Nasyid Instrumental

28 Disember 2014

That Threshold, maybe?

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum.

Masih dalam fasa study week. Maaf, waktu-waktu begini, ada ketika aku jadi buntu, mahu laksanakan itu ini segala, tapi muncul pula bisik hati sendiri.

"kau orang tengah study week, kau sibuk pula meniaga..."
"kau orang tengah banjir, kau sibuk minta soklan past year..."
"kau orang tengah banjir, kau sibuk update status pasal benda lain...."

Tak kurang juga, terbaca kalam seorang anak muda, emosional sangat barangkali.
"Aku tak nak baca dan tak nak tengok status lain melainkan status berkenaan BANJIR sahaja"

Lagaknya, seolah-olah kami memang tak simpati dan kami mati rasa atas apa yang berlaku. Entahlah, "kesian" dan update status segala berkenaan banjir perlu, tapi rasanya lebih baik kalau dibumikan rasa simpati itu atau istilahnya "empati".

DOA, seiring usaha, boleh?

Kalau duduk, baca dan tulis laporan whatsapp dan newsfeed selang satu jam pun takpa, asal tahu bagaimana ingin bantu....jom salurkan rasa simpati~ tak cukup "kesian" dan "semoga dipermudahkan urusan" kalau realitinya kau cuma menaip rasa kesian itu dengan jemari, err, berdoa dalam whatsapp.

*teguran ni tak lebih untuk diri aku +_+

****
Threshold, kalau dalam definisi sains yang aku fahami, threshold seolah-seolah satu limit yang yang kau kena lepasi (nak tak nak kena jugak) supaya kau boleh pergi ke peringkat seterusnya. Peringkat yang lebih baik mudah-mudahan.

Kalau facebook tanpa butang like boleh?
Kalau buat kerja Islam tanpa dipublisitikan jawatan dan wajah di sana sini boleh?
Kalau buat kerja apa pun tanpa perlu fikir nilaian manusia boleh?
Tanpa perlu fikirkan hasil kerja kau lebih sempurna sebab kau 'seseorang' pada pandangan manusia?

Kalau buat kerja tanpa rasa ditekan oleh orang sekeliling?
Tanpa perlu fikirkan betapa banyak duit yang keluar, tanpa rasa takut oleh kekuasaan tadbir manusia, dan bersabar atas kerenah yang di atas dan dibawah.

Kalau buat kerja Islam tanpa perlu berurusan dengan lelaki boleh?
Kalau buat kerja Islam tanpa ada keterikatan dengan whatsapp dan facebook boleh?
Kalau buat kerja Islam, tanpa berulangkali remind diri sendiri pasal 'niat', boleh?

"Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar."
- [Al-Baqarah 2:155]

Kalau tak perlu menyampaikan di khalayak, kerana belum menuntut ilmu secara ta'allim pada selayaknya. Boleh? 

*Maaf, hasil bacaan aku banyak ketikanya cukup sekadar untuk aku faham. Bimbang apa yang aku sampaikan salah, kerana aku memahami buku dan ilmu itu atas tafsiran aku.  

Dan juga akhiran, ingatan untuk diri, walau susah pun keadaan tu (pada aku), aku tetap juga kena lepasi threshold itu, untuk jadi seorang yang lebih baik, Inshaa Allah. Tarbiyyah Allah menerusi masalah yang kita hadapi. Allah menguji kita pada titik kelemahan kita, bukan pada titik kekuatannya. Ada orang kelemahannya harta, jawatan, perempuan, pelajaran dan lain2. Maka Allah akan uji kita pada kelemahan kita.

Bukankah dunia ini tempat ujian?

