Nasyid Instrumental

27 Mac 2012

Bidadari Dunia

Bismillahirrahmanirrahim.

Hmm, seperti dijanjikan. Kali ni post pasal Konvensyen Bidadari Dunia yang berlangsung pada 24 & 25 Mac di PICC, Putrajaya. Tetapi sebelum tu, rajin-rajinkan dulu layan video ni ye....



Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:  
“Apabila seseorang wanita melakukan solat lima waktu,
 puasa Ramadan, memelihara maruahnya, dan taat suami
maka masuklah mana-mana pintu syurga yang kamu kehendaki.”
 
Alhamdulillah, aku berpuas hati sangat dengan konvensyen ni walaupun bayaran yang dikenakan agak mahal. Berbaloi-baloi.hehe.  Dan sepanjang program ni serius memang tak rasa ngantuk pun, muhadharahnya pun hebat-hebat. Ustazah Fatimah Syarhah, Ustzh Siti Nur Bahyah, Umie Rose, Dr. Muhaya, Catriona Ross, Wardina and ramai lagi.

 Fokusnya bidadari dunia ni...

Kami juga diberikan button badge setiap seorang sebagai pas masuk. Yang bestnya semua perempuan except la encik-encik cameraman dan Imran Koyube (pengarah Iluvislam). Banyak sangat pengalaman dan ilmu tentang kehidupan yang aku belajar. Antaranya...

1- Jadikan Allah yang utama.

2 -Be positive. "Bagaimana kamu melayan dunia, begitulah dunia akan melayan kamu"

3-Yakin bahawa diri anda cantik dan indah. Bukan perasan cantik. What's the difference?Ahha,good question. Cik Syafiqah dan Cik Azila kata,

Yakin cantik ni maknanya kita bersyukur atas nikmat rupa yang Allah bagi. Perasan cantik ni pulak berangan yang orang always pandang kat dia. Lebih kurang begitulah.

4-Ciri wanita solehah adalah bersifat keibuan. Bak kata Ustazah Rubiah Hamzah, berciri keibuan tu bukan bermakna menyusukan anak je, tapi lebih daripada itu. Contohnya, memahami, penyayang dll.

5- Jangan terikut-ikut dengan aliran fesyen. Hakikatnya fesyen yang mana popular ditentukan oleh golongan kapitalis, dan yang kasihannya wanita seringkali menjadi "fashion victim" atau mangsa fesyen. Berfesyen tak salah, asal tak berkiblatkan barat dan menjafa syariat.

6- Redha Allah bersama dengan redha ibu bapa. Part ni sungguh mencurah-curah air mata. Ini dunia je kan, apalah salahnya kalau kita kabulkan cita-cita mak ayah kita. <<<----ini nasihat utk diri sendiri

7- Moga-moga amalan baik bidadari dunia ini dapat melayakkan dia menjadi bidadari syurga abadi. Aamin.



Kepada Cik Bidadari-bidadari dunia..insyallah.Syurga juga!
*sory, I have to kept our pic asrar*
asrar = rahsia
At the beginning, I thought that it is fine to put my friends' pic in this blog, 
but considering myself pun tak sanggup nak paparkan wajah sendiri kat blog,
so,takkan nak buat kat org kan?
Lagipun, tak minta permission lagi dari diorang.

Wasalam.


25 Mac 2012

The Road Not Taken

Bismillahirrahmanirrahim


Two roads diverged in a yellow wood,
And sorry I could not travel both
And be one traveler, long I stood
And looked down one as far as I could
To where it bent in the undergrowth;

Then took the other, as just as fair,
And having perhaps the better claim
Because it was grassy and wanted wear,
Though as for that the passing there
Had worn them really about the same,

And both that morning equally lay
In leaves no step had trodden black.
Oh, I marked the first for another day!
Yet knowing how way leads on to way
I doubted if I should ever come back.

I shall be telling this with a sigh
Somewhere ages and ages hence:
Two roads diverged in a wood, and I,
I took the one less traveled by,
And that has made all the difference.

Robert Frost

Itulah yang aku rasa. Mungkin boleh jadi sama dengan yang Robert Frost rasakan ketika dia menulis poem ni.

Dulu.
Waktu lepas SPM, perkara yang sama juga menghantui diri aku.
Antara ya atau tidak.
Kalau keputusan tanpa kesan pada masa akan datang,
Sesiapa pun berani buat keputusan,
The fact is, keputusan sekarang determine siapa kita di masa akan datang.

