Nasyid Instrumental

06 Mei 2010

Exam = Tahu + Mahu + Mampu

Exam bukanlah hanya untuk menguji apa yang kita TAHU...tetapi apa yang lebih penting ia mencetus MAHU ...dalam menuju kearah MAMPU mendekatkan diri kepada-Nya dengan apa yang kita TAHU.

14 Mac 2010

Takut riak,lebih baik buat atau tak??

Bismillahirrahmanirrahim...
Alhamdulillah internet sihat juga akhirnya...


Berkenaan tajuk di atas....
Hmm,katakanlah kita berada dalam situasi ni,

"kita nak sedekah duit kat masjid...tapi waktu tu masih ramai orang lagi dalam masjid. nanti kalau aku sedekah mesti terdetik di hati perasaan riak..kalau macam tu kiranya aku tak ikhlas la nak bersedekah...sedekah aku pun sia-sia je....lebih baik tak payah...lain kali je la aku sedekah...time org tak ramai dalam masjid..."

ok, kita sedekah sekarang kerana ALLAH ataupun kerana MANUSIA?
kalau kita sedekah kerana manusia, kerana takut dilihat manusia....itu dikira syirik kecil...
Kalau dalam situasi begini, teruskan saja dengan niat kita....

Oh ye,berkata mengenai NIAT...

Daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Allah berfirman, 'Jika hamba-Ku berniat melakukan keburukan, jangan kalian(para malaikat) catat kesalahannya hingga ia melakukannya. Jika ia telah melakukannya, tulislah dengan semisalnya. Jika ia meninggalkannya kerana-Ku,tulislah untuknya satu kebaikan. Jika ia berniat melakukannya, tulislah untuknya satu kebaikan. Jika telah melakukannya, tulislah untuknya(ganjaran) sepuluh kali ganda hingga 700 kali ganda"

(riwayat al-Bukhai no.6126 dan Muslim no.131)

Sekalipun ternampak 'kotak derma' ,berniat nak derma tapi tak derma lagi pun dapat pahala...

Insyallah,apa yang kita perlu lakukan baca "A'uzubillahiminassyaitonirrajim" sebelum atau ketika bersedekah (ataupun apa sahaja ibadah) supaya syaitan tu tak sempat nak bisikkan mantera ajaib dia...

Akhir kalam...
peringatan buat diri dan semua,
SELAMAT BERAMAL....




07 Mac 2010

L.E.B.A.H



Bismillahirrahmanirrahim...
Alhamdulillah,setelah berfikir berhari-harian akhirnya saya diberi kekuatan untuk meluahkan sesuatu pada seseorang.(belum lagi...insyallah)

Teringat kata Imam Al-Ghazali:-(lebih kurang begini maksudnya)

Sekiranya kita terlihat ada lebah hinggap pada tubuh sahabat kita. Adakah patut kita biarkan sahaja?atau kita menegurnya. Kalau kita tidak tegur,barangkali lebah itu memberi mudarat kepada sahabat kita.

Maksudnya di sini:
Katakanlah sahabat kita ada melukakan hati kita(mungkin dia tak sedar). Adakah patut kita mendiamkan diri demi menjaga hatinya?ataupun kita bersemuka dengannya dan cerita apa yang kita tak puas hati dengannya. Kalau kita tak tegur, siapa tahu pada masa akan datang dia akan mengulangi perkara yang sama pada orang lain. Kalau macam tu, kita telah mendedahkan dia kepada kemudharatan yang lebih besar. Tergamakkah kita buat sahabat kita begitu?

Kalau kita menegur, janganlah over ibarat memulangkan paku buah keras padanya. Kita menegur demi kebaikan dia.

Duhai sahabat,
ukhwah yang terbina kerana Allah,
takkan mudah goyah disebabkan dugaan kehidupan,
Insyallah segalanya pasti ada penyelesaian,
Cukuplah Allah segalanya buatku...
Uhibbukilallah....

*jadilah ibarat pohon. Sekalipun dibaling dengan batu tetapi tetap menghasilkan buah.

kemenangan setelah kegagalan


Bismillahirrahmanirrahim....
First of all,setinggi-tinggi kesyukuran kepada Allah,Al-Khalik yang memberi kita nikmat kemenangan setelah bertahun-tahun kegagalan. Bersyukur juga kerana sempat merasai nikmat hari sukan yang paling best kat sekolah shams. Tak pernah merasai kegembiraan seperti ini. Kasihan Along komplen sebab waktu dia dahulu tak semeriah ni. Sedikit sebanyak suasana hari sukan di shams hari ni dapat menyaingi suasana hari sukan kat sekolah SRI dulu. Rindunya....

