Nasyid Instrumental

14 Mac 2013

Calon

Bismillahirrahmanirrahim.



Semalam, aku terlibat dalam mencalonkan sahabat untuk aktiviti kesukarelawan. Sungguh sekiranya aku merasakan dirinya layak dan aku bersedia mendengar arahannya andai dia seorang ketua nanti, maka rasanya tiada masalah untuk ku mencadangkan namanya.

Kemudian seorang sahabatku mengusulkan,

"Syifa', cadangkan pula yang pakai kot tu, tudung pink cair"

Aku terdiam seketika. Mengenali figura yang dimaksudkan.

"Oh yang tu, namanya sekian sekian. Awak cadangkanlah"

"Syifa'lah cadangkan....."

Sekali lagi, aku terdiam . Tak berapa pasti. Pernah berada bawah pimpinan insan yang cuba yang dicalonkan membuatkan aku terbayang bagaimana diriku bakal berada bawah pimpinannya. Bukanlah aku jenis yang tidak boleh menerima arahan, tetapi aku berharap aku dihargai sebagai seorang sahabat, walaupun nanti dialah pemimpin harapan negara dan Islam. Bukan sekadar aku diarah begitu begini, sementara dia pula berubah menjadi seorang diktator, manakala aku pula berterusan menjadi golongan marhaen yang bisu tidak bersuara.

Bukan kerana tidak mahu bersuara, tetapi dialah sahabat. Andai bersuara, aku dianggap 'penyibuk kelas pertama'.  Andai dinasihati, dia merasakan dialah yang terbaik untuk memimpin.

"Itu di luar bidang tugasan awak!"

Moga tidak begitu. Sebenarnya orang yang paling aku cuba untuk aku tidak calonkan, akulah orang yang mencalonkannya. Sadiskan?

Masa itu mustahil ya terputar kembali. Moga dia berubah.

Jujur,sedih sebenarnya. Seorang yang ku dikasihi, berubah kerana kuasa dan jawatan. Kemudian menjadi mangsa umpat, keji dan kutukan mereka. (Mangsa umpatan hatiku juga ;-( )

Na'uzubillahiminzalik.

Sungguh tidak mampu menerima setiap pandangan, tetapi hormatilah dia sebagai seorang muslim dan seorang insan yang punya hati dan perasaan.

 Tidak perlu, " Awak, buat ni... buat ni..., cepat2. Sekarang!"
 Apabila ditegur, " Eh tolong sikit eh, saya dah bgtau awk awal2 dah. Mana boleh awak tak tahu..."

#Jawatan itu terpikul berat buat mereka yang merasakan itu amanah. Sebaliknya buat mereka yang berharap dan mengidamkan jawatan hanya untuk meraih populariti manusia dan membuktikan betapa diri sendiri itu bijak mengatur-atur manusia. 

Astaghfirullahal'azim

'orang yang menulis tentang sabar, kadangkala ketika menulis tidak sabar juga'

dan orang yang memberi peringatan, semoga setelah menulis pun beringat kembali peringatannya.

Akhiran,
muhasabah buat aku juga.


Taqaballahuminna wa minkum.

Tiada ulasan:

Cerpen : Partikel Tuhan (PART 1)

“Kau tahu apa yang paling kecil dalam dunia ini - pada tahap yang boleh dijelaskan?” “Atom?” “Sekadar meneka atau apa?” “Penge...