Hmm, seperti dijanjikan. Kali ni post pasal Konvensyen Bidadari Dunia yang berlangsung pada 24 & 25 Mac di PICC, Putrajaya. Tetapi sebelum tu, rajin-rajinkan dulu layan video ni ye....
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
“Apabila seseorang wanita
melakukan solat lima waktu,
puasa Ramadan, memelihara maruahnya, dan
taat suami,
maka masuklah mana-mana pintu syurga yang kamu kehendaki.”
Alhamdulillah, aku berpuas hati sangat dengan konvensyen ni walaupun bayaran yang dikenakan agak mahal. Berbaloi-baloi.hehe. Dan sepanjang program ni serius memang tak rasa ngantuk pun, muhadharahnya pun hebat-hebat. Ustazah Fatimah Syarhah, Ustzh Siti Nur Bahyah, Umie Rose, Dr. Muhaya, Catriona Ross, Wardina and ramai lagi.
Fokusnya bidadari dunia ni...
Kami juga diberikan button badge setiap seorang sebagai pas masuk. Yang bestnya semua perempuan except la encik-encik cameraman dan Imran Koyube (pengarah Iluvislam). Banyak sangat pengalaman dan ilmu tentang kehidupan yang aku belajar. Antaranya...
1- Jadikan Allah yang utama.
2 -Be positive. "Bagaimana kamu melayan dunia, begitulah dunia akan melayan kamu"
3-Yakin bahawa diri anda cantik dan indah. Bukan perasan cantik. What's the difference?Ahha,good question. Cik Syafiqah dan Cik Azila kata,
Yakin cantik ni maknanya kita bersyukur atas nikmat rupa yang Allah bagi. Perasan cantik ni pulak berangan yang orang always pandang kat dia. Lebih kurang begitulah.
4-Ciri wanita solehah adalah bersifat keibuan. Bak kata Ustazah Rubiah Hamzah, berciri keibuan tu bukan bermakna menyusukan anak je, tapi lebih daripada itu. Contohnya, memahami, penyayang dll.
5- Jangan terikut-ikut dengan aliran fesyen. Hakikatnya fesyen yang mana popular ditentukan oleh golongan kapitalis, dan yang kasihannya wanita seringkali menjadi "fashion victim" atau mangsa fesyen. Berfesyen tak salah, asal tak berkiblatkan barat dan menjafa syariat.
6- Redha Allah bersama dengan redha ibu bapa. Part ni sungguh mencurah-curah air mata. Ini dunia je kan, apalah salahnya kalau kita kabulkan cita-cita mak ayah kita. <<<----ini nasihat utk diri sendiri
7- Moga-moga amalan baik bidadari dunia ini dapat melayakkan dia menjadi bidadari syurga abadi. Aamin.
Kepada Cik Bidadari-bidadari dunia..insyallah.Syurga juga!
*sory, I have to kept our pic asrar*
asrar = rahsia
At the beginning, I thought that it is fine to put my friends' pic in this blog,
but considering myself pun tak sanggup nak paparkan wajah sendiri kat blog,
so,takkan nak buat kat org kan?
Lagipun, tak minta permission lagi dari diorang.
Wasalam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan