Sungguhpun ini bukan hasil karya terbaik saya. Tetapi Alhamdulillah, saya bersyukur kerana cerpen kali ini saya berjaya menyudahkannya sehingga ke dakwat pena yang terakhir atas izin Allah swt. Cerpen kali ini saya berniat mengetengahkan mesej-mesej Islam melalui rujukan buku Apa Ertinya Saya Memeluk Islam karya Fathi Yakan, Bidayatul Hidayah karya Imam Al-Ghazali dan Buku Ustaz Zaharuddin, Jangan Berhenti Berlari. Sejujurnya bukan elemen cinta menjadi keutamaan saya, tetapi sekadar menyedapkan jalan cerita. Bagi yang selesai membaca, saya teringin untuk tahu mesej apakah yang diterima hasil pembacaan tulisan cerpen saya agar dapat membaiki mutu karya tulisan saya pada masa akan datang.
(Nota kaki : saya cuma nak checklist mesej cerpen, adakah ianya benar-benar sampai pada pembaca dan yang kedua sekadar membuat refleksi pada pemikiran segelintir remaja perempuan mengenai nikah)
Akhiran~ Selamat Membaca (sangatlah panjang ^_^)
PERSADA SOLEHAH karya Khairussyifa' Humaira
Trr…Trrr……Telefon
bimbitku bergetar. Ku lihat pada skrin
telefon bimbitku.
5 message received.
Ku buka inbox satu persatu. Isi
mesejnyanya memang sudah ku duga.
“ Farhana, Happy Birthday!!! Jangan nakal2
lagi tau….”
“Salam Farhana Adawiyyah, may Allah bless
you always, in everu circumstance, Insya-Allah. –
Leeya-”
“Salam
adindaku, moga dirahmati Allah selalu. Semoga pertambahan usiamu seiring juga
dengan pertambahan imanmu, ibadahmu, ilmumu dan tak lupa matang sikit perangai
tu…
dah masuk 18 tahun dah adik kak Long ni…;-)”
“Sanah
Helwa Farhana. May Allah bless you. Aamin. *Rindu kat ana sgt3*”
“Assalamuaikum anak umi ayah, dah 18 tahun dah
rupanya Farhana. Rasa macam baru semalam kami sambut berita gembira yang umi sedang
mengandungkan Farhana 3 bulan. Ketika itu, impian umi ayah adalah untuk melihat
Farhana membesar sebagai seorang wanita yang solehah, tahu menjaga pekerti dan
paling utama taat kepada Allah & Rasul. Alhamdulillah, Allah Yang Maha Baik
telah memakbulkan doa kami 18 tahun yang lalu. Farhana anak yang baik, minggu
ini pulang ye. Ada sedikit jamuan untuk Farhana.”
Air mata ku menitis usai membaca mesej
terakhir itu, pantas kukesat bimbang dilihat oleh sahabat-sahabat sekelas. Umi
ayah, mereka terlalu memujiku. Sedangkan terlalu banyak khilafku pada mereka.
Menginjak usia 18 tahun, terpancar satu simbol
yang begitu kudambakan - kebebasan.
Bukanlah selama ini aku begitu dikongkong. Tidak, bukan begitu. Cuma pada
mentaliti seorang gadis yang berusia 18 tahun, aku sudah layak untuk membuat
pilihan sendiri. Layak untuk menentukan sesuatu perkara yang kuyakin terbaik
pada masa hadapanku. Layak untuk memilih bakal teman hidupku sehingga ke Jannah
nanti. Dan boleh jadi, inilah waktu dan ketikanya seorang gadis dirisik untuk
dijadikan suri di hati seorang lelaki yang soleh.
Pada hematku, aku perlu dan mesti berbaitul
muslim sebelum meniti ke usia 20-an. Mengapa? Kerana aku sudah terlalu lama
berpuasa dari melakukan maksiat. Bukan aku tak teringin keluar bermain bowling,
mononton wayang, keluar makan bersama, berjogging, bershopping dengan rakan
lelaki. Tetapi aku meletakkan keutamaan hidupku pada keredhaan Allah, Rasul dan
ibu bapaku.
Teringat sebuah kata-kata yang begitu bermakna,
“sekiranya kita menahan diri dari sesuatu yang
haram, maka di suatu ketika nanti Allah akan menggantikannya dengan yang halal”
Perkara yang
halal hanyalah setelah bernikah.
“Hmmm, Umairah dah ada calon ke?”
“Eh, kenapa tiba-tiba je Ana tanya? Mana Ana
tahu ni?”, Umairah seakan terkejut dengan soalanku.
“ Bukan apa, macam dengar desas-desus tapi takut
silap. Sebab tu tanya.” Sengaja aku menatap mukanya menagih kepastian.
Umairah mengangguk perlahan.
“Umairah betul-betul dah confirm ke pasal ni?
Keluarga dia sudah datang merisik ke?”
“ Belum lagi. Pakcik Umairah yang beritahu
yang ‘orang tu’ dah mula berbisnes kecil-kecilan untuk kumpul duit”
“Bagusnya! Dia dah memang bekerja atau student
lagi?”
‘Dah macam polis pencen pulak aku ini, banyak
betul soalannya’, monolog hatiku.
“Student lagi, sebaya kita. Sekarang dia kat
DQ, ambil diploma”,
Wah, terlopong aku dibuatnya.
“Kalau betul-betul jadi, memang Umairah dah
bersedia untuk jadi isteri?”
Umairah sekadar tersenyum. Barangkali itu
jawapan bagi ‘Ya’. Umairah pernah juga bercerita padaku, sejak zaman remaja dia
berulangkali diuji dengan cinta lelaki. Dan dalam banyak-banyak lelaki yang
hadir dalam hidup dia, katanya lelaki itu yang terbaik, tentulah Hifzil Quran.
Bertuahnya dia.
*******************************************************************************************************
Cuti pertengahan semester, aku ditugaskan
untuk menjadi urusetia pendaftaran untuk program “Cilik Al-Quran” di kampungku.
Aku cuba tunaikan seikhlas mungkin kerana ibu bapaku yang memohon pertolonganku
untuk bertugas di situ.
Di celah-celah kesibukan hari pendaftaran,
tiba-tiba muncul sesusuk tubuh lelaki di hadapanku. Wajahnya bersih, sungguh
nur Ilahi seakan terbias indah pada pesona wajahnya.
Aku tertunduk. Astaghfirullahal’azim.
Masya-Allah, rezeki apakah Engkau takdirkan padaku Ya Allah.
“ Ya Encik. Apa yang boleh saya bantu?”, aku
cuba berbahasa neutral.
“Begini ustazah, saya dapat panggilan telefon
untuk mengajar subjek Al-Quran di sini menggantikan Ustaz Haikal”
“Oh, kamu ini ustaz ‘Aqil Baihaqi? Sebentar
ye. Saya panggilkan Puan Roshidah”.
‘Pelik, dia yang ustaz, aku pula dia panggil
ustazah. Aku bukan ambil bidang agama pun. Al-Quran satu juz pun aku tak
lepas’, aku bermonolog sendirian ketika menuju ke bilik pengajian khas di Masjid
Al-Mustaqim untuk bertemu Puan Roshidah.
Tuk tuk tuk. Aku mengetuk pintu yang separa
terbuka.
“Puan Rashidah, ustaz baru dah sampai”
“Baik, baik. Saya datang sana. Kamu tolong
tengokkan murid-murid sekejap ye”
Aku sekadar mengangguk. Kedua belah tangan
kusilangkan kehadapan. Sekadar tengok, memang tak ada masalah.
Hari ini, seperti kebiasaan aku bermuhasabah
sebelum tidur. Tetapi kali ini muhasabahku panjang.
“Ustazah”, masih terngiang-ngiang lagi di
gegendang telingaku.
Bukan kerana suara Ustaz ‘Aqil Baihaqi yang
mengusik denai hatiku. Tetapi lebih kepada panggilan yang diajukan padaku,
panggilan ‘Ustazah’.
Layakkah wanita
seperti aku ini dipanggil ustazah?
Hari-hari berikut yang kulalui sepanjang
program ‘Cilik Al’Quran’ adalah sebuah pengalaman yang begitu berharga. Aku belajar
menginfakkan diri aku sepenuh hati untuk kebajikan ummah. Ku berpegang dengan
firman Allah s.w.t,
{ Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu
menolong (agama) Allah nescaya Dia akan menolongmu dan mengukuhkan kedudukanmu
}
Surah Muhammad ; 7
Aku yakin dengan cara ini mampu mendidik hati
ini terdorong untuk terus melakukan kebaikan dan kebajikan. Berterusan Insya-
Allah.
Tetapi….
Ada sesuatu yang merunsingkan hatiku. Baiklah
ini rahsia!
(baca baik-baik coretan aku ini)
Ehem…Subhanallah!
Sungguh, benar-benar aku terpesona dengan bacaan Al-Quran yang dibacanya
setelah solat maghrib berjemaah sebentar tadi. Entah mengapa tiba-tiba aku
seakan mendengar bisikan hati sendiri, ‘Indahnya kalau dia ini adalah bakal
imamku’. Setulusnya, aku tak pernah meruangkan hatiku pada seseorang lelaki
selain Rasulullah qudwah hasanahku dan ahli keluargaku sendiri.
Habis tu selama ini awak tak pernah jatuh hati
pada seseorang?
Bukan begitu. Sebagai manusia normal, saya
pernah juga jatuh hati. Tetapi, saya tak pernah jatuh hati seperti apa yang
saya rasakan sekarang.
Apa bezanya?
Saya jatuh hati pada seseorang sehinggakan
saya sangat yakin yang dia mampu membimbing saya ke arah yang lebih baik. Dia mampu mendidik saya menjadi seorang
wanita, isteri, anak dan ibu yang solehah. Tetapi….
Tetapi apa? Awak selalu sangat beralasan…..
Saya fikir dia patut dapat seorang wanita yang
lebih baik daripada saya. Dia rijal yang soleh, terlalu baik untuk diganding
dengan wanita dhaif seperti saya. Dhaif dari banyak segi –
akhlak, ibadah, ilmu agama.
Hmmm….(Haish,
tak tahu nak cakap apa dah pada si farhana ni)
“Assalamualaikum ustazah Farhana!”
Langkah kakiku terhenti. Beberapa saat
kemudian, aku menoleh kearah suara itu.
“ Waalaikumsalam. Maaf, saya bukan ustazah.
Boleh panggil Farhana”, aku sedikit terganggu dengan panggilan itu.
“Hmm, Farhana. Saya nak minta tolong adakan
copy senarai nama pelajar untuk tujuan kehadiran pelajar. Kalau boleh setiap
kelas dua copy. Satu untuk sesi 1 bersama Puan Roshidah dan satu lagi sesi 2,
kelas saya”, bicara Ustaz ‘Aqil Baihaqi seakan kekok.
“ Insya-Allah, nanti saya taip. Bila Ustaz
‘Aqil nak?”
“Kalau boleh secepat mungkin. Dalam minggu ini
bagaimana?”
“Saya akan usahakan”, ringkas saja jawapanku.
Pap! Tiba-tiba buku catatanku terlepas dari genggaman. Ustaz Aqil segera
membongkokkan dirinya mengambilnya untukku.
“Terima kasih”, sambil menghulurkan tangan
mengambil buku catatanku daripada Ustaz ‘Aqil.
“Syukran kathira", Ustaz 'Aqil mengakhiri perbincangan kami.
Small matter la ustaz. Pasti beres!
Aku berjalan perlahan menuju perpustakaan mini
di Masjid al-Mustaqim. Aku log in Yahoo account menggunakan computer yang
disediakan oleh pihak masjid.
Username : farhana_aladawiyah94@yahoo.com
Password : **********
Aku scroll down melewati mail yang tak
begitu penting, Mataku tertumpu pada sender email daripada Adilahsewitt.
Kak usrahku yang begitu baik hati.
“Assalamualaikum w.b.t Farhana Al-Adawiyah yang
dirindui,
Kaifa haluki iman enti selama semester break ini?
Manfaatkan masa cuti ini sebaiknya ye… Akak mungkin tak dapat buat usrah pada
minggu ini. Jadinya, akak bercadang nak menyambung input berdasarkan buku Fathi
Yakan, ‘ Apa Ertinya Saya Menganut Islam’.
Untuk lebih kefahaman, akak cadangkan Farhanah selak terus bukunya di halaman
65-73.
