my follower

Nasyid Instrumental

26 Mac 2013

Scripted

Bismillahirrahmanirrahim.




"Ataukah kamu mengira bahwa kamu akan masuk surga, padahal belum datang kepadamu(cobaan) seperti (yang dialami) orang-orang yang terdahulu sebelum kamu. Mereka ditimpa kemelaratan, penderitaan dan diguncang (dengan pelbagai cobaan), sehingga rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya berkata, "Kapankah datang pertolongan Allah?". Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat" 
Al-Baqarah :214


Hujan renyai-renyai. Wiper kereta kecil Kak Farah bergerak ke kanan kemudian ke kiri setiap selang beberapa saat. Topik yang dibualkan mengenai di mana lokasi strategik untuk kami menikmati bungkusan makan malam daripada saudara seislam kami. Ayam percik kampung, sangat menyelerakan...

"Masjid Bandar Baru Nilai ok kot?"
"Boleh je"
"Kat sana ada dulang tak"
"Mungkin ada"

Kereta yang dipandu Kak Farah meluncur menuruni jalan lurus yang sedikit curam dan kemudian melalui selekoh tajam. Kelajuan kenderaan sukar diperlahankan dalam keadaan jalan yang agak licin. Brake kaki ditekan agak lama, aku sendiri dapat merasai geseran kuat antara tayar pacuan empat roda itu dengan jalan raya. Bunyinya sedikit kuat. Suasana panik, sukar dibayangkan kembali. Rentetan saat kejadian berlaku begitu 'slow motion'. Aku masih boleh melihat dengan jelas, batuan sebesar kepala manusia di bahu jalan. Kereta Kak Farah cuba mengelak, kemudian........

" Ya Allah!!!!!!!!!!!!", cuma itu terlontar.

Aku terdiam.
'Ya Allah, benarkah apa yang sedang aku lalui ini? Andai benar sampai sini hayatku, masakan aku tidak menerima sebarang petanda. Ya Allah, andai sampai sini ajalku, sungguh aku belum bersedia! Aku banyak dosa. Ya Allah, selamatkanlah aku'

Kereta kami terbabas ke bahu jalan dan kemudian tayar sebelah kanan terjunam di longkang lereng bukit. Mujur bukan terbalik terlanggar batu itu. Boleh jadi kereta kami terbalik. Mujur tidak menghala ke kiri jalan, nauzubillah, kerna gaung curam menanti.

Dalam musibah pun, banyak perkara yang boleh disyukuri.

Tertulisnya aku berada di situasi itu, bagai menonton sebuah tragedi kemalangan dalam drama tv. Segalanya masih segar untuk aku ceritakan satu persatu.

Keesokan harinya, kerana bimbang perlu repeat experiment physics sendirian. Aku gagahkan juga melangkah masuk ke makmal. Experiment pendulum. Ayunan bandul setiap 20 pusingan. Allhamdulillah segalanya dijadikan begitu mudah buatku. Jujurnya, impak peristiwa kelmarin masih kuat melekat dalam fikiranku.

Saat aku berdiri di bahu jalan, memerhati keadaan kereta yang terjunam ke longkang, sedang cuba ditarik keluar oleh sebuah Hilux.

Umi pesan melalui telefon, " Angah, istighfar banyak-banyak. Inilah namanya perjuangan."

Air mata mengalir perlahan-lahan, bukan sedih atas apa yang menimpa aku dan sahabat-sahabat. Tapi sekiranya jalan begini yang harus kami tempuh  untuk menegakkan agama-Mu ya Allah. Kami redha atas musibah ini.




Aku selusuri setiap peristiwa sebelum kejadian. Banyaknya kasih sayang Allah dalam setiap takdir yang tertulis. Sepertimana kata Ibn Atailah, " Barang siapa yang yang menyangka sifat Allah terpisah dalam takdir-Nya, maka itu adalah kerana pendeknya penglihatan akal dan mata hati seseorang".

Dan hikmah yang tak terhitung selepas kejadian ini. Aku bersyukur, tak semua orang dipilih untuk merasai detik menuju kematian.

-Buat sahabat-sahabatku atau sesiapa sahaja yang pernah berurusan denganku,
Aku mohon kemaafan, bimbang aku pergi sebelum sempat aku memohon maaf pada kalian.
-Syafakillah buat sahabat, moga cepat sembuh ^_^
- "Syifa' ok?"
"No worries la, syifa' cedera ringan je. Demam sikit. Alhamdulillah da sihat da"

Akhiran taqaballahu minna waminkum..


Tanda2 redha:
1- berlapang dada dan tenang menerima qada' Allah
2- tak mengharapkan keperitan tersebut hilang, meskipun kepedihan masih terasa
3-Apabila rasa redha itu kuat, terkadang ia menghilangkan rasa sakit sepenuhnya^_^


Sedikit kisah, renungan bersama...kisah Almarhumah Siti Hajar
http://mujahidah2u.blogspot.com/2013/01/rentetan-pengalaman-di-hari-hari.html
http://mujahidah2u.blogspot.com/2013/01/sebahagian-hikmah-sepanjang-bersama.html


NOTA KAKI
#buat mereka yang ada pakatan untuk memfitnah nama baikku atau berniat menjatuhkan aku dengan skrip kalian, silakan antum. Aku yakin Allah bersamaku. Aku yakin Allah merencanakan skrip yang lebih baik untukku...
# " Sometimes healing requires stepping away for awhile",  bukan bermaksud aku berhenti dari landasan dakwah, tapi aku berundur seketika untuk aku create momentum baru. Untuk aku bangkit semula dengan lebih tegap, moga2, In Shaa Allah.


3 ulasan:

Fatin Sue berkata...

:') moge kte terus thabat ye kwn. Syg syifa' liLLah~ ^_^

Fatin Sue berkata...

:') moge kte terus thabat ye kwn. Syg syifa' liLLah~ ^_^

khaulah assyifa' berkata...

sayang tensu jgkkk^_^
mekasih dtg ziarahh time sakit ritu..