Kemenangan yang tak disangka-sangka apabila rumah biru muslimin mendapat markah tertinggi. Pada mulanya agak kecewa dan patah hati untuk letak harapan yang terlalu tinggi untuk rumah biru. Perbarisan tak menang. Hias khemah pun tak menang. Padahal usaha-usaha yang semua ahli rumah biru terutamanya batch form5
(Abidah,Aiman,Saddiq,Mahadi,Intan,Hazirah,Sakinah,Hasyimah, kak mun dan ramai lagi...)
rasa macam tak patut di balas dengan kekalahan. Tahniah buat semua.

Oh ye,orang kata maskot Doraemon tu bawa tuah. Sejauh mana kebenarannya tak tahulah.
*tiba-tiba teringat kata-kata si pemakai maskot Doraemon tu selepas kemenangan,"kak..kitorang bakar je doraemon ni.."Aisy,dia tak tahu betapa susahnya buat bende tuh..(walaupun saya tolong cket2 je...)

tadaa...inilah hasilnya......


atlet rumah biru tak ramai.kesian, orang yg sama je lari.


**sedihnya tak dapat pergi Muslimah Stage.Sudahla ini tahun terakhir saya kat sini.huhu..

PENANTIAN RUMAH BIRU BERAKHIR JUGA. KAMI MENANG BERGAYA. SYABAS SEMUA.
ahli rumah biru sila comment^_^


24 Februari 2010

Muslimah Stage

Bismillahirrahmanirrahim...
Setelah sekian lama penantian...
akhirnya, Muslimah Stage jadi jugak diadakan...sempena MRIS(Minggu Remaja Islam)
Muslimin Stage pun ada jugak tapi tak nak 'highlight'kan sangat..
ye la biasanya pun memang muslimin je konker stage tu...

Saya 100% setuju Muslimah Stage tu diadakan,
sebab tahun lepas classmate perempuan saya dah bincang2 dah,

"weh, kalau kumpulan nasyid perempuan ada kat skolah ni kau nak join tak??"
" nak!nak!"
"eh boleh ke ada kump nasyid perempuan kat skolah agama?pastu kita kan dah memang ada kump nasyid lelaki..."
"aku dengar ustazah kata.....(ayat2 utk mengukuhkan fakta masing2)"

saya ingat sampai part tu je.
insyallah kalau Muslimah Stage tu diadakan, pasti ianya berasingan dengan kaum adam.
Atau dengan erti kata lain, pentas tu muslimah punya jadi seluruh dewan tu MESTI muslimah sahaja...
Pasti programnya sungguh menarik. Saya tahu ramai muslimat yang ada bakat bersajak , bersyair, berlakon, nasyid dan macam-macam lagi tapi malu. Jadi,dengan cara ni bakat mereka tu dapat disalurkan dengan cara yang terbaik dan tepat.

Kalau boleh tak nak lah student2 SHAMS selepas sekolah join ujibakat akademi fantasia, raja lawak mahupun apa sahaja program realiti tv sekarang(akademi al-quran tu lain ye..)...
terutamanya yang muslimat. Alasannya kerana di sekolah dulu mereka langsung tak diberi peluang untuk menunjukkan bakat mereka..

Harap-harap Muslimah Stage ni memberi impak yang berbeza...Aamin.
Insyallah,islam kan flexible...


16 Februari 2010

cakap...cakap

Bismillahirrahmanirrahim...
apa sahaja tujuan kita ber'blog'...
hati-hati ye...
pastinya untuk kebaikan dan yang terbaik buat diri kita...
jangan wujudkan persengketaan melalui 'blog'...
sudahnya blog dipersalahkan.
sedangkan 'blog' hanyalah alat,kita yang mengawalnya..

akhir kata,
besar bezanya....
CAKAP APA YANG KITA TAHU
dan
TAHU APA YANG KITA CAKAP...

Setakat ini sahaja,teguran buat mereka.Juga teguran buat diri saya sendiri....Ilal liqa'

02 Februari 2010

Naughty girl?

Bismillahirahmanirrahimm...
lihatlahlah apa yg saya dapat di internet kali ni...
gambar si kakak mengerjakan si adik...heheh


Kalau tengok sekilas ingatkan anak patung yang kena cakar....^_~hehehe

Tanda Kematian


TANDA 40 HARI
Tanda akan berlaku sesudah
waktu Asar. Bahagian pusat kita
akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini
daun yang tertulis nama kita
akan gugur dari pokok yang letaknya di
atas Arash Allah SWT.
Maka Malaikat Maut akan mengambil daun
tersebut dan mula membuat
persediaannya ke atas kita, antaranya
ialah ia akan mula mengikuti
kita sepanjang masa. Akan terjadi
Malaikat Maut ini akan
memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan
jika ini terjadi, mereka
yang terpilih ini akan merasakan
seakan-akan bingung seketika.
Adapun Malaikat Maut ini wujudnya cuma
seorang tetapi kuasanya untuk
mencabut nyawa adalah bersamaan dengan
jumlah nyawa yang akan
dicabutnya.
TANDA 7 HARI
Adapun tanda ini akan diberikan hanya
kepada mereka yang diuji dengan
musibah kesakitan di mana orang sakit
yang tidak makan secara
tiba-tiba ianya berselera untuk makan.
TANDA 3 HARI
Pada ketika ini akan terasa denyutan di
bahagian tengah dahi kita
iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika
tanda ini dapat dikesan maka
berpuasalah kita selepas itu supaya
perut kita tidak mengandungi
banyak najis dan ini akan memudahkan
urusan orang yang akan
memandikan kita nanti.
Ketika ini juga mata hitam kita tidak
akan bersinar lagi dan bagi
orang yang sakit hidungnya akan
perlahan-lahan jatuh dan ini dapat
dikesan jika kita melihatnya dari
bahagian sisi. Telinganya akan layu
dimana bahagian hujungnya akan
beransur-ansur masuk ke dalam.
Telapak kakinya yang terlunjur akan
perlahan-lahan jatuh ke depan dan
sukar ditegakkan.
TANDA 1 HARI
Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana
kita akan merasakan satu
denyutan di sebelah belakang iaitu di
kawasan ubun-ubun di mana ini
menandakan kita tidak akan sempat untuk
menemui waktu Asar keesokan
harinya.
TANDA AKHIR
Akan berlaku keadaan di mana kita akan
merasakan satu keadaan sejuk
di bahagian pusat dan ianya akan turun
ke pinggang dan seterusnya
akan naik ke bahagian halkum.
Ketika ini hendaklah kita terus mengucap
kalimah syahadah dan berdiam
diri dan menantikan kedatangan
malaikatmaut untuk menjemput kita
kembali kepada Allah SWT yang telah
menghidupkan kita dan sekarang
akan mematikan pula.
Sesungguhnya mengingati mati itu adalah
bijak
Saling berpesan2lah sesama kita..

31 Januari 2010

usrah 2010

Bismillahirrahmanirrahim....
Alhamdulillah,akhirnya berkesempatan juga mencoretkan sesuatu lagi dalam blog ni...
walaupun kerja sekolah belum berusik pun lagi...
balik dari KLANA dalam pukul 11.30,pergi kenduri kahwin,tuisyen physics, hantar adik ke asrama dan akhirnya saya di sini,depan laptop...

Sejujurnya,saya tak mahu komen banyak tentang KLANA...apa yang saya dapat sepanjang 3 hari ni itulah bekalan saya, berbekalkan ilmu dan pengalaman yang tak seberapa banyak ni.Insyallah saya akan cuba.ya,SAYA MESTI CUBA....

Hari sabtu, dapat pembahagian ahli kumpulan usrah(ikut form brape kita pegang)...
naqibah bagi tingkatan 3 terdiri daripada majlis2 tertinggi badar seperti Fatin Syuhada, Farzana dan lain-lain lagi.Kemudian naqibah bagi student form4 yang majoritinya terdiri daripada KP2 dan naqibah2 lama...
Majoritinya naqibah baru form5 (saya) dan form6 memegang ahli usrah form5...
tipulah kalau saya katakan saya tak rasa apa-apa.Ibaratnya seorang anak kecil yang baru reti berjalan diajar untuk melompat.Agak mencabar. Dalam masa yang sama dihantui perasaan tidak percaya diri. Kami kan baru...

Kalau ikut post saya sebelum ni, when we meet the right person,we get the right answer.Alhamdulillah saya berjumpa orang yang tepat dalam meminta pandangan. Sangat-sangat membantu. Ghamsahamida...Kimi o ai shiteru....^_^

Apa-apa pun saya masih perlukan teguran dan tunjuk ajar dari sesiapa pun...
"jangan pandang siapa yang katakan,yang penting apa yang ia katakan"


Sebelum saya akhiri entri saya kali ni,saya ingin ingin ingin sangat sampaikan sesuatu ini pada seseorang.

Andai kata Allah singkap keaiban kamu ketika itu,adakah kamu yakin masih mampu lagi terus berdiri di hadapan kami?Dengan lantang mengatakan sesuatu yang tidak kamu lakukan? Bagi kami yang tahu keaiban kamu,amat sukar bagi kami untuk terus respeks pada kamu. Kami sukar percaya. Tapi apa yang kami lihat dan kami nilai adalah kamu yang sekarang,bukan kamu yang dulu.Kamu yang mengetahui(arif). Kami sekali-kali tidak membenci kamu,kami cuma benci atas perbuatan syubhah yang jelas kamu lakukan. Ulangkali kamu katakan,dari hati turun ke hati. Apakan daya, mungkin hijab penyebab apa yang cuba kamu dakwahkan itu tidak sampai ke hati kami.

Maksud surah Assaf ayat 3:
Amat besar kebenciannya di sisi Allah - kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya.

Harapanku agar kamu berlapang dada menerima teguranku ini,
begitu juga kamu...
saya sudah terima input bermanfaat dari kamu sebab saya berpegang..

"Jangan pandang siapa yang menasihati kamu walaupun siapa dia,tapi apa yang ia nasihati..."

Wallahua'lam...sebagai teguran buat diri sendiri juga.....



28 Januari 2010

NIKE

Bismillahirrahmnirrahim....
cuba tengok betul-betul gambar di bawah ni...
saya copy dari email terus yer...

Dear All,
Believe me we ' ll not die if we don ' t use NIKE products. But we ' ll certainly find no escape at the day of judgement that what action we took against NIKE.

P lease boycott NIKE as a minimum.




(rear view )This is what the ' NIKE ' company did .....


' NIKE ' company wrote the name of ' ALLAH ' on the shoes & from the back so no one will notice this .........


IF YOU ARE A REAL MUSLIM
YOU HAVE 2 FORWARD IT DON ' T STO P .......
and say no to wear Nike in future.
whether he apologise for same ..
its a different matter that how much we do against rules of shariah.
but we love Allah.
nobody is ours only ALLAH.
.cant tolerate such type disgusting and punishable activities.

i love my allah and muhammad



Renung-renungkan....macam-macam jer cara orang bukan islam ni menghina agama ISLAM...mainkan kesucian nama ALLAH....kalau bukan kita yang nak pertahankan,sape lagi??


Love Allah,

khairussyifa' shukri

25 Januari 2010

Button Planet's 1st Birthday


Bismillahirrahmanirrahim....
First of all,congratulation for Button Planet for the 1st birthday...
Walaupun dalam keadaan yang tenat macam ni pun saya masih ada masa lagi untuk publish sesuatu kat blog comel ni....
bukak internet pun sebab nak siapkan folio physics,alang-alang tu blogging la skali...
aktiviti bisnes saya pun dah terhenti hampir 2 minggu..asif jiddan jiddan...not purposely...agak padat jadual saya...

Gambar button kat atas tu baru sikit....pendek kata baru 'teruja' sikit...apa kata terus masuk kat blognya...aisy,tak tahu nak cakap camana..comel sangattt...^_^

untuk bisnes part time saya,saya memang perlukan butang...tapi malangnya kat seremban ni susah nak jumpa butang yang comel + unik camtu...

Honestly,ni first time saya join any giveaway...mungkin agak terlebih keterujaannya..dah lama nak cuba sebenarnya,tapi baru la tertunai saat saya posting this entry...saya tak kisah tak menang,memandangkan this is my first trial...

tapi harapan dan impian tu tetap ada....^_^
(just imagine how cute my handmade with those buttons....yeah!)

okay,okay....
i put some more....


then,go by yourself....how cute^_^!!!!!

24 Januari 2010

ada sesiapa tahu?

Bismillahirahmanirrahim...
saya cuma tak faham kenapa display name saya kat semua blog yang saya follow nama mak saya-Nurciana Nasaruddin) bukannya nama saya??

puaslah edit profile, reset balik semua,tapi tetap tak berubah...

ada sesiapa tahu cara nya???harap sangat ada orang respons....


19 Januari 2010

hantu korea

Bismillahirrahmanirrahim...
Annyeong-haseyo...
Perasan tak sejak cerita korea kat 8tv sekarang,Boys Over Flower disiarkan...
ramaila jadi hantu korea...
mula-mula minat cerita tu je,pastu berjangkit pula ngan pelakon2 citer tu,
pastu lagu-lagu dalam cerita tu,hinggakan ringtone kat handphone pun theme song crita tu(kisah benar ni)...aisy..

selepas minat satu team nasyid korea(nasyid la sangat...)...lebih-lebih lagi yang nyanyi time drama BOF tu,SHINEE kalau tak salah...berjangkit pulak kat team nasyid lain, super junior,wonder girls n macam-macam lagi...dan sekarang dari drama,lagu,pelakon korea merupakan topik hangat perbualan...korea tu,korea ni...tak sudah-sudah...

sekarang pun..bahasa komunikasi kami bertambah lagi satu,korean languange...tapi yang basic-basic je(arasso-faham,kenchana-takpe,aneyo-tidak, gamshahamidha-terima kasih..)...setakat ni yang saya tahu muslimat je minat cerita macam tu tak tahu la pulak kalau ada secret admire dalam kalangan pelajar muslimin...ehem-ehem..

Masih tak percaya lagi?hemm,cuba tengok kat bawah plastik meja pelajar perempuan(bukanlah semua)...nanti korang akan tahu...tapi percayala musim korea ni sekejap je...tak lama lagi sebulan dua lagi,bila cerita ni tamat disiarkan.Semua orang dah jadi biasa balik....tak heran dah...

*pada sesiapa yang terasa ni maaflah ye,tak berniat pun nak memerli sesiapa..saya JADI tahu pun sebab kawan-kawan saya pun hantu korea buat masa ni..saya?ada la sikit...cukup setakat ni...ne,Annyong hi-gyeseyo.....

17 Januari 2010

hidup tetap hidup

Bismillahirrahmanirrahim....
Sajak dikala kebosanan.....
tajuk agak kurang sesuai..ape-ape lah ye..

Adakalanya aku rasa lemah
bagai tak terdaya untuk terus berdiri
semangatku makin pudar
apa harus ku teruskan jua?

aku kebosanan
matlamat hidupku cuma luaran
yang ku lalui jadual semalam
bagai tak pernah berubah
sedang aku hampir leka dengan buaian dunia

ku cuba sebaik mungkin
tapi apakah mereka hargai
kata-kata peluntur semangat
sejarah silam yang terus diungkit
buat hatiku terus menjauh
adakah aku masih di jalanan ini???

apa guna aku menangisi lagi
sedangkan dirimu tak pernah peduli
tiada erti sebuah ikatan persahabatan
jika bukan kerana Allah
tiada kata lagi untuk kamu faham
kerna ku yakin kamu begitu jelas tentangnya

berkorban
itu yang ku pegang
tapi adakalanya aku sendiri terbeban
hakikatnya, aku tidak ingin lagi
tapi hidup tetap hidup
tak dinamakan kehidupan
jika tiada pengorbanan,bebanan,ujian...


sajak ni berkisar tentang kehidupan saya...andainya ada yang faham...

16 Januari 2010

Don't Say No Before U Try!

Bismillahirrahanirrahim....
setelah sekian lama picture comel siput ni terperap dalam mailbox saya...
akhirnya saya berjaya juga mengupload kesemua gambar dengan jayanya...hehe
ambillah semangat siput ni sebagai kekuatan kita seharian...
sama-sama buktikan...kalau siput boleh,kenapa tidak aku???


When someone tells you that you can't do something ...

Look around...

Consider all options...

Then GO for it!

Use all the things God gave you


Be creative!
In the end, you will succeed and prove them wrong!

Always remember.... .
Nothing is impossible, if your heart is willing..






A'uzubillahiminassyaitonirrajim.....
Bismillahirrahmnirrahim....

ayat kat bawah sekali tu yg buat x sanggup nak simpan tanpa forward tu..
bce la sampai hbis wahai shabt...

Surat Dari Iblis

Surat ini akan membuat anda benar-benar berfikir

Sebenarnya surat ini hampir membuatku gila saat aku membacanya, tapi
aku harus forwardnya kerna catatan kecil dibawahnya


SURAT DARI SETAN UNTUK MU

Aku melihatmu kemarin, saat engkau memulai aktiviti harianmu.

Kau bangun tanpa sujud mengerjakan subuhmu

Bahkan kemudian, kau juga tidak mengucapkan "Bismillah" sebelum memulai
santapanmu, juga tidak sempat mengerjakan shalat Isha sebelum berangkat
ketempat tidurmu

Kau benar2 orang yang bersyukur, Aku menyukainya

Aku tak dapat mengungkapkan betapa senangnya aku melihatmu tidak
merubah
cara hidupmu.

Hai Bodoh, Kamu millikku.

Ingat, kau dan aku sudah bertahun-tahun bersama,

dan aku masih belum bisa benar2 mencintaimu .

Malah aku masih membencimu, karena aku benci Allah.

Aku hanya menggunakanmu untuk membalas dendamku kepada Allah.

Dia sudah mencampakkan aku dari surga, dan aku akan tetap
memanfaatkanmu
sepanjang masa untuk mebalaskannya

Kau lihat, ALLAH MENYAYANGIMU dan dia masih memiliki rencana-rencana
untukmu
dihari depan.

Tapi kau sudah menyerahkan hidupmu padaku,

dan aku akan membuat kehidupanmu seperti neraka.

Sehingga kita bisa bersama dua kali dan ini akan menyakiti hati ALLAH

Aku benar-benar berterimakasih padamu, karena aku sudah menunjukkan
kepada
NYA siapa yang menjadi pengatur dalam hidupmu dalam masa2 yang kita
jalani

Kita nonton film 'porno' bersama, memaki orang, mencuri, berbohong,
munafik,
makan sekenyang-kenyangya, bergosip, manghakimi orang, menghujam orang
dari
belakang, tidak hormat pada orang tua ,

Tidak menghargai Masjid, berperilaku buruk.

TENTUNYA kau tak ingin meninggalkan ini begitu saja.

Ayuhlah, Hai Bodoh, kita terbakar bersama, selamanya.

Aku masih memiliki rencana2 hangat untuk kita.

Ini hanya merupakansurat penghargaanku untuk mu.

Aku ingin mengucapkan 'TERIMAKASIH' kerana sudah mengizinkanku
memanfaatkan hampir semua masa hidupmu.

Kamu memang sangat mudah dibodohi, aku menertawakanmu.

Saat kau tergoda berbuat dosa kamu menghadiahkan tawa.

Dosa sudah mulai mewarnai hidupmu.

Kamu sudah 20 tahun lebih tua, dan sekarang aku perlu darah muda.

Jadi, pergi dan lanjutkanlah mengajarkan orang-orang muda bagaimana
berbuat
dosa.

Yang perlu kau lakukan adalah merokok, mabuk-mabukan, berbohong,
berjudi,
bergosip, dan hiduplah se-egois mungkin.

Lakukan semua ini didepan anak-anak dan mereka akan menirunya.

Begitulah anak-anak .

Baiklah, aku persilakan kau bergerak sekarang.

Aku akan kembali beberapa detik lagi untuk menggoda mu lagi.

Jika kau cukup cerdas, kau akan lari sembunyi, dan bertaubat atas
dosa-dosamu.

Dan hidup untuk Allah dengan sisa umurmu yang tinggal sedikit.

Memperingati orang bukan tabiatku, tapi diusiamu sekarang dan tetap
melakukan dosa, sepertinya memang agak aneh.

Jangan salah sangka, aku masih tetap membencimu.

Hanya saja kau harus menjadi orng tolol yang lebih baik dimata ALLAH.


Catatan : Jika kau benar2 menyayangiku , kau tak akan memberi surat ini dengan sesiapapun


********************************************************************************

tak kira la ape pun pandangan kita mengenai surat ni, anggap ia sebagai suatu mesej penting yang pernah hadir dalam kehidupan kita(terutamanya saya). Tak perlu nak sahkan kebenarannya, kerana saya yakin memang itulah matlamat iblis sejak dari dulu lagi...

muhasabah,muhasabah dan muhasabah.....

Cerpen : Partikel Tuhan (PART 1)

“Kau tahu apa yang paling kecil dalam dunia ini - pada tahap yang boleh dijelaskan?” “Atom?” “Sekadar meneka atau apa?” “Penge...