Dalam Bab 4, Fathi Yakan menjelaskan ‘Saya Mestilah
Bersifat Seorang Muslim Terhadap Ahli Keluarga Saya’. Setelah tanggungjawab
seorang muslim terhadap dirinya, maka tanggungjawab yang patut diutamakan
adalah terhadap ahli keluarganya. Sepertimana Firman Allah dalam Surah Al-Tahrim
66 : Ayat 6,
{Wahai
orang-orang yang beriman peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang
bahan bakarnya adalah manusia dan batu, penjaganya malaikat-malaikat yang kasar
yang tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkanNya kepada mereka
dan mengerjakan apa yang diperintahkan}
Secara ringkasnya, ada 3 tanggungjawab yang
dihighlightkan Fathi Yakan dalam bukunya, namely :
1) Tanggunhjawab Sebelum Berumahtangga
2) Tanggungjawab Selepas Berumahtangga
3) Tanggungjawab Bersama Dalam Mendidik anak-anak
Banyakkan tanggungjawab kita? Adik-adik yang dikasihi, membina Baitul Muslim bukan sekadar menghalalkan yang haram. Bersuka-suka. Bukan. Allah datangkan ia dengan lebih banyak tanggungjawab bagi sesiapa yang melihat Baitul Muslim adalah amanah dari Allah.
Jadinya, ada beberapa tanggungjawab yang seharusnya
dipandang oleh golongan yang masih belum berbaitul Muslim,
1) Memastikan pernikahan kerana Allah – membina rumah tangga muslim untuk melahirkan
keturunan yang salih, menjadi keluarga yang mampu menunaikan amanah serta
memastikan pelaksanaan hidayah Allah secara berterusan
2) Menjadikan tujuan perkahwinan – menjaga pandangan, memelihara kemaluan,
bertaqwa kepada Allah
3) Memilih bakal isteri yang baik – kerana dengannya kita berkongsi hidup dan
menjadi teman dalam perjuangan
4) Memilih wanita yang baik akhlak dan pegangan agamanya sekalipun
ia mungkin tidak punya harta kekayaan dan kecantikan.
5) Berhati-hati supaya tidak menyalahi perintah Allah dalam urusan
ini – takut
kemurkaan dan siksaan Allah. Seperti hadis Rasulullah :
“ Sesiapa yang mengahwini wanita
kerana memandang kepada kemuliaan sahaja, Allah tidak akan menambah apa-apa
kepadanya melainkan dengan kehinaan, sesiapa yang berkahwin kerana hartanya,
Allah tidak akan menambahnya kecuali kefakiran, sesiapa yang berkahwin kerana
keturunannya Allah tidak akan menambahnya kecuali kerendahan tetapi siapa yang
mengahwini wanita kerana menjaga pandangan dan memelihara kemaluannya(dari
perkara yang haram) atau menghubungkan silaturrahim, Allah akan memberkatinya
dan isterinya.”
Insya-Allah sekadar itu. Selebihnya
akak akan sambung di lain masa. Akhir kalam, adik-adik akak yang dikasihi,
berbicara mengenai bakal zauj, baitul muslim dsbg bersama sahabat tidak ada
masalah tetapi sekiranya tiada panduan, asas dan ilmunya, bimbang diskusi itu
menjadi sesuatu yang sia-sia dan merapu-rapu semata. Sebaiknya lengkapkan diri
adik-adik dengan ilmu, tidak semestinya ilmu mengenai baitul muslim, tetapi
ilmu-ilmu Allah yang lain. Semoga bicaranya menjadi lebih bermanfaat. Insya-Allah,
akak doakan yang terbaik~
Jazakillah, kirim salam sama umi dan
ayah Farhana ye….
Aku terkedu
seusai membaca mail dari Kak Adilah. Betul juga katanya. Selalunya hot topic
kalau berbicara bersama rakan-rakan mesti mengenai baitul Muslim. Tetapi
selalunya kami berbicara tanpa ilmu, jadi ending bicara kami tiada konklusi
yang membantu kami menjadi seorang yang lebih baik.
Ilmu. Ilmu. Ilmu.
Refreshing niat.
