yang buta menilai cinta.

Dan dalam kamus hidup Qais ni,cinta tu adalah kekecewaan,keperitan,keresahan, kesengsaraan dan putus asa. Cinta tu takkan hadir kalau tak dicari dan takkan wujud kalau tiada yang memberi isn't it?Walhal boleh je kalau dia nak pinang Laila terus(dengan keluarga dia yang kaya raya dan bermartabat tinggi boleh je kan). Bukannya dengan bawak diri ke padang pasir dan dalam keadaan yang tak trurus macam tu sape yang nak bermenantukan orang gila macam dia....

dalam kisah cinta ni yang ana paling tak setuju tu, dia bawak diri pegi kat gua tu sampai bapa dia,Syed Omri tu meninggal dunia. Padahal bapa dia dah banyak kali dah pujuk suruh balik rumah,hadapi masa muda dia dengan kemudahan dan kesenangan yang keluarga dia ada.Pastu bila bapa dia mati baru menyesal,nangis gila-gila kat kubur bapa dia.Then mak dia pulak pujuk tinggal kat rumah,pastu dia kata kehidupan dia bukan disini,dia lebih aman tinggal dalam gua bersama bintang liar. Again,mak dia meninggal dunia pun dia menangis gila-gila kat kubur mak dia...hmm,menyesal dah tak guna waktu tuh....

And at the end,mereka tak bersama jugak....jodoh dan ketentuan tu di tangan Tuhan...macam mana sekalipun kita bermati-matian kerana cinta,tapi kalau tak diizinkan Allah,tak menjadi jugak..

dan seperti yang kita ketahui sewaktu kita ditiupkan roh,Allah dah tetapkan empat perkara utuk kita iaitu..
1-amalannya
2-nasib dirinya sama ada baik atau buruk(bahagia atau celaka)
3-jodohnya
4-ajalnya

okay,that's all for now....kalau sesiapa berminat nak pinjam buku ni boleh r(shams)...insyallah..



Cerpen : Partikel Tuhan (PART 1)

“Kau tahu apa yang paling kecil dalam dunia ini - pada tahap yang boleh dijelaskan?” “Atom?” “Sekadar meneka atau apa?” “Penge...