Sekarang.
Situasi ini sekali lagi menyeret aku untuk membuat keputusan
Keputusan terbesar dalam hidup selama19 tahun di muka bumi.
Psikologist kata pokok pangkal IKUT HATI kita,
Tapi macam mana dengan frasa ikut hati MATI?

Ya Allah,
Aku buntu dengan satu persatu yang hadir,
Mereka senang pilih keputusan untuk aku,
Boleh jadi bukan mereka yang bakal menghadapi kehidupan setelah membuat keputusan.
Tapi aku.

Kini,
aku kembali lagi memikirkan dan menimbang semula keputusan dulu,
Boleh jadi keputusan dulu belum difikirkan semasak habis.
Mereka lebih nampak kekuatanku berbanding aku sendiri.

Pada-Nya,
Aku berserah,
Andai ini terbaik,aku redha.
Andai itu pula yang terbaik,aku juga redha.
Kerana Dia Maha Tahu.

People kept telling me,

Don't tell Allah how big your problem are,
Tell your problems how big Allah is.

Masalah pun makhluk Allah juga. Keputusan pun makhluk Allah juga.

YA ALLAH,
Bantulah aku membuat keputusan yang terbaik...
buat diriku sekarang dan masa akan datang,
buat keluarga dan yang utama untuk Agama...

*Kalau kamu memang mengikuti perkembangan hidup saya, kamu pasti tahu. Mungkin tawaran yang pernah saya lepaskan.
*Seronok dapat menghadiri Konvensyen Bidadari Bumi, x lama lagi, kalau ada kelapangan saya share.
*Syifa', just because sth isn't happening for you right now,doesn't mean that it will never happen.

Wassalam.





08 Mac 2012

Cerpen

Bismillahirrahmanirrahim..

Insyallah, sekarang aku sedang bertungkus-lumus (rasanye) menyiapkan sebuah cerpen. Tajuknya? Hmm, Kopiah Putih. Kali pertama rakan aku dengar, dia ingatkan Kopi dan Teh.Hehe.

Nak tahu Kopiah Putih ini cerita mengenai apa?

Ini berdasarkan rasa aku sendiri, diolah menjadi sebuah jalan cerita . Sebuah rasa dimana seorang gadis yang begitu terjaga peribadi dan akhlaknya mempunyai satu perasaan yang tidak dapat dihuraikan dengan perkataan.  Mungkin aku tidaklah sebaik gadis dalam cerita itu, tetapi insyallah berusaha ke arahnya. Rasa itu adalah sebuah kedamaian dan ketenangan apabila memandang sebuah figura. Itulah figura berkopiah putih.

Nak tahu?

Ok, nantikan my first cerpen. Biiznillah. Aamin.

04 Mac 2012

Tinta buat Umi

Bismillahirrahmanirrahim,

Andai bibir ini sudah hilang fungsinya daripada bersuara,
Bersuara tapi tiada yang mendengar,
Serupa aku berdiam diri.

Ya Allah, izinkan pula aku menulis,
Bertintakan air mata,
Moga ada yang sudi memahami.....

Mingu ini aku tak pulang ke rumah tercinta. Mungkin dengan alasan ada diskusi, Isnin nanti ada presentation. Juga final exam yang cuma empat minggu.Umi berharap untuk aku pulang walaupun aku baru sahaja pulang minggu lalu. Namun,aku tak juga pulang. Umi berkecil hati pada hematku. Katanya, aku sudah cukup dewasa untuk memahaminya.

Mungkin fizikalnya,ya benar aku sudah dewasa.
Tetapi, dari sudut hati yang berbeza, aku turut berharap...
Umi menelefonku dengan suaranya yang ceria.
Sungguh! aku mengharapkan saat itu berulang kembali.

Masih mengharapkan panggilan telefon dari Umi kerana adakalanya aku sengaja mematikan talian telefon supaya Umi menelefon aku kembali. Tetapi nyata tiada.

Dan sekarang aku telah dilukakan, entah siapa. Biasanya Umi pasti kuhubungi. Tetapi, berbeza saat ini, aku malu. Karma aku mungkin. Melukakan kemudian dilukakan.

Umi, Syifa' minta maaf. Syifa' harap Umi sudi dengarkan cerita Syifa' lagi.

Anakmu,
Khairussyifa'

Cerpen : Partikel Tuhan (PART 1)

“Kau tahu apa yang paling kecil dalam dunia ini - pada tahap yang boleh dijelaskan?” “Atom?” “Sekadar meneka atau apa?” “Penge...