Bismillahirrahmanirrahim
Teringat waktu zaman sekolah rendah dulu kat SRI Seremban, kami dulu ada kelas tambahan malam. Setiap Isnin, Rabu dan Jumaat kalau tak silap.
Ada satu malam tu, saja pergi kelas tambahan pakai tudung bulat( tudung sekolah agama). Umi baru beli sebenarnya, so rasa excited sangat nak pakai. Pastu ada la seorang tu tegur aku.(dia panggil aku dari belakang)
Orang : Ustazah, tunggu kejap~
Aku : *terkedu + tergamam* setelah beberapa saat pastu baru toleh kebelakang
Dan satu peristiwa lagi, ni recently berlaku kat aku. Yup, kat USIM.
Kat USIM, daripada apa yang aku perhatikan half kot pakai tudung bidang 60. Tudung bulat? Tak sangat. Maksud aku golongan yang betul-betul 'stick' dengan tudung bulat.
Macam aku, kadang-kadang je pakai tudung bulat.
Ada beberapa peristiwa yang berlaku membuatkan aku terfikir berulang-ulang kali nak pakai tudung bulat.
Kat surau, selepas solat. Kami macam biasa bersalam-salaman. Dan kebanyakan mereka salam aku siap cium tangan sekali. Diorang ingatkan aku akak-akak JAKSA(senior USIM yg jaga kebajikan pelajar tamhidi).
Takkan la nak larang diorang, eh buat apa cium tangan, saya pun tamhidi~
Dah biasa sangat peristiwa macam tu berlaku kalau aku pakai tudung bulat. Mungkin pakai tudung bulat menjelaskan kematangan seseorang.
Dan kalau join program sebagai fasilitator, kebanyakan diorang terus je panggil kami dengan gelaran 'ustazah'. Aku faham. Itu untuk memudahkan urusan komunikasi. Aku pun panggil je orang dengan panggilan 'ustaz'(if muslimin), mudah!
Frankly, aku bukan tak suka. Cuma setiap kali ada orang panggil aku dengan gelaran 'ustazah' seakan-akan ada satu suara dari dalam yang menggelakkan aku.
Eleh kau, nak jadi ustazah~
Tak layak la weh~
Solat pun kau lambat-lambatkan~
Solat pun tak khusyuk~ macam2 benda dunia kau ingat!
pandangan mata kau pun tak terjaga
~
Fine. Suara yang memperlekeh-lekehkan aku. DAN setiap kali itu juga akan terflash back segala memori kejahilan dahulu. Sungguh! Diri ini memang tak layak.
TAK LAYAK dipanggil ustazah.
Dan begitu juga masa depan aku. Aku tak mahu dipanggil ustazah pada masa akan datang. Panggilan itu seakan satu fobia bagi aku. Waktu dapat tawaran MAINS ke timur tengah dahulu. Memang benda ni yang berputar-putar dalam fikiran aku. (stop giving alasan Syifa'!)
Untuk dipanggil 'ustazah' untuk seumur hidup? Aku rasa tak layak.
Tapi hendak terbang ke timur tengah memang cita-cita aku. Aku sendiri tak faham mengapa aku buat keputusan begitu, keputusan untuk tidak pergi ke sana. Orang kata itu adalah jawapan istikharah aku. Sejauh mana kebenarannya???(biarkan persoalan itu pergi~isk)
Secara peribadi, ustaz/ah = seorang yang memiliki ilmu pengetahuan agama yang mendalam
or else
seseorang yang ada degree/diploma dalam bidang agama
or else(ni anggapan orang)
orang yang belajar kat timur tengah, sungguhpun dia ambil medic@dentistry
Tanggapan orang memang MENAKUTKAN. Selalu menakutkan.
Bila kita pakai tudung bulat/ labuh, people expect us to know more than others.
Bila kita study kat timur tengah, people expect us better than those who studying locally.
BUT(terbayang motivator menjerit kat mic=))
sampai bila asyik fikir apa orang fikir tentang kita.(2 kali fikir)
sampai bila??Macam tu tak kemana la kita...sama je di takuk lama.
One phrase yang sangat membantu~
Honestly, aku makin sukakannya...
"ADA AKU KESAH??"
eleh kau tu dulu itu ini.......... kita jawab : Ada aku kesah???
People, berhentilah menghakimi aku yang dahulu. Aku nak berubah.
Myself, please husnozon with me.
SALAM MAAL HIJRAH semua...~
***Masih adakah peluang kedua??insyallah~aku ingin terbang!
Another one, sumthin' to be ponder!
apa guna berubah andai masa lalu jua yang dihakimi...
3 ulasan:
like2.... 'ustzh'... juz stu pnggilan lgun... he3
Suka entry syifa' ni~ to change for good is not a crime. :)
Farzana : yup. betul panggilan yang mempunyai auranya tersendiri
Dr. Afifah : insyallah, syukrann. syifa' ke arah ituuuu....Hijrah menuju Allah.
Catat Ulasan