ونبلوكم بالشر والخير فتنة وإلينا ترجعون
Dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai dugaan; dan kepada Kami-lah kamu semua akan dikembalikan. [Al-Anbiyaa’: 35]

dari post yang lalu~

*****

Sedikit perkongsian sabda Rasuluilah SAW:
"Sesungguhnya iman itu boleh lusuh seperti lusuhnya pakaian, maka bendaklah kamu memobon doa kepada Allah SWT supaya diperbaharui keimanan itu di dalam jiwa kamu.'
 (HR Al Hakim dan At Tabrani)

Aku masih menulis,
Upcoming cerpen~
1. Zinnirah
2. Wabak
3. Beribu kali taaruf
4. (sedang menelaah buku berkaitan ideologi, supaya aku dapat sampaikan dalam bentuk cerpen yang mudah difahami)

Maaf, aku baru perasan, aku ada kesulitan untuk menulis dalam bentuk artikel. Mungkin perlu diasah~

Taqaballahu minna wa minkum
"Syifa, orang duk kalut pasal banjir, bahayanya ideologi islamisme, skeptikalisme, liberalisme, kau boleh bicara pasal kau hati dan perasaan kau.."

T_T
(aku tak tahu nak tulis apa, beberapa cerpen aku banyak terkandas. Mungkin sebab kurang disiplin dalam penulisan)

*takda mood nak menulis

Apa yang membuatkan penulisan itu jadi lambat prosesnya?
Sebab kau perlu sepenuh tenaga memerah idea untuk mencerna apa yang telah dibaca.
"Analysing" phase.

Kalau orang itu menulis pada kadar yang kejap, mungkin dia tak guna otak..hehe. taklah, sangka baik, mungkin dia dah simpan lama dalam otak, tinggal dia tak punya masa untuk menulis.

22 Disember 2014

Teguran yang baik

Bismillahirrahanirrahim

Hari ni, usai solat subuh. Kepalaku pening. Aku mengambil keputusan untuk masuk kerja sedikit lewat berbanding selalu. Pukul 9 pagi baru aku nak punch card.

Kebetulan pakcik guard duduk berdekatan mesin itu.
"Eh, Assalamualaikum pakcik...err saya lambat sikit hari ni.."

"Awak ni pekerja kontrak ke ape?on off on off... Kerja ala kadar, kerja kat sini sekadar batu loncatan je...."

Gulp~ tersentap aku dibuatnya...
Allah, jauh sekali niatku sebegitu. Aku disini cuba membantu semampuku, memberi sebanyak mungkin, berkongsi ilmu Tuhan yang dikurniakan padaku...

Teguran tu boleh datang melalui mcm2 cara, melalui siapa2 pun...barangkali itu teguran dariNya untuk aku memperbaiki niatku semula~

Terima kasih Allah;)

#catatanlalu


(kebelakangan ni hobi buat hashtag..)

06 Oktober 2014

Men Are From Mars, Women Are From Venus

Bismillahirrahmanirrahim,
Jujur, tak mampu nak habiskan baca buku ini. "Men Are From Mars, Women Are From Venus" ditulis oleh John Gray. Sebenarnya buku ini dah lama elok tersusun kemas atas rak buku di rumah, tetapi tak tergerak pula hati untuk membacanya. Cuma, 2 hari lepas, disebabkan sakit perut memulas-mulas dan membuatkan aku hanya terbaring di sofa, tergerak pula mengambil sebuah buku sebagai bahan bacaan untuk meredakan rasa sakit dan bedtime story mungkin, hehe. (Hikmah sakit supaya banyakkan membaca)

Ini bidang umi, psikologi perbandingan jantina gitu. Aku pun tak berapa arif. Umi ada mencadangkan sebuah buku lagi tajuknya, "Relasi Gender", buku berbahasa Indonesia, penulis dari sana. Bukunya kata umi lebih terperinci dan mendalam tentang perbandingan gender ni. Aku kenal buku-buku umi, dari segi warna kulitnya dan kedudukannya di rumah. Cuma, tak berapa rajin membaca buku bercorak fakta. Selak-selak rajinla.Nak baca, kena siap buat nota warna-warni Insyallah tak tidur time baca.

Aku boleh katakan buku ini lebih sesuai dibaca buat orang yang sudah ada niat ke arah pembentukan peribadi muslim yang kedua ; baitul Muslim. Sebab kebanyakan bab-bab di dalamnya lebih kepada membetulkan silap faham isteri terhadap suami dan suami terhadap isteri setelah beberapa tahun bernikah. Oh, lebih baik untuk orang yang dah bernikah sebenarnya. Aku sendiri baca buku ini, terasa macam kurang menjejak sikit pada realiti, sebab 'men' yang aku bayangkan adalah lelaki-lelaki di sekeliling aku seperti ayah, along, muhsin dan adik. Maka, aku hanya baca sebahagian bab yang aku rasa ada kaitan dengan aku ja...(panjang pulak merepek..)

Ketika baca tu, banyak kali jugalah dalam hati tu, "Oh no wonderlah diorang buat gini gini gini..".

 Aku cuma nak share berkaitan bab kedua dalam buku tu,
"Mr. Fix-It dan Jawatankuasa Home-Improvement" (aku baca BM ja..;)



Aku rasa naif sangat ketika baca tu, patutlah diorang tak suka aku buat macam tu. Sebabnya lelaki ada pasak satu prinsip dalam diri mereka iaitu,

"Don't fix it unless it's broken" - jangan cuba perbaiki sesuatu jika ia tidak rosak

Mudahnya, lelaki tak gemar kalau dinasihati perempuan atau diberi cadangan pembaikan sebab pada mereka kalau kita tegur atau nasihat tu maksudnya seolah-olah dia macam gagal dalam bab tu. Lelaki akan rasa seolah-olah perempuan tu cuba mengubah diri dia dan 'memperbaiki' dirinya. Lebih kurang la. 

Tetapi pada perempuan, it's different thing,

"Pada perempuan, memberi nasihat dan cadangan tanpa diminta adalah tanda kasih sayang. Ini tersangatlah betul. Orang perempuan tegur kerana dia mahu orang yang dia sayang buat lebih baik pada masa akan datang. Dia tak nak orang ramai kritik sampai melukakan hati lelaki. Sebab tu dia tegur awal-awal. Memberikan nasihat dan kritikan membina juga adalah suatu luahan kasih sayang bagi orang perempuan."

Betul, betul dan tersangatlah betul... :D

Aku beri teguran dan nasihat pada sahabat-sahabat perempuan sebab aku juga nak diingatkan dan dinasihatkan di saat aku leka dan lalai. Tapi mungkin berbeza pada muslimin. Dan aku baru tahu, lelaki tak suka perempuan bagi nasihat tanpa dipinta, (yang ini aku selalu buat kot). Masa yang sesuai lelaki tu perlukan nasihat kita mungkin ketika dia meluahkan rasa pada kita dan minta pendapat kita. Itu masa yang sesuai.

Dan ada satu perkara yang banyak kali aku tersenyum seorang diri apabila mengingatkannya,
"Lelaki adalah Mr. Fix It"

Aku teringat ayah, apabila aku mengadu pada ayah(selama ini aku cerita pada umi),
"Ayah, kereta angah rosak macam ni, macam ni. Compressor bla bla bla. Filter bla bla bla. Kena bayar banyak ni....enjin dia pakai minyak banyak gak, minyak mahal. Kena pandai berjimat-cermat. Penat drive kadang-kadang, kaki lenguh...mata silau drive malam-malam. Pastu...".

Aku tak habis cerita lagi, jawab ayah, "nanti ada rezeki kita beli kereta baru ye"

Ayah fix the problem. Fullstop. Tapi sebenarnya itu bukan satu masalah pun pada aku. Aku just luahkan apa yang terpendam di hati dan aku tak harap ayah selesaikan pun. Mungkin lelaki patut banyak belajar mendengar dan bersabar. Dan belajar respon. Aku teringat kisah Saidatina Aisyah bercerita dengan Rasulullah perihal 10 orang isteri dan perihal suami masing-masing, last-last Rasulullah jawab, "Bukankah aku lelaki yang lebih baik dari semua lelaki itu...",kerana dengan sabarnya mendengar cerita 10 orang isteri beserta suami mereka. Lelaki kalau nak jadi sweet gitu, ikutlah Rasulullah. (panjang lagi nak tulis ni tapi takpa la..hehe, lelaki tak suka bagi nasihat tiba2 ni.)

Aku lebih berminat dengan jawapan umi,
"Sabarlah, jalan menuntut ilmu mana ada yang mudah. Semua Allah akan uji..."

Dan lelaki selalu fikir, kalau orang perempuan meluahkan kadangkala seolah-olah macam meletakkan salah tu pada diri dia,tapi sebenarnya perempuan meluahkan bukan untuk diselesaikan masalahnya, dia cuma berharap orang itu faham. Itu ja...

Kalau rasa penulisan aku berat sebelah, aku minta maaf awal-awal la...
Aku tak reti jadi neutral dalam penulisan seperti penulisan Zaid Akhtar yang apabila orang baca tulisannya seperti seorang perempuan yang menulis membuai rasa sebagai seorang yang berjiwa perempuan. Ok, aku melalut..hehe.

 Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).

Surah Al-Hujurat: ayat 13

Mencari titik persefahaman itu perlu dan berkenal-kenalan itu luas konteksnya.

***

Ceconteng;

Malam kelmarin
Aku melepas esak sendiri
Merenung diri yang aku kian tak kenal siapa
Pada dunia yang aku bakal tinggalkan
Pada amal yang tak seberapa
Pada hati yang lalai, leka
Pada kerja yang entah dimana penghujungnya
Pada manusia yang suka menilai atas apa yang dipertontonkan

Dan aku cuma berharap redha-Nya mengiringi niat dan langkahku

Biarlah orang tak kenal, tapi kerja Islam itu berjalan. 
Buat apa sedih-sedihkan kemuliaan yang manusia beri,
Sedang kemuliaan di sisi Allah itu kan rahsia Ilahi. Biar manusia tak kenal...
Jangan paksakan diri jadi orang lain...
;)

"Syifa, jangan senyum macam tu lagi.."
"Kenapa dengan senyuman ni?"
"Senyuman itu seolah-olah syifa berusaha untuk jadi tabah"
 Aku tersenyum dengar komen sebegitu
"Hmm, senyum macam tu ok, nampak ikhlas..."

Wallahua'lam,
Taqaballahuminnawaminkum

 Untuk lebih penghayatan, boleh baca sambil dengan instrumental City Hunter;)
"Emosional xpa, asal rasional"

03 Jun 2014

Bidadari

 
Bismillahirrahmanirrahim,
 

 

Video yang sangat-sangat menusuk ke hati. 
Menjadi muslimah sempurna itu mustahil, cukuplah menjadi muslimah yang berusaha untuk menjadi sempurna dengan solehah. Doakan ;)

Suka share video ini berulangkali, kalau tiba-tiba rasa hilang semangat mengejar solehah. Setidak-tidaknya boleh view di blog. Sebaik-baik peringatan adalah terhadap diri sendiri...

***

Ada ketika, ada saatnya, aku memilih...

" aku tak nak yang sekadar ya hanana, ya tayba, ke majlis maulid. Aku perlukan yang juga turut berjuang"

Muhasabah menarik aku kembali ke realiti...

"Layakkah aku untuk memilih?"
"Siapalah aku..."

Andai aku tiada sebab untuk menolak, apa salahnya untuk aku menerima.

Wallahua'lam.

13 Mei 2014

Home

Bismillahirrahmanirrahim,

Assalamualaikum,
I just called umi.
Umi was enduring a fever.
Umi asked me,
"Angah, nak cakap ngan ayah tak?"

"Hmm, takpe kot.. kirim salam ja ngan ayah", I replied with a mind full of thinking of all the assignments,reports and presentations to be submitted by the end of this week. Then,suddenly umi gave the call to ayah.

"Angah, ayah nak balik terengganu dah malam ni...boleh tak angah balik teman umi?Umi demam".

I was about to cry~
It was a tough situation~
I just want to be a good daughter~
AND,
I just need someone to help me out...

When my parent asked me to do a favour. Its not a choice to choose. I have to do it as long as my parent asked me to something that not oppose syariah...

Insyallah, I'll back to Seremban after maghrib prayer and drive back to Nilai early morning tomorrow. Then, drive to Kajang for GISO's paperwork.

Allah, I just need that strength.
Coz I know...
"If I didn't believe on my ability to do something.
Then I believe in Allah's strength to help me"

Stay strong syifa;)

*For u, I have a lot of thing to put in my mind, please don't make it harder. Please...

11 Mei 2014

#Lawatan Industri

Bismillahirrahmanirrahim,
Lawatan Industri kat PPK technology
Suka lihat wajah ceria mereka :)

Aku tak berkesempatan untuk menulis atas timbunan kerja yang perlu diselesaikan minggu ini. Tambahan hujung minggu lalu, aku diuji dengan keadaan kesihatan yang tidak menentu menyebabkan tergendala segala sementara lab report dan assignment. Kali ini nak berkongsi assignmentku untuk subjek "Critical Thinking & Problem Solving", written in English:)

Malu sebenarnya nak kongsi disebabkan bahasa Inggerisku yang caca marba, tunggang-langgang dengan grammatical error, tenses dan segala bagai. Namun, memikirkan ada mesej yang aku nak mereka yang lain juga terima sepanjang LI kami, maka, buat-buat tak malu...^_^

      On 22nd of April, I experienced a really great experiences during doing my industrial visit at PPK Technology. It really helps me as it indirectly give me a picture of how and type of occupation that suitable for us after graduating from  Applied Physics Course.  PPK technology is  basically a type of bussiness  involving traffict light technology. On top of that, one fact that made me amazed is PPK Technology is the only company in Malaysia that invent the traffic light from A to Z. PPK Technology designed and invented their own model of circuit that operate the traffic light, software and so all compared to other traffic light company in Malaysia that only import the software and the component inside the traffic light. 

The PPK Technology had brief us their products like Traffic Light Alert System, Greenwave Linking and Advanced Vehicle Countdowns. Their company delegate Mr. Mudassir, engineer from Pakistan to explain to us about their products and so forth. He is a young man, at the age of 30 (I guess) with genius mind. It is not surprising if in another 10 years he will be somebody like Mark Zughemberg, maybe. And there is a myths about creativity that creativity requires high IQ.  I had been told by the staff there, that he is the one that design every single circuit in the component of traffic light, the software to control the timing the traffic light. Subhanallah, the praises all back to the Creator, Allah.  How He grant him with a very  bright mind. I just learnt how to connect the gates with the resistance, wire, LED, transistor. It is not an easy thing to do. Beside, I love to relate with ways that can help us to apply creativity to solving problems and issues like inventing a new product or services and improving things.  Instead of keep importing component from foreign country, PPK Technology design and invent their own circuit. Beside, they improve the technology of traffic light by proposing new idea.

During the brief, it seems like he is teaching us from basic, since we just learn the subject of Digital Electronic this semester. He often asks, what this, why it become like this, did you know about this and others. It all a new thing to us frankly speaking. There is a voice inside me that evoke me,  " What did I learn in Applied Physics Course after 2 years ?". What is the meaning of taking physics but the basic thing about electronic, and we barely answer that.  Make us a time to tafakkur fo awhile.

"Verily, in all this there are messages indeed for those who can reflect" 
(al-hijr : 75)

We refresh again our intention(niat) to study. He advised us, "Study not for the sake of exam. Be useful for yourself and others".  Remind me a hadith of Rasulullah saw that Rasulullah mention that the best person is a person that useful to the others.

 I asked myself, how my knowledge on physics useful for myself, for ummah and Islam in the future?If I only study for the sake of examination.


Wallahua'lam.
Taqaballahuminna wa minkum.

*tiba-tiba datang perasaan gerun untuk berpraktikal in another 1 year and half;(

06 Mei 2014

Sahabat;)

Bismillahirahmanirrahim.


Assalