Bismillahirrahmanirrahim,
Suatu ketika...
(ceh, sila sambung ayat ini....)
#p/s - post ni panjangg skit. tak nak baca pun takpe.
Perarakan Maulidurrasul
Suatu ketika, saya ingat saya pernah ajar diorang ni Iqra'. Saya guna 'Siti' jelah ye. Time tu rasanya dia baru 6 tahun. Saya ajar dia Iqra' Buku 2, just continue yang cikgu sebelum ni ajar dia tahun lepas. But then, I realise dia tak dapat kenal satu huruf pun. Alif, Ba , Ta pun dia tak dapat bezakan. Saya bukan nak burukkan dia, but saya cuba nak menyelami kesusahan dia nak pick up satu ilmu tu. Saya ada buat comparison ngan rakan-rakan sebaya dia. Rakan-rakan lain tu dah sampai Iqra' 4 begitulah.
Pastu saya buat keputusan turunkan Iqra'1 balik. Sebab apa guna dia naik Iqra' 2 dalam keadaan dia tak kenal satu huruf pun. Oh, boleh jadi dia cuti sekolah lama sangat, so dia terlupa benda2 macam tu.
So, saya pun restart Iqra' 1 balik. Then after 1 week, saya dapati dia hanya boleh ingat range 1 huruf sahaja.Tapi kadang-kadang bila kenal huruf baru, dia lupa jugak yang dulu punya. Saya tanya cikgu-cikgu lain latarbelakang dia, dia kata Siti ni dari umur 4 Tahun kat sini, dia pendiam sikit. Fine, saya bertambah-tambah la risau. Kemungkinan budak ni disleksia or autisme etc....
Dan saya buat macam-macam perkara supaya dia ingat, basically saya akan relatekan huruf tu ngan persekitaran dia... Let say, 'dha' = 'dha' doraemon, 'syin' = 'syin' syampoo , 'haa' = 'haa' harimau (ok siap buat expression muka harimau dengan tangan skali macam nak cakar orang), 'tho' = 'tho' tolak (siap tolak badan dia lagi) dan the most word that I couldn't forget was....
'sod' = 'sod' sotong
Huruf ni jugak dia paling susah sangat(lewah ni=p)nak ingat. I keep remembering her macam...
Alaa, yang duk kat laut tu...
ATAUPUN
Alaa, yang biasa cikgu masak lauk tengahari tu...yang ada kaki lapan tu...
Biasanya dia ingat 'sotong' tu . But one fine day after school holiday a week. I asked her back with the same clue.
"Ni ape Siti? Cuti seminggu dah ni?Cane ni? Cuba ingat baik-baik huruf ape ni? Dia ni duk kat laut yang selalu masak time tengahari tu. Cuba ingat balik."
With her eyes look deeply in my eyes, she replied..."udang"
I was like .............................. +_+
(at the same time nak tergelak pun ade gak....)
Dan kerana budak itula saya jadi teringatkan diri saya balik.
Sejujur dan setulusnya, Siti adalah refleksi diri saya.
Saya yang dulu pra-sekolah dari umur 3 tahun lebih hingga 6 tahun, hanya dapat membaca pada usia 7 tahun lebih. Hanya Iqra' 3 pada usia saya 8 tahun.
Wondering how hard my teachers struggle to teach me until I became who I am nowadays. Thank you my dearest teachers.=)
**sejak bila syifa' yang korang kenal rajin upload gambar ni??hehe.sejak sem 2 ada subjek ICT. -
Tiada ulasan:
Catat Ulasan