Nasyid Instrumental

04 Mac 2012

Tinta buat Umi

Bismillahirrahmanirrahim,

Andai bibir ini sudah hilang fungsinya daripada bersuara,
Bersuara tapi tiada yang mendengar,
Serupa aku berdiam diri.

Ya Allah, izinkan pula aku menulis,
Bertintakan air mata,
Moga ada yang sudi memahami.....

Mingu ini aku tak pulang ke rumah tercinta. Mungkin dengan alasan ada diskusi, Isnin nanti ada presentation. Juga final exam yang cuma empat minggu.Umi berharap untuk aku pulang walaupun aku baru sahaja pulang minggu lalu. Namun,aku tak juga pulang. Umi berkecil hati pada hematku. Katanya, aku sudah cukup dewasa untuk memahaminya.

Mungkin fizikalnya,ya benar aku sudah dewasa.
Tetapi, dari sudut hati yang berbeza, aku turut berharap...
Umi menelefonku dengan suaranya yang ceria.
Sungguh! aku mengharapkan saat itu berulang kembali.

Masih mengharapkan panggilan telefon dari Umi kerana adakalanya aku sengaja mematikan talian telefon supaya Umi menelefon aku kembali. Tetapi nyata tiada.

Dan sekarang aku telah dilukakan, entah siapa. Biasanya Umi pasti kuhubungi. Tetapi, berbeza saat ini, aku malu. Karma aku mungkin. Melukakan kemudian dilukakan.

Umi, Syifa' minta maaf. Syifa' harap Umi sudi dengarkan cerita Syifa' lagi.

Anakmu,
Khairussyifa'

Tiada ulasan:

Cerpen : Partikel Tuhan (PART 1)

“Kau tahu apa yang paling kecil dalam dunia ini - pada tahap yang boleh dijelaskan?” “Atom?” “Sekadar meneka atau apa?” “Penge...