Teringat sepotong kata-kata Imam Al-Ghazali dalam bukunya Bidayatul Hidayah :
“Seandainya engkau
berniat dengan mencari ilmu ini untuk berlumba-lumba dan mendapatkan kemegahan dan
termuka di kalangan kawan-kawan dan untuk menarik perhatian orang ramai
terhadap dirimu dan menghimpunkan akan kekayaan dunia, maka sebenarnya engkau
telah berusaha menghancurkan agamamu dan membinasakan dirimu sendiri dan
menjual akhiratmu untuk mendapatkan harta dunia”
Nikmat itu
sesuatu yang mendekatkan diri kepada Allah. Tetapi sekiranya aku menuntut ilmu
tetapi tidak mampu membuat diriku berasa dekat dengan Allah, benarkah ilmu itu
adalah nikmat Allah untukku?
“Assalamualaikum,
to all brothers and sisters. Insyallah tonight will be a forum conducted by
Islamic Student Community Club(ISCC) at Dewan Millenia, entitle “Mahasiswa,
Berhentilah Beralasan Demi Islam”. For
those student who interested to join this forum, there will be a bus provided
starting at 7.30pm. Don’t be late! And May Allah bless you for the time that
you consume for Islam. Syukran!”
Sejurus
pengumuman yang dibuat di kolej kediaman 9, aku terus berlari mendapatkan
Umairah di bilik setentang dengan bilikku.
“Umairah, jom pergi
forum malam ini!”
“Memang nak pergi
pun, baik hang cepat bersiap. Hangpa tahu tak siapa penceramahnya?”
“Tak, siapa?”
“Dr. Zaharuddin”
“Menarik!!!!!”,
terus aku berlari ke bilik untuk memilih baju dan tudung untuk dipakai pada
malam ini.
“ Farhana, Farhana…”,
Umairah sekadar mengelengkan kepala melihat perangaiku. Katanya, aku ini kalau
diajak berfikir, akulah yang paling matang dan jauh berfikir. Tetapi,
adakalanya aku kalau diajak bergurau, kamu tidak akan sangka, mungkin terlalu
kebudak-budakan.
Pada malam Forum
: Mahasiswa Berhentilah Beralasan Demi Islam.
“Bismillahirrahmanirrahim, Pertama sekali jangan sesekali kita ditipu
oleh syaitan yang sentiasa mengutuk kita sebagai ‘tidak cukup baik’, ‘tidak
soleh’ dan ‘belum cukup ilmu’ serta seribu satu macam alasan lagi. Pastikan
semua bisikan itu diharungi dengan keazaman dan usaha yang tinggi untuk
memadamkannya.
Hakikatnya semua
kita belum cukup ilmu, namun Allah mewajibkan kita berusaha untuk menyampaikan
apa yang kita faham daripada ayat-ayatnya dan sunnah rasul-Nya kepada manusia
lain. Berusahalah mencari kefahaman ilmu dan menyampaikannya seperti kita
mencari makanan untuk diri dan keluarga.
{…..Tugas
engakau hanyalah menyampaikan (apa yang diperintahkan kepadamu)…}
(Asyura 42:48)
Sekarang, tugas
kita ialah menggali ilmu sedalam mungkin sebagai benih untuk membolehkan kita
membezakan mana yang mungkar dan mana yang makruf. Hanya melalui jalan itu,
kita mampu melaksanakan tugas tersebut.
Nabi juga
bersabda : Para nabi tidak mewariskan dinar dan dirham (wang dan harta), tetapi
mewariskan ilmu, sesiapa yang mengambilnya maka dia telah mendapat kebaikan
yang melimpah.(Riwayat Abu Dawud) “
Baiklah! Buat kesekian kalinya aku tersentap.
Aku yang enggan dipanggil ‘ustazah’ ini
kerana merasakan belum cukup layak dan belum cukup ilmu. Nah rasakan! Berilah
lagi seribu satu alasan!
Farhana, apa lagi
teguran yang engkau perlukan untuk menjadi lebih baik? Allah menegur hambaNya
dengan cara yang paling halus dan berseni, hampir saja kau tidak menyedarinya.
Seharusnya, panggilan ‘Ustazah’ menjadikan engkau merasa tercabar, tidak cukup
bermuhasabah tetapi tiada langsung usaha untuk berubah.
Tiga tahun
berlalu.
Hari dimana
segala usaha penat lelahku diabadikan dalam segulung ijazah yang begitu
bermakna.
