Nasyid Instrumental

30 Disember 2012

Solusi

Bismillahirahmanirrahim,

Sekadar mencuri sedikit masa untuk menulis.
Bukan tiada perkara yang mahu ana coretkan, malah terlalu banyak.
Cuma masa membatasi ana, study week lah namanya. Kata hati, haruslah study.


Atas ujian ana bersyukur. Kadangkala apabila seminggu ana langsung tak diuji, ana ternanti-nanti dari Nya.
Satu ujian berlalu, ana menangis, berdoa, berhubung dengan manusia, bersabar dan berdoa (menangis kembali padaNya).
Kemudian Allah kurniakan solusi dalam keadaan yang tak pernah terjangka.

Alhamdulillah selesai.
Ana diuji dengan masalah kewangan, ana sebolehnya tak mahu memberatkan fikiran umi ayah, lebih-lebih lagi awal tahun. Sibuk dengan urusan adik-adik nak masuk sekolah. Sementara menunggu proses pinjaman yayasan Negeri Sembian lagi sebulan, tiba-tiba ana diberitahu umi duit bantuan kewangan ana telah diluluskan setelah hampir 6 bulan. Tidaklah banyak, tapi menyamai dengan nilai yang ana perlukan. Sejujurnya ana dah tak berharap langsung dan terfikir lagi mengenainya. Alhamdulillah~

**

Ana fikir perkara ini sudah selesai, ana rasa ini ada hubungkaitnya dengan 'breakdown communication'. Pada ana, ana tidak melihat perkara ini suatu masalah, cumanya ana rasa perkara ini harus disampaikan pada dia.

Ana cuba meletakkan diri ana ke posisi dia. Andai ana berada di tempatnya. Ana butuh teguran,sekiranya itu yang membuatkan ana menjadi insan yang lebih baik. Sedikit pun tak terlintas di fikiran ana untuk menjatuhkan dia,astaghfirullahal'azim. Dia ada potensi menjadi seorang pemimpin yang baik, andai kata ana tidak menegur kesilapannya sekarang, bukankah ana telah meletakkan dia pada kemudharatan yang lebih besar dikemudian hari?

Teringat kata seorang sahabat,
"Syifa', orang lelaki ni memang tak mudah terima teguran. Mereka ini 'ego'."

Ana lupa pada sifat mereka yang satu tu. Setelah hampir sebulan, ana hairan, dia masih lagi menagih penjelasan dari ana. Membuatkan ana bermuhasabah berulangkali, benarkah tindakan ana sebenarnya?
Refresh niat sendiri menegur dia.

Pertanyaan begitu, begini adakalanya membuatkan ana sedikit rimas.
Soalnya, "Kenapa ana?"

Sejujurnya, setiap mesej yang ana taip, setiap mesej yang ana terima dari dia, ana bermesyuarah dahulu dengan sahabat. Bimbang dipandu emosi dan tidak rasional.

"Kalau Syafiqah berada di tempat kita, adakah Syafiqah akan buat perkara yang sama?"
"Maksud Syifa'?"
"Menyampaikan teguran tu"
"Tentulah. Syifa', teguran yang baik itu sebenarnya datang dari Allah. Syifa' cuma perantara sahaja."

Ana cuba memohon pandangan roomate, pelajar Fiqh Fatwa.
"Kak, kalau akak ada masalah dengan manusia. Apa akak buat?"
"Awak check balik hubungan dengan Allah", aku berasa sedikit tertampar dengan pernyataannya. Mataku menagih penjelasan darinya.
"Pada akak, kita takkan ada masalah hubungan dengan manusia kalau hubungan kita dengan Allah baik"

Ana terdiam.
Katanya lagi, "Syifa', awak doa kat Allah supaya Allah lembutkan hati dia"

Lembutkan hatinya untuk terima teguran, ana tak pernah pohon itu dari Dia. Mungkin itu faktornya. Yang memegang hati manusia bukan ana, tapi Allah.


Kepadamu yang sedang gundah,
jangan kau ucap "Ya ALLAH. Deritaku begitu besar."
Tapi ucapkanlah "Wahai derita, bersamaku ada ALLAH yang Maha Besar.
-Ustazah Halimah Alydrus-

15 Disember 2012

Jika Kau Mencari....

Bismillahirrahmanirrahim.

"Jika kau mencari DAMAI di sanubari, Insya-Allah pasti kau akan ketemu (dengannya)"



https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhygNu7Va3jrNKhz55YVO3eQLquPbCAwC4Oe7RExAtRDoDTJw3bt5OI1LrX4aWKF4aJXbcjXViiYGL6ZiydaGjCHmluunpjxBKS2agahslN0aD1FduDgo-ck54PQf2TPiUFDGt4-YW5a_Rk/s1600/tumblr_lo8cw7yXSh1qduhb4o1_500.jpg

Renungan: 

Tidak ada seorang pun yang mendekatkan dirinya kepada Allah, 
kecuali Allah akan mendekatkan diriNya juga kepadanya.

Siapakah yang mengetuk Pintu Allah, kemudian Allah menolaknya?
Siapakah yang meminta kepada Allah, kemudian Allah tidak memberinya?
Siapakah yang meminta petunjuk kepada Allah, kemudian Allah tidak memberi petunjukNya?
Tidak lain dia adalah orang yang berpaling dari ajaran Allah.

Seorang pemuda bertanya apakah yang menyebabkan dia tidak mendapat petunjuk?

