Nasyid Instrumental

22 Disember 2011

Ya Allah, Ajarkan aku Erti Kesabaran

Bismillahirrahmanirrahim,

Astaghfirullahal'azim . Astaghfirullahal'azim. Astaghfirullahal'azim.

Semoga perasaan marah + bengang + sakit hati ini segera reda.

Tiada sekecil-kecil perkara yang berlaku tanpa pengetahuan Dia. Allah memang dah izinkan perasaan ini hadir dalam diri ini satu jam yang lalu! Semoga menjadi kifarah kepada dosa-dosa saya.

Mungkin tadi saya marah sebab kene tolak waktu naik bas tadi.
Mungkin tadi saya bengang sebab jari saya luka kat pintu bas.
Mungkin tadi saya sakit hati sangat dengan pengurusan bas USIM.

tapi

Saya tak tahu, mungkin ada orang yang lebih bengang daripada saya.
Ya, benar. Saya tak tahu.

Mereka yang lebih satu jam menunggu. Mesti lagi bengang daripada saya.
Pelajar Muslimin yang hanya mampu melihat dari jauh,  mereka lagi layak berasa marah.
Tentulah, asyik-asyik golongan kami yang penuh di pintu bas terlebih dahulu.

Ya Allah, Semoga aku terus bersabar.

Lafaz di bibir mudah 'SABAR'. Yang menanggungnya jauh lebih perit.
Sahabat-sahabat TAMHIDI juga. Mereka jauh lebih sabar daripada saya. Terasa kerdil diri ini dibandingkan dengan mereka.

Kata seorang ulama' (maaf tak ingat siapa),

'bersyukur itu kadangkala lebih tinggi maqamnya daripada sabar'

Alangkah indahnya kalau diri ini mampu bersyukur di saat-saat diuji sebegini. Insyallah. Bersyukur. Alhamdulillah masuk universiti.

Teringat firman Allah,
Insyakartum laazidannakum
"Kalau kamu bersyukur, aku akan tambah"


Ya Allah, ku mohon ajarkan aku erti kesabaran atas perisriwa berlaku hari ini. Kemudian, ku mohon agar aku terdidik menjadi hamba-Mu yang bersyukur. Aaamin.



1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

'DEMI KEBENARAN ALLAH YANG SEBENAR-BENARNYA,daku memohon keizinan dariMU MAHA PENCIPTA untuk melayari ' wafatabadi.blogspot.com ' daku pohon dengan sebenar-benar permohonan agar daku dapat berfikir dengan fikiranMU,bersamaMU..Syukur Terimakasih yaALLAH dengan nikmat jasad&nyawa ini..Sejahtera DIRIMU yaALLAH..' sdr2 yg dkasihi semua,semestinya kita insan yg mcari KEBENARAN YANG SEBENAR-BENARNYA.luangkanlah masa kita untuk mlayari blog ini krn ssungguhny kita semua sudah ksuntukan masa,PCYLAH!!Salam kasihsayang..adam7

Cerpen : Partikel Tuhan (PART 1)

“Kau tahu apa yang paling kecil dalam dunia ini - pada tahap yang boleh dijelaskan?” “Atom?” “Sekadar meneka atau apa?” “Penge...