Kami sekeluarga
bergambar di hadapan Dewan Konvokesyen USIM. Ku amati riak wajah ibu ayahku, Ya
Allah sungguh aku menangis dalam gembira, tanpa jasa mereka, aku bukan sesiapa!
Tiba-tiba umi
mendekati aku ketika aku sibuk membelek-belek gambar pada camera digital
milikku.
“ Farhana sayang,
ada perkara penting yang umi dan ayah mahu beritahu Farhana”, Umi menghulurkan
sekeping surat berlipat. Aku memandang wajah Umi dalam-dalam. Umi sekadar
mengangguk menyuruh aku membuka lipatan surat itu.
“ Ehem…Subhanallah!
Sungguh, benar-benar aku terpesona dengan bacaan Al-Quran yang dibacanya
setelah solat maghrib berjemaah sebentar tadi. Entah mengapa tiba-tiba aku
seakan mendengar bisikan hati sendiri, ‘Indahnya kalau dia ini adalah bakal
imamku’. Setulusnya, aku tak pernah meruangkan hatiku pada seseorang lelaki
selain Rasulullah qudwah hasanahku dan ahli keluargaku sendiri.
Habis tu selama ini awak tak pernah jatuh hati pada seseorang?
Bukan begitu. Sebagai manusia normal, saya pernah juga jatuh hati.
Tetapi, saya tak pernah jatuh hati seperti apa yang saya rasakan sekarang.
Apa bezanya?
Saya jatuh hati pada seseorang sehinggakan saya sangat yakin yang dia
mampu membimbing saya ke arah yang lebih baik.
Dia mampu mendidik saya menjadi seorang wanita, isteri, anak dan ibu
yang solehah. Tetapi….
Tetapi apa? Awak selalu sangat beralasan…..
Saya fikir dia patut dapat seorang wanita yang lebih baik daripada
saya. Dia rijal yang soleh, terlalu baik untuk diganding dengan wanita dhaif
seperti saya. Dhaif dari banyak segi – akhlak, ibadah,
ilmu agama.
Hmmm….(Haish, tak tahu
nak cakap apa dah pada si farhana ni)
Ustazah Farhana, berhentilah memberi
alasan. Saya yakin Ustazah Farhana juga punya kelebihan tersendiri. Mabruk atas
kejayaan Ustazah!”
Aku dapat
merasakan yang wajahku merona merah saat membaca perenggan terakhir surat itu.
Itu memang tulisan aku, tetapi hanya pada awalnya. Tulisan siapakah itu? Tetapi
beribu kali aku hairan bagaimana lembaran kertas ini ada pada Umi. Kalau umi
baca, Ya Allah malunya!
“Macam mana
kertas Ana ada pada Umi?”, takut-takut aku bertanya.
“Ada orang bagi.
Dah 3 tahun dah Umi simpan”, bicara Umi tenang.
Aku terdiam.
Hampir saja neuron dalam otakku gagal berfungsi. Ya Allah siapa?
Takkanlah…………
“Tiga tahun
lepas, ada seorang ustaz datang jumpa Umi dan Ayah. Dia datang bertanya khabar
dan merisik Farhana. Umi dan Ayah kata, kalau boleh tunggu Farhana habis
belajar dahulu. Kemudian dia serahkan sekali surat ini. Dan kami sampai
sekarang tak pernah baca pun isi kandungannya.”
“Takkanlah Ustaz
‘Aqil Baihaqikan umi?”, aku bercanda, hampir tak percaya.
“Ya
Allah budak ini, Ustaz ‘Aqil Baihaqi lah orangnya!”, Umi mencubit kedua belah
pipiku. Barangkali dia mahu mengejutkan aku daripada mimpi indah, walaupun sebenarnya
aku bukanlah bermimpi.
Bak cerita Ustaz
‘Aqil Baihaqi, lipatan surat aku terjatuh saat aku menyerahkan senarai nama
pelajar. Walaupun sebenarnya sampai sekarang aku gagal nak recall bila surat itu terjatuh.
Aamin~
****Sekadar Selingan****
p/s - Ni gambar ustaz 'Aqil baihaqi sewaktu kecil.(minta izin share ye syafiqah)
syukran kepada Syafiqah Zakaria atas cadangan nama anak buah beliau.hehe.
syukran kepada Syafiqah Zakaria atas cadangan nama anak buah beliau.hehe.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan