Rasanya dah lama sungguh blog ini tak ditulis oleh diri saya sendiri,kebanyakannya copy paste je...entahla,minat untuk menulis tu makin lama makin luntur. Terus terang saya katakan saya dihantui perasaan takut untuk menulis, rasa macam satu dunia membaca apa yang ingin saya luahkan dan kemungkinan kehidupan saya bukanlah lagi menjadi satu privasi. Lebih-lebih lagi sekarang ni,isu semasa,politik etc tak boleh sebarangan cakap,silap-silap boleh kena saman.
Dan saya takut blog penyebab saya lalai menunaikan tanggungjawab saya,insyallah setakat ni tidaklah.Fokus utama,SPM insyallah saya akan cuba sedaya mungkin.
Dalam beberapa hari,alhamdulillah saya temui kembali kekuatan saya,walaupun tidak sekuat mereka, bijak melakar kata-kata semangat dan berdakwah di blog-blog mereka. Sebelum ni,saya lebih suka membaca blog orang lain atau dalam erti kata lain menerima sesuatu daripada memberi sesuatu.Pada saya,mereka dah pun sampaikan apa yang ingin dan akan saya sampaikan,so kenapa mesti saya mengulang-ulang perkara yang sama.lagi senang saya copy paste.
Tapi sebenarnya tugas dakwah semua orang berperanan,macam air terjun di Gunung Datuk juga,kalau hanya setitis air sahaja yang menitis ke batu,takkan terhasil lekuknya. tapi kalau kita sama-sama berdakwah,insyallah akan terhasil satu perubahan walaupun dakwah yang berulang-ulang kali.
Dan mengenai MAKES CAMP, apa yang saya boleh saya katakan mengenainya dalam 5 ayat?
1. best sangat,haha padan muka korang tak rasa bagaimana keadaannya berada pada ketinggian 2900 kaki...
2.makanan yang sedap-sedap belaka macam makan kat hotel tu sebab kami semua bersemangat daki gunung,kan Farah??^_^
3.hmm,fasilitator...semua ceria + happening + qanaah(menerima keadaan seadanya),so korang yang belum lagi pergi dan belum lagi jumpa fasilitator ALTIS, jangan JUDGE mereka sesuka hati....(saya tak cakap saja-saja,i really mean it)
4.hidup ini untuk memberi dan cinta itu pengorbanan(like my post be4) ..dan MATI itu motivasi untuk hidup...
*Well actually,saya banyak temui jawapan bagi persoalan-persoalan saya sebelum ni. Saya gembira,gelak-gelak tapi pada masa yang sama saya rasa kosong,seperti sesuatu telah hilang dalam diri saya.Tandanya saya tak bahagia,sebabnya saya kurang memberi. Bila memberi pada seseorang,kita akan buat dia gembira. bahagia apabila membahagiakan,betul kan?
cinta itu pengorbanan,jangan mengaku cinta sekiranya kita tidak sedia untuk berkorban...cinta itu kesusahan then baru datang kemanisan...
mati motivasi hidup---betulkan apa yg nora danish cakap(citer Puteri dulu...) hidup hanya sekali,so kita enjoyyy!!!!!! sebenarnya kita hidup selamanya,dalam 5 peringkat hidup. Dan dunia ni ibarat sang musafir di padang pasir yang berhenti berteduh di pohon kurma,cuma seketika... perjalanan pun belum betul-betul bermula,tapi di peringkat dunia inilah kita diuji yang kadang-kadang rasa macam nak putus asa saja,seperti mula-mula mendaki gunung datuk. Belum lagi 10 minit pendakian,rasa macam nak turun balik,botol air dah tinggal setengah dah padahal perjalanan masih berbaki 2 jam lagi,hutan dia pulak faham-fahamla bukan ada tar pun...
waktu tu la kena positif,kalau orang lain boleh,kenapa tidak aku??
5. rugi korang tak pergi...terasa rindu nak nyanyi lagi lagu Gemuruh-lagu tema kami
tujuan saya menulis post ni bukanlah untuk memprovoke korang,jauh sekali memadankan muka korang.tapi hakikatnya pengalaman yang mematangkan,menyedarkan,merubah pendirian korang takkan datang semudah yang korang inginkan. kalau nak kata mahal,duit tu banyak sangat dalam dunia ni cuma usaha mendapatkannya sahaja yang berbeza tapi pengalaman yang sebegini mungkin hadir sekali dalam hidup sahaja.so,renung-renungkan...
*gambar??insyallah lain kali....saya pasti farah dan farid dah pun post pasal ni...^_^
2 ulasan:
salam...yes...
betul tu..
terima kasih sebab seronok dengan kem tu.
Memang banyak sangat manfaat yang kita dapat daripada kem tu...
wsalam...
bergantung pada diri sendiri kan...
kalau positif,semua tak jadi masalah...
btw,tahniah jadi fasilitator yg bertauliah..
Catat Ulasan