Nasyid Instrumental

08 Mac 2013

Kerna tulisan

Bismillahirrahmanirrahim.

Lama dah tak buat perangai macam ni. Bukan malas nak menulis, malah hati ni terasa seolah-olah melonjak-lonjak menyuruh + memaksa  jemari ini menulis. Ada satu peristiwa yang membuatkan keinginanku ini memudar seketika. Bermuhasabah pada hati, hati yang kotor manakan mungkin membersihkan hati insan lain?



Peristiwa dimana aku diuji dengan tulisanku.

Aku memilih untuk berhenti menulis seketika, lebih kepada meng'uzlahkan diri pada Pencipta. Tak cukup, aku masih dibayangi dengan dosa lalu. Memohon untuk jauh dari perkara yang membelenggu aku, kemudian aku diuji lagi dan lagi, aku tersungkur nun menjunam ke dasar sana. Sehinggakan menjadi terlalu bimbang, doa si pendosa seperti aku ini mahukah diterima si Dia? Memaksa diri bertaubat, bimbang atas dosa-dosa yang tak tertaubat, membuatkan aku sukar menerima hidayah Allah, na'uzubillah.

" Setiap anak Adam itu berdosa dan sebaik-baik orang yang berdosa adalah yang memohon taubat kepada Tuhannya" (hadis riwayat At-Tarmizi)

'Kata mahu menjadi da'ie, tapi beban jahiliah masih terpikul di bahumu?'. Aku menjadi seakan tertampar dengan kata-kata seseorang,

"Sungguh sekiranya kita tidak mampu menjadi penyumbang kepada kemenangan Islam, maka jangan sampai  sebab dosa kita itu yang menjadi faktor jatuhnya Islam"

Na'uzubillah. ;-(

Terfikir pula, mungkin selama ini aku menjadi terlalu selesa dengan pujian. Maka Allah datangkan ujian, supaya dengan dosa lalu itu aku beringat. Aku bukan ma'sum. Barangkali di tengah kebaikan yang ku lakukan itu terselit juga dosa riak dan takabbur pada kebolehan sendiri. Supaya dengan bayangan dosa semalam aku kembali bertaubat dan memohon bersungguh-sungguh pada Allah!

Menurut ungkapan Sheikh Ibnu Athaillah,

"Sesiapa yang memujimu maka ketahuilah segala pujian itu berlaku adalah kerana pandainya Allah SWT menyembunyikan keburukanmu. Maka kembalikanlah pujian itu pada Zat yang telah menutup aibmu bukannya kepada orang yang memujimu"

****


Teringat pula perbualan aku dengan seorang sahabat ketika Tingkatan 5 dahulu.

Aku       : sok sek sok sek (duk puji seorang sahabat ni)
Sakinah : eh, kau tak payah la puji orang sangat-sangat.
Aku       : Asal? Daripada mengutuk dapat dosa, kan lebih baik kita memuji.
Sakinah : Tahu tak, memuji orang ini ibaratnya macam pisau cukur.
Aku       : Means? *tak puas hati*
Sakinah : Kalau kau cukur berkali-kali benda alah tu melukakan kau betul tak? Dan kau tak sedar pun. Same goes to pujian, dia akan mengikis amalan kebaikan seseorang tu. Maka nanti apabila amalan kebaikan itu habis terkikis, apa yang tinggal...?
Aku      : Dosa.....

Benarlah kan~
Barangkali tidak mengikis dosa orang yang memuji, tapi dalam tidak disedari, mengikis amalan kebaikan si penerima pujian. Allah lah selayaknya yang menerima pujian , kul Alhamdulillah. Memuji dalam hati itu yang terbaik, tak perlu lafaz.

#tapi tak sama pujian seorang zauj kepada zaujahnya, itu keperluan dalam pelayaran mahligai rumah tangga. Tanyalah psikologist *tanyalah ustaz* kalau tak percaya.

Akhiran,

" Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa apabila mereka dibayang-bayangi pikiran jahat (berbuat dosa) dari setan, mereka pun segera ingat kepada Allah, maka ketika itu juga mereka melihat (kesalahan-kesalahannya) " 
 Al-A'raf : 201


Taqabalallahu minna wa minkum.

p/s -syaitan itu kreatif n kritis, walaupun tak ambil fizik.
(bolehla, pantun 2 kerat)

Tiada ulasan:

Cerpen : Partikel Tuhan (PART 1)

“Kau tahu apa yang paling kecil dalam dunia ini - pada tahap yang boleh dijelaskan?” “Atom?” “Sekadar meneka atau apa?” “Penge...