Jawabnya:
"Engkaulah yang telah mengabaikan penyebab datangnya hidayah. Kalau sekiranya engkau menginginkan hidayah tentulah engkau gemar mencari sebab2nya seperti :

-Menjaga solat 5 waktu.
-Mendatangi majlis2 ilmu.
-Begaul dengan orang-orang yang baik dan soleh.
-Mendengar ceramah dan kuliah agama.
-Membaca buku berkaitan agama.
-Sentiasa berazam melakukan kebaikan.
-Sentiasa berazam menjauhi maksiat.
-Sentiasa berdoa memohon hidayah tanpa jemu.

Firman Allah yang bermaksud:
"Dan orang-orang yang berjihad (mencari keredhaan) Kami,
benar-benar akan Kami tunjukkan kepada mereka jalan-jalan
kami. Dan sesungguhnya Allah benar-benar beserta orang-orang yang berbuat baik." [al-Ankabut :69]

Wallahua'lam.

p/s - aku tiba-tiba macam jadi 'semacam' je dengan program2 yang melibatkan hati dan perasaan ni - "Mencari Siapakah Pemilik Tulang Rusukku", "Mengenali Personaliti Bakal Pasangan", "Menanti Bakal Imamku" sekian sekian. Entahla, lebih berminat kepada pengisian yang berobjektif melahirkan mahasiswa yang lebih matang(bukan cuma dari segi perasaannya semata). 

Tapi mungkin juga program ini cara terbaik untuk tarik crowd ke majlis ilmu. So apa kata survey?^_^

30 November 2012

Berat

Bismillahirrahmanirrahim.



Suatu petang, aku menangis teresak-esak, menekup muka pada bantal .

Sebenarnya, sudah lama aku tak berkeadaan sebegini, selama ini andai mengalir air mata menitis segera ku kesat agar tiada yang perasan apa yang aku lalui. Fikiran aku ditimbunkan dengan bermacam-macam perkara, aku yang terlalu memandang sesuatu itu besar sehingga ia akhirnya memberatkan fikiranku. Kepala aku berdenyut-denyut, teguran sahabatku, Laila aku jawab antara larat dan tidak. Sehingga dia menyangka aku marah padanya, hmm tiada sebab nak marah. Barangkali dia tidak pernah melihat aku berkeadaan sebegitu.

Malam menjelma, sakit kepalaku semakin melarat. Ibaratnya kepala aku digerudi dari dalam. Aku meletakkan kepala atas bantal dengan harapan untuk tidur, agar mampu melenyapkan sakit kepala. Ya Allah, sakitnya. Nasi Ayam atas meja studiku pun tak terjamah sehingga pagi esok. Ku gagahkan diri untuk mandi sekadar membersihkan diri sungguhpun jam menunjukkan pukul 11.30 malam, dalam samar-samar penglihatan aku melangkah. Hampir saja aku pitam dalam bilik air. Allah!

Mesej ku taip buat umi ayahku.
"Umi, kak Ngah tengah sakit kepala sangat. Umi ayah ,tolong doakan Angah sembuh."

Tidak sampai 5 minit, alhamdulillah aku dapat melelapkan mata. Esok, perlu turun untuk kerja dakwah. Hampir saja membuatkanku dilema untuk pergi. Aku dah tidak larat sangat untuk turut serta.

Sebaik aku bangun dari tidur, aku Aku tak pasti sama ada ianya hadir dalam mimpi atau aku yang terlalu mengingati ayat Al-Quran ini.

“Berangkatlah kamu baik dalam keadaan merasa ringan maupun berat, dan berjihadlah kamu dengan harta dan dirimu di jalan Allah. Yang demikian itu adalah lebih baik bagimu, jika kamu mengetahui.” (At-Taubah: 41)

Ini pasti jawapan dari Dia. Ku gagahi langkahku, moga jalan ini jalan yang Engkau redhai.

LILLAH!

22 November 2012

Seketika

Bismillahirrahmanirrahim.

Handphone ku dihulur dari arah hadapan. Pantas, aku bertanya dia, "Kenapa dengan ini?"

"Ada mesej", jawabnya sambil menoleh kearahku.
"Oh, takpalah Afifah. Tengah dalam kelas, tak nak layan mesej"
"Banyak sangat Syifa', mesti penting"
 "Oh takpe,takpe" , aku sekadar memgambil handphoneku dan meletakkannya dalam beg pensel.

5 unread messages.

'Ini memang perkara biasa',bisik hati kecilku. Kadangkala dalam tempoh tersebut, lebih daripada 10 mesej.
Aku tahu kesemuanya penting, tapi pembelajaran dalam kelas pun penting juga. Andaikan jika aku membuka salah satu mesej yang kuterima, pasti ianya sedikit mengganggu tumpuan aku dalam menuntut ilmu.

"Syifa' memang sibuk sangat ke?"

Aku sekadar tersenyum. Aku tak merasakan betapa perlunya aku memberitahu perkara apa yang menyibukkan aku. Yang pasti aku melakukan ini demi Islam, agar lebih ramai lagi manusia memahami Islam.

Pernah terdetik dalam hati rasa macam tak mahu sentuh handphone dalam tempoh satu hari. Bak kata rakan sebilik, kurung handphone Syifa' dalam locker senang!

Betulkan niat. Hentikan rungutan.
Andai bukan aku yang melakukan kerja demi Islam, siapa lagi?


16 November 2012

'Baby Dumping'

Bismillahirrahmanirrahim,

Teringat perbualanku dengan seorang sahabat pada suatu petang di bus stop.  Ketika menunggu bas tiba, kami pun cerita pasal kerja tutorial english kami, antaranya kena buat short paraghraph. Tajuk yang paling menarik perhatian kami berdua ialah mengenai "baby dumping".

"How can be done to the increasing problems of baby dumping?"

Aku pun cerita mengenai apa yang pernah dibaca dalam sebuah majalah, mengenai kempen 'save sex', not 'safe sex'. Walaupun aku pada mulanya agak malu untuk menulis sesuatu yang begitu matang sebegini. Tapi ini tanggungjawab aku terhadap realiti yang sebenarnya berlaku. Adakah kami mahasiswi Islam sekadar berpeluk tubuh melihat memerhati apa yang telah berlaku ?

Kami tahu kami perlu berbuat sesuatu. SESUATU.

Sebelum itu, biarlah aku jelaskan istilahnya,
'save sex' - to save it after marriage and it is legal in ISLAM.
'safe sex' - doing it safely. There's an association gives condoms to the society, as a way to resolve the baby dumping.

Itu benar.

Aku bercerita betapa aku menulis essay dengan begitu emosi.
"Mengapa anak kecil yang tidak berdosa ini mesti dikorbankan demi menangkis aib yang dilakukan ibu bapa mereka?"
"Adakah anak kecil ini sudah tidak layak diberi nilaian kemanusiaan sehingga dilayan sebegitu?" 

Mengingatkan aku pada suatu peristiwa yang cukup menghancur luluhkan hatiku saat bekerja sebagai cashier petronas. Dan peristiwa itu barangkali permulaan, klimaks cerita ...melahirkan bayi luar nikah. Selama ini aku berasa begitu selamat dengan persekitaran Islam yang ku nikmati, tanpa aku sedari masyarakat di luar sana berada dalam kondisi yang amat menakutkan.

Usai aku bercerita, sahabatku dengan lembut memanggil namaku, "Syifa'.."

"Hmm..", aku menoleh kearahnya.

"Hari tu kami tolong makcik kami key in nama pelajar dalam kelas dia. Makcik kami tu guru kat sekolah rendah kat Kedah. Sekolah makcik kami tu macam kat kawasan perkampungan jugaklah. Pastu, kami perasan kat senarai nama,yang ramai nama pelajar ni tiada nama bapa. Kami pun tanya makcik kami, makcik kami kata yang tiada nama bapa itu semua anak luar nikah", sahabatku yang kelahiran negeri jelapang padi ini terbiasa membahasakan dirinya 'kami'.

"Eh, bukan kalau yang tiada bapa tu bin kan dengan Abdullah ke?", spontan aku bertanya.

"Itulah, sekarang dah tak. Sebab ada je yang ber'bin'kan Abdullah tapi bukan anak luar nikah."

"Oh yeke. Kiranya nama diorang akan ada satu nama je lah?"

"Hmmm....pastu Syifa' tahu tak yang tiada nama bapa tu ramai sangat. Kami sendiri terkejut. Kalau dalam kelas tu ada 30 orang, hampir 20 orang tiada nama bapa. Kiranya dalam kelas tu 10 orang je anak halal."

Aku terdiam.

Itu yang berlaku di kawasan perkampungan, di bandar pula bagaimana?

Bukan statistik baby dumping, mahupun nama anak tanpa bapa.
Tapi isunya, ZINA yang bermaharajalela. Itu puncanya.

Kata Almarhum Ustaz Fadzil Mohd Nor,
" Jangan biarkan sehari pun harimu berlalu tanpa memikirkan Islam".

Allahua'lam.


31 Oktober 2012

Tiada Beza.

Bismillahirrahmanirrahim.

Maaflah,bukan mendiskriminasi mereka.
Cuma, kebelakangan ini macam ada satu fenomena baru dalam dunia FB - upload gambar peribadi.
Dan mostly mereka yang belajar di luar negara 
Terutamanya yang MUSLIMAH bertudung, bertudung labuh, berniqab n sbgainya

Jika selama ini mereka belajar dalam negara, hampir tiada gambar yang diupload.
Tetapi kenapa ketika mereka di sana perlu upload sebegitu banyak gambar?
Perlukah?

Betulkan niat anda dahulu sebelum upload gambar dalam ruangan sosial.
Jika perlu, buat saja blog.
Paling tidak orang punya pilihan untuk tidak melihat wajah anda pada jarak 10cm pada skrin komputer.

Pada aku sediri, aku tidak berapa berkenan perempuan yang upload gambar sendiri dalam ruangan sosial. Ya, kami maklum antum belajar di luar negara. Tak usahla banyak, dua tiga sudah memadai untuk memberitahu.


Hukum asalnya harus. Tapi Ustaz Azhar Idrus kata.....

Jangan jual muka ^_^



28 Oktober 2012

Cerpen : Persada Solehah

Bismillahirrahmanirrahim.
Sungguhpun ini bukan hasil karya terbaik saya. Tetapi Alhamdulillah, saya bersyukur kerana cerpen kali ini saya berjaya menyudahkannya sehingga ke dakwat pena yang terakhir atas izin Allah swt. Cerpen kali ini saya berniat mengetengahkan mesej-mesej Islam melalui rujukan buku Apa Ertinya Saya Memeluk Islam karya Fathi Yakan, Bidayatul Hidayah karya Imam Al-Ghazali dan Buku Ustaz Zaharuddin, Jangan Berhenti Berlari. Sejujurnya bukan elemen cinta menjadi keutamaan saya, tetapi sekadar menyedapkan jalan cerita. Bagi yang selesai membaca, saya teringin untuk tahu mesej apakah yang diterima hasil pembacaan tulisan cerpen saya agar dapat membaiki mutu karya tulisan saya pada masa akan datang.
(Nota kaki : saya cuma nak checklist mesej cerpen, adakah ianya benar-benar sampai pada pembaca dan yang kedua sekadar membuat refleksi pada pemikiran segelintir remaja perempuan mengenai nikah)

Akhiran~ Selamat Membaca (sangatlah panjang ^_^)

PERSADA SOLEHAH karya Khairussyifa' Humaira


TrrTrrr……Telefon bimbitku bergetar.  Ku lihat pada skrin telefon bimbitku.

5 message received.

Ku buka inbox satu persatu. Isi mesejnyanya memang sudah ku duga.
“ Farhana, Happy Birthday!!! Jangan nakal2 lagi tau.”

“Salam Farhana Adawiyyah, may Allah bless you always, in everu circumstance, Insya-Allah.  Leeya-”

 “Salam adindaku, moga dirahmati Allah selalu. Semoga pertambahan usiamu seiring juga dengan pertambahan imanmu, ibadahmu, ilmumu dan tak lupa matang sikit perangai tu dah masuk 18 tahun dah adik kak Long ni;-)”

 “Sanah Helwa Farhana. May Allah bless you. Aamin. *Rindu kat ana sgt3*”

“Assalamuaikum anak umi ayah, dah 18 tahun dah rupanya Farhana. Rasa macam baru semalam kami sambut berita gembira yang umi sedang mengandungkan Farhana 3 bulan. Ketika itu, impian umi ayah adalah untuk melihat Farhana membesar sebagai seorang wanita yang solehah, tahu menjaga pekerti dan paling utama taat kepada Allah & Rasul. Alhamdulillah, Allah Yang Maha Baik telah memakbulkan doa kami 18 tahun yang lalu. Farhana anak yang baik, minggu ini pulang ye. Ada sedikit jamuan untuk Farhana.” 

Air mata ku menitis usai membaca mesej terakhir itu, pantas kukesat bimbang dilihat oleh sahabat-sahabat sekelas. Umi ayah, mereka terlalu memujiku. Sedangkan terlalu banyak khilafku pada mereka.

Menginjak usia 18 tahun, terpancar satu simbol yang begitu kudambakan  - kebebasan. Bukanlah selama ini aku begitu dikongkong. Tidak, bukan begitu. Cuma pada mentaliti seorang gadis yang berusia 18 tahun, aku sudah layak untuk membuat pilihan sendiri. Layak untuk menentukan sesuatu perkara yang kuyakin terbaik pada masa hadapanku. Layak untuk memilih bakal teman hidupku sehingga ke Jannah nanti. Dan boleh jadi, inilah waktu dan ketikanya seorang gadis dirisik untuk dijadikan suri di hati seorang lelaki yang soleh. 

Pada hematku, aku perlu dan mesti berbaitul muslim sebelum meniti ke usia 20-an. Mengapa? Kerana aku sudah terlalu lama berpuasa dari melakukan maksiat. Bukan aku tak teringin keluar bermain bowling, mononton wayang, keluar makan bersama, berjogging, bershopping dengan rakan lelaki. Tetapi aku meletakkan keutamaan hidupku pada keredhaan Allah, Rasul dan ibu bapaku.

Teringat sebuah kata-kata yang begitu bermakna,
“sekiranya kita menahan diri dari sesuatu yang haram, maka di suatu ketika nanti Allah akan menggantikannya dengan yang halal”
Perkara yang halal hanyalah setelah bernikah.


“Hmmm, Umairah dah ada calon ke?”
“Eh, kenapa tiba-tiba je Ana tanya? Mana Ana tahu ni?”, Umairah seakan terkejut dengan soalanku.
“ Bukan apa, macam dengar desas-desus tapi takut silap. Sebab tu tanya.” Sengaja aku menatap mukanya menagih kepastian.

Umairah mengangguk perlahan. 

“Umairah betul-betul dah confirm ke pasal ni? Keluarga dia sudah datang merisik ke?”
“ Belum lagi. Pakcik Umairah yang beritahu yang ‘orang tu’ dah mula berbisnes kecil-kecilan untuk kumpul duit”
“Bagusnya! Dia dah memang bekerja atau student lagi?”
‘Dah macam polis pencen pulak aku ini, banyak betul soalannya’, monolog hatiku.
“Student lagi, sebaya kita. Sekarang dia kat DQ, ambil diploma”,
Wah, terlopong aku dibuatnya.
“Kalau betul-betul jadi, memang Umairah dah bersedia untuk jadi isteri?”

Umairah sekadar tersenyum. Barangkali itu jawapan bagi ‘Ya’. Umairah pernah juga bercerita padaku, sejak zaman remaja dia berulangkali diuji dengan cinta lelaki. Dan dalam banyak-banyak lelaki yang hadir dalam hidup dia, katanya lelaki itu yang terbaik, tentulah Hifzil Quran. Bertuahnya dia.

*******************************************************************************************************
Cuti pertengahan semester, aku ditugaskan untuk menjadi urusetia pendaftaran untuk program “Cilik Al-Quran” di kampungku. Aku cuba tunaikan seikhlas mungkin kerana ibu bapaku yang memohon pertolonganku untuk bertugas di situ. 

Di celah-celah kesibukan hari pendaftaran, tiba-tiba muncul sesusuk tubuh lelaki di hadapanku. Wajahnya bersih, sungguh nur Ilahi seakan terbias indah pada pesona wajahnya. 

Aku tertunduk. Astaghfirullahal’azim. Masya-Allah, rezeki apakah Engkau takdirkan padaku Ya Allah.

“ Ya Encik. Apa yang boleh saya bantu?”, aku cuba berbahasa neutral.
“Begini ustazah, saya dapat panggilan telefon untuk mengajar subjek Al-Quran di sini menggantikan Ustaz Haikal”
“Oh, kamu ini ustaz ‘Aqil Baihaqi? Sebentar ye. Saya panggilkan Puan Roshidah”. 

‘Pelik, dia yang ustaz, aku pula dia panggil ustazah. Aku bukan ambil bidang agama pun. Al-Quran satu juz pun aku tak lepas’, aku bermonolog sendirian ketika menuju ke bilik pengajian khas di Masjid Al-Mustaqim untuk bertemu Puan Roshidah.

Tuk tuk tuk. Aku mengetuk pintu yang separa terbuka.

“Puan Rashidah, ustaz baru dah sampai”
“Baik, baik. Saya datang sana. Kamu tolong tengokkan murid-murid sekejap ye”
Aku sekadar mengangguk. Kedua belah tangan kusilangkan kehadapan. Sekadar tengok, memang tak ada masalah.

Hari ini, seperti kebiasaan aku bermuhasabah sebelum tidur. Tetapi kali ini muhasabahku panjang. 
“Ustazah”, masih terngiang-ngiang lagi di gegendang telingaku.
Bukan kerana suara Ustaz ‘Aqil Baihaqi yang mengusik denai hatiku. Tetapi lebih kepada panggilan yang diajukan padaku, panggilan ‘Ustazah’.
Layakkah wanita seperti aku ini dipanggil ustazah?


Hari-hari berikut yang kulalui sepanjang program ‘Cilik Al’Quran’ adalah sebuah pengalaman yang begitu berharga. Aku belajar menginfakkan diri aku sepenuh hati untuk kebajikan ummah. Ku berpegang dengan firman Allah s.w.t,

{ Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu menolong (agama) Allah nescaya Dia akan menolongmu dan mengukuhkan kedudukanmu }
Surah Muhammad ; 7

Aku yakin dengan cara ini mampu mendidik hati ini terdorong untuk terus melakukan kebaikan dan kebajikan. Berterusan Insya- Allah.

Tetapi.

Ada sesuatu yang merunsingkan hatiku. Baiklah ini rahsia!
(baca baik-baik coretan aku ini)

EhemSubhanallah! Sungguh, benar-benar aku terpesona dengan bacaan Al-Quran yang dibacanya setelah solat maghrib berjemaah sebentar tadi. Entah mengapa tiba-tiba aku seakan mendengar bisikan hati sendiri, ‘Indahnya kalau dia ini adalah bakal imamku’. Setulusnya, aku tak pernah meruangkan hatiku pada seseorang lelaki selain Rasulullah qudwah hasanahku dan ahli keluargaku sendiri. 

Habis tu selama ini awak tak pernah jatuh hati pada seseorang?

Bukan begitu. Sebagai manusia normal, saya pernah juga jatuh hati. Tetapi, saya tak pernah jatuh hati seperti apa yang saya rasakan sekarang.

Apa bezanya?

Saya jatuh hati pada seseorang sehinggakan saya sangat yakin yang dia mampu membimbing saya ke arah yang lebih baik.  Dia mampu mendidik saya menjadi seorang wanita, isteri, anak dan ibu yang solehah. Tetapi.

Tetapi apa? Awak selalu sangat beralasan..

Saya fikir dia patut dapat seorang wanita yang lebih baik daripada saya. Dia rijal yang soleh, terlalu baik untuk diganding dengan wanita dhaif seperti saya. Dhaif dari banyak segi akhlak, ibadah, ilmu agama. 

Hmmm.(Haish, tak tahu nak cakap apa dah pada si farhana ni)


“Assalamualaikum ustazah Farhana!”
Langkah kakiku terhenti. Beberapa saat kemudian, aku menoleh kearah suara itu.

“ Waalaikumsalam. Maaf, saya bukan ustazah. Boleh panggil Farhana”, aku sedikit terganggu dengan panggilan itu.

“Hmm, Farhana. Saya nak minta tolong adakan copy senarai nama pelajar untuk tujuan kehadiran pelajar. Kalau boleh setiap kelas dua copy. Satu untuk sesi 1 bersama Puan Roshidah dan satu lagi sesi 2, kelas saya”, bicara Ustaz ‘Aqil Baihaqi seakan kekok. 

“ Insya-Allah, nanti saya taip. Bila Ustaz ‘Aqil nak?”

“Kalau boleh secepat mungkin. Dalam minggu ini bagaimana?”

“Saya akan usahakan”, ringkas saja jawapanku. Pap! Tiba-tiba buku catatanku terlepas dari genggaman. Ustaz Aqil segera membongkokkan dirinya mengambilnya untukku.

“Terima kasih”, sambil menghulurkan tangan mengambil buku catatanku daripada Ustaz ‘Aqil.

“Syukran kathira", Ustaz 'Aqil mengakhiri perbincangan kami.

Small matter la ustaz. Pasti beres!

Aku berjalan perlahan menuju perpustakaan mini di Masjid al-Mustaqim. Aku log in Yahoo account menggunakan computer yang disediakan oleh pihak masjid.
Username  : farhana_aladawiyah94@yahoo.com
Password  : **********

Aku scroll down melewati mail yang tak begitu penting, Mataku tertumpu pada sender email daripada Adilahsewitt. Kak usrahku yang begitu baik hati. 

“Assalamualaikum w.b.t Farhana Al-Adawiyah yang dirindui,
Kaifa haluki iman enti selama semester break ini? Manfaatkan masa cuti ini sebaiknya ye   Akak mungkin tak dapat buat usrah pada minggu ini. Jadinya, akak bercadang nak menyambung input berdasarkan buku Fathi Yakan, ‘ Apa Ertinya Saya Menganut Islam’.  Untuk lebih kefahaman, akak cadangkan Farhanah selak terus bukunya di halaman 65-73. 
Dalam Bab 4, Fathi Yakan menjelaskan ‘Saya Mestilah Bersifat Seorang Muslim Terhadap Ahli Keluarga Saya’. Setelah tanggungjawab seorang muslim terhadap dirinya, maka tanggungjawab yang patut diutamakan adalah terhadap ahli keluarganya. Sepertimana Firman Allah dalam Surah Al-Tahrim 66 : Ayat 6,
{Wahai orang-orang yang beriman peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu, penjaganya malaikat-malaikat yang kasar yang tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkanNya kepada mereka dan mengerjakan apa yang diperintahkan}

Secara ringkasnya, ada 3 tanggungjawab yang dihighlightkan Fathi Yakan dalam bukunya, namely :
1)    Tanggunhjawab Sebelum Berumahtangga
2)   Tanggungjawab Selepas Berumahtangga
3)   Tanggungjawab Bersama Dalam Mendidik anak-anak

Banyakkan tanggungjawab kita? Adik-adik yang dikasihi, membina Baitul Muslim bukan sekadar menghalalkan yang haram. Bersuka-suka. Bukan. Allah datangkan ia dengan lebih banyak tanggungjawab bagi sesiapa yang melihat Baitul Muslim adalah amanah dari Allah. 
Jadinya, ada beberapa tanggungjawab yang seharusnya dipandang oleh golongan yang masih belum berbaitul Muslim,
1)    Memastikan pernikahan kerana Allah membina rumah tangga muslim untuk melahirkan keturunan yang salih, menjadi keluarga yang mampu menunaikan amanah serta memastikan pelaksanaan hidayah Allah secara berterusan
2)   Menjadikan tujuan perkahwinan menjaga pandangan, memelihara kemaluan, bertaqwa kepada Allah
3)   Memilih bakal isteri yang baik kerana dengannya kita berkongsi hidup dan menjadi teman dalam perjuangan
4)   Memilih wanita yang baik akhlak dan pegangan agamanya sekalipun ia mungkin tidak punya harta kekayaan dan kecantikan.
5)   Berhati-hati supaya tidak menyalahi perintah Allah dalam urusan ini takut kemurkaan dan siksaan Allah. Seperti hadis Rasulullah :

“ Sesiapa yang mengahwini wanita kerana memandang kepada kemuliaan sahaja, Allah tidak akan menambah apa-apa kepadanya melainkan dengan kehinaan, sesiapa yang berkahwin kerana hartanya, Allah tidak akan menambahnya kecuali kefakiran, sesiapa yang berkahwin kerana keturunannya Allah tidak akan menambahnya kecuali kerendahan tetapi siapa yang mengahwini wanita kerana menjaga pandangan dan memelihara kemaluannya(dari perkara yang haram) atau menghubungkan silaturrahim, Allah akan memberkatinya dan isterinya.”

Insya-Allah sekadar itu. Selebihnya akak akan sambung di lain masa. Akhir kalam, adik-adik akak yang dikasihi, berbicara mengenai bakal zauj, baitul muslim dsbg bersama sahabat tidak ada masalah tetapi sekiranya tiada panduan, asas dan ilmunya, bimbang diskusi itu menjadi sesuatu yang sia-sia dan merapu-rapu semata. Sebaiknya lengkapkan diri adik-adik dengan ilmu, tidak semestinya ilmu mengenai baitul muslim, tetapi ilmu-ilmu Allah yang lain. Semoga bicaranya menjadi lebih bermanfaat. Insya-Allah, akak doakan yang terbaik~
Jazakillah, kirim salam sama umi dan ayah Farhana ye.

Aku terkedu seusai membaca mail dari Kak Adilah. Betul juga katanya. Selalunya hot topic kalau berbicara bersama rakan-rakan mesti mengenai baitul Muslim. Tetapi selalunya kami berbicara tanpa ilmu, jadi ending bicara kami tiada konklusi yang membantu kami menjadi seorang yang lebih baik. 

Ilmu. Ilmu. Ilmu.

Refreshing niat. Teringat sepotong kata-kata Imam Al-Ghazali dalam bukunya Bidayatul Hidayah :
“Seandainya engkau berniat dengan mencari ilmu ini untuk berlumba-lumba dan mendapatkan kemegahan dan termuka di kalangan kawan-kawan dan untuk menarik perhatian orang ramai terhadap dirimu dan menghimpunkan akan kekayaan dunia, maka sebenarnya engkau telah berusaha menghancurkan agamamu dan membinasakan dirimu sendiri dan menjual akhiratmu untuk mendapatkan harta dunia”

Nikmat itu sesuatu yang mendekatkan diri kepada Allah. Tetapi sekiranya aku menuntut ilmu tetapi tidak mampu membuat diriku berasa dekat dengan Allah, benarkah ilmu itu adalah nikmat Allah untukku?


“Assalamualaikum, to all brothers and sisters. Insyallah tonight will be a forum conducted by Islamic Student Community Club(ISCC) at Dewan Millenia, entitle “Mahasiswa, Berhentilah Beralasan Demi Islam”.  For those student who interested to join this forum, there will be a bus provided starting at 7.30pm. Don’t be late! And May Allah bless you for the time that you consume for Islam. Syukran!”

Sejurus pengumuman yang dibuat di kolej kediaman 9, aku terus berlari mendapatkan Umairah di bilik setentang dengan bilikku.
“Umairah, jom pergi forum malam ini!”
“Memang nak pergi pun, baik hang cepat bersiap. Hangpa tahu tak siapa penceramahnya?”
“Tak, siapa?”
“Dr. Zaharuddin”
“Menarik!!!!!”, terus aku berlari ke bilik untuk memilih baju dan tudung untuk dipakai pada malam ini.
“ Farhana, Farhana”, Umairah sekadar mengelengkan kepala melihat perangaiku. Katanya, aku ini kalau diajak berfikir, akulah yang paling matang dan jauh berfikir. Tetapi, adakalanya aku kalau diajak bergurau, kamu tidak akan sangka, mungkin terlalu kebudak-budakan. 

Pada malam Forum : Mahasiswa Berhentilah Beralasan Demi Islam.

“Bismillahirrahmanirrahim,  Pertama sekali jangan sesekali kita ditipu oleh syaitan yang sentiasa mengutuk kita sebagai ‘tidak cukup baik’, ‘tidak soleh’ dan ‘belum cukup ilmu’ serta seribu satu macam alasan lagi. Pastikan semua bisikan itu diharungi dengan keazaman dan usaha yang tinggi untuk memadamkannya.
Hakikatnya semua kita belum cukup ilmu, namun Allah mewajibkan kita berusaha untuk menyampaikan apa yang kita faham daripada ayat-ayatnya dan sunnah rasul-Nya kepada manusia lain. Berusahalah mencari kefahaman ilmu dan menyampaikannya seperti kita mencari makanan untuk diri dan keluarga.

{…..Tugas engakau hanyalah menyampaikan (apa yang diperintahkan kepadamu)…} (Asyura 42:48)

Sekarang, tugas kita ialah menggali ilmu sedalam mungkin sebagai benih untuk membolehkan kita membezakan mana yang mungkar dan mana yang makruf. Hanya melalui jalan itu, kita mampu melaksanakan tugas tersebut. 

Nabi juga bersabda : Para nabi tidak mewariskan dinar dan dirham (wang dan harta), tetapi mewariskan ilmu, sesiapa yang mengambilnya maka dia telah mendapat kebaikan yang melimpah.(Riwayat Abu Dawud) “ 

Baiklah! Buat kesekian kalinya aku tersentap. Aku yang enggan dipanggil  ‘ustazah’ ini kerana merasakan belum cukup layak dan belum cukup ilmu. Nah rasakan! Berilah lagi seribu satu alasan!

Farhana, apa lagi teguran yang engkau perlukan untuk menjadi lebih baik? Allah menegur hambaNya dengan cara yang paling halus dan berseni, hampir saja kau tidak menyedarinya. Seharusnya, panggilan ‘Ustazah’ menjadikan engkau merasa tercabar, tidak cukup bermuhasabah tetapi tiada langsung usaha untuk berubah.


Tiga tahun berlalu.
Hari dimana segala usaha penat lelahku diabadikan dalam segulung ijazah yang begitu bermakna. 

Kami sekeluarga bergambar di hadapan Dewan Konvokesyen USIM. Ku amati riak wajah ibu ayahku, Ya Allah sungguh aku menangis dalam gembira, tanpa jasa mereka, aku bukan sesiapa! 

Tiba-tiba umi mendekati aku ketika aku sibuk membelek-belek gambar pada camera digital milikku.
“ Farhana sayang, ada perkara penting yang umi dan ayah mahu beritahu Farhana”, Umi menghulurkan sekeping surat berlipat. Aku memandang wajah Umi dalam-dalam. Umi sekadar mengangguk menyuruh aku membuka lipatan surat itu.
“ EhemSubhanallah! Sungguh, benar-benar aku terpesona dengan bacaan Al-Quran yang dibacanya setelah solat maghrib berjemaah sebentar tadi. Entah mengapa tiba-tiba aku seakan mendengar bisikan hati sendiri, ‘Indahnya kalau dia ini adalah bakal imamku’. Setulusnya, aku tak pernah meruangkan hatiku pada seseorang lelaki selain Rasulullah qudwah hasanahku dan ahli keluargaku sendiri.
Habis tu selama ini awak tak pernah jatuh hati pada seseorang?
Bukan begitu. Sebagai manusia normal, saya pernah juga jatuh hati. Tetapi, saya tak pernah jatuh hati seperti apa yang saya rasakan sekarang.
Apa bezanya?
Saya jatuh hati pada seseorang sehinggakan saya sangat yakin yang dia mampu membimbing saya ke arah yang lebih baik.  Dia mampu mendidik saya menjadi seorang wanita, isteri, anak dan ibu yang solehah. Tetapi.
Tetapi apa? Awak selalu sangat beralasan..
Saya fikir dia patut dapat seorang wanita yang lebih baik daripada saya. Dia rijal yang soleh, terlalu baik untuk diganding dengan wanita dhaif seperti saya. Dhaif dari banyak segi akhlak, ibadah, ilmu agama.
Hmmm.(Haish, tak tahu nak cakap apa dah pada si farhana ni)
Ustazah Farhana, berhentilah memberi alasan. Saya yakin Ustazah Farhana juga punya kelebihan tersendiri. Mabruk atas kejayaan Ustazah!”

Aku dapat merasakan yang wajahku merona merah saat membaca perenggan terakhir surat itu. Itu memang tulisan aku, tetapi hanya pada awalnya. Tulisan siapakah itu? Tetapi beribu kali aku hairan bagaimana lembaran kertas ini ada pada Umi. Kalau umi baca, Ya Allah malunya!

“Macam mana kertas Ana ada pada Umi?”, takut-takut aku bertanya.
“Ada orang bagi. Dah 3 tahun dah Umi simpan”, bicara Umi tenang.
Aku terdiam. Hampir saja neuron dalam otakku gagal berfungsi. Ya Allah siapa? 

Takkanlah…………

“Tiga tahun lepas, ada seorang ustaz datang jumpa Umi dan Ayah. Dia datang bertanya khabar dan merisik Farhana. Umi dan Ayah kata, kalau boleh tunggu Farhana habis belajar dahulu. Kemudian dia serahkan sekali surat ini. Dan kami sampai sekarang tak pernah baca pun isi kandungannya.” 

“Takkanlah Ustaz ‘Aqil Baihaqikan umi?”, aku bercanda, hampir tak percaya.
“Ya Allah budak ini, Ustaz ‘Aqil Baihaqi lah orangnya!”, Umi mencubit kedua belah pipiku. Barangkali dia mahu mengejutkan aku daripada mimpi indah, walaupun sebenarnya aku bukanlah bermimpi.


Bak cerita Ustaz ‘Aqil Baihaqi, lipatan surat aku terjatuh saat aku menyerahkan senarai nama pelajar. Walaupun sebenarnya sampai sekarang aku gagal nak recall bila surat itu terjatuh. 


Aamin~

****Sekadar Selingan****
p/s - Ni gambar ustaz 'Aqil baihaqi sewaktu kecil.(minta izin share ye syafiqah)
syukran kepada Syafiqah Zakaria atas cadangan nama anak buah beliau.hehe.

24 Oktober 2012

Nasihat buat Muslimah

Bismillahirrahmanirrahim....

Nasihat dari the real Imam Muda. Ustaz Zakuan a.k.a Ibnu Batoota yang dah merantau ke segenap pelosok dunia berdakwah walaupun umurnya masih remaja.

Nasihat beliau buat semua Muslimat:-
..."Adakah muslimah-muslimah zaman sekarang sudah hilang semangat jihadnya?
Sudah hilang kekuatan hati?
Sudah hilang ketabahannya?
Bukan aku nak suruh perempuan-perempuan Islam jadi ganas, cuma aku terfikir bila terbaca kisah-kisah sahabiah, mereka lemah lembut tapi sangat kental, hati sekuat besi waja, tak mudah cair dengan lelaki ajnabi (bukan mahram), tak meleleh-leleh bila cakap pasal cinta, tak tergedik-gedik bila lelaki cuit.
Maka aku pun mengambil langkah untuk jadikan facebook ku sebagai malaikat maut bagi kaum Hawa, untuk mentarbiah hati mereka agar kuat, kental dan tabah!

Kalau hari-hari aku bagi status meleleh-leleh, cinta kerana Allah, lelaki soleh untuk perempuan solehah, cinta itu fitrah, carilah suami soleh dan benda-benda leleh yg lain...

"Muslimah yang terhasil nanti macam mana?"

Walaupun ( di fb & realiti ) bertudung, berpurdah, bertudung labuh, ikut usrah, ikut masturat;


Tapi cuit sikit, dah tergedik-gedik...Ngurat sikit, dah sangkut....Ajak couple sikit, terus setuju...Lepas tu, putus cinta,meleleh2...Ada masalah sikit, doa nak mati..Kena marah dengan mak/ayah sikit, buat status cakap tak pernah bahagia...Exam failed, kata taknak hidup lagi...Pakwe tak mesej sehari, di status penuh dengan kata-kata rindu...Pakwe marah sikit, buat status meleleh macam haram...

Fikir secara waras, adakah ini sifat wanita yg ditarbiah oleh Rasulullah SAW ketika zaman Baginda SAW?
Nama Saidatina Fatimah, Aisyah, Khadijah, Safiyyah, Ummu Salamah, Ummu Habibah, Sumayyah, Ummu Darda', Masyitah, Balqis, Maryam dan ramai lagi diagung-agungkan kalian. Tapi apa kalian kenal siapa mereka? Bagaimana hebat dan kentalnya hati mereka? Ikut sikap dan akhlak mereka?
Memang akal kalian senipis rambut, tapi kalian bukan BODOH...

Aku datang sebagai pengetuk kepala kalian untuk bangun dari tidur, untuk sedarkan kalian supaya jangan jadi bodoh, jangan jadi hamba lelaki, jangan jadi hamba cinta haram, jangan jadi perempuan murahan, jangan kapel free2 macam bohsia, jangan dok bermanja dengan lelaki macam perempuan tiada harga...


Nabi SAW telah bersabda mafhumnya (au kama qaal), jika seorang lelaki mendapat wanita solehah sebagai isteri, maka separuh agamanya telah sempurna...


Apa kalian sedar 'kesolehahan' kalian itu harganya separuh dari agama?

note:
"Ada mata dan telinga kan semua?"
"Subhanallah"



People asking me

Bismillahirrahmanirrahim...

Selalunya saya terdiam bila ditanya soalan-soalan begini,
Fizik tu apa? Belajar pasal apa?

Kalau biologi - orang tahu kita belajar pasal human, disease n so on

Kalau kimia - orang tahu pasal air H2O, oxygen, hydrogen n so on


Kalau fizik? Orang kata belajar pasal hukum alam. Baiklah hukum alam tu apa? Bila saya terangkan pasal gravity mungkin ada yang masih belum mengerti. While sebenarnya, fizik ini apa sahaja yang berlaku di sekeliling kamu yang unexplainable. Macam...

->Apsal bulan tu ikut macam ikut aku, mana-mana je aku pergi
->Apsal pelangi itu ada 7 warna
->Teori blackhole, alam semesta n sbgainya

Pada asasnya, fizik merupakan kajian untuk mencari jawapan kepada persoalan-persoalan ‘mengapa’ dan ‘bagaimana’ tentang fenomena alam dan kejadian kehidupan harian.
Dan sebenarnya, ramai tokoh-tokoh ahli fizik dalam tamadun Islam macam Al-Biruni, Abu Barakah al-Baghdadi, Al-Haitham,Shihabuddun Yahya Al-Suhrawardi yang kita tak berapa nak tahu. Jadinya, sebenarnya ilmu fizik ini bukanlah sesuatu ilmu yang baru diteroka.

By the way,
I (was like) suddenly fond of the physics. ^_^
Learning physics was like answering all the things that I thought since my childhood, which there's nobody could answer it for me.

p/s - Cuba godek-godek link ni. ( I just read from Majalah Jom)

Cerpen : Partikel Tuhan (PART 1)

“Kau tahu apa yang paling kecil dalam dunia ini - pada tahap yang boleh dijelaskan?” “Atom?” “Sekadar meneka atau apa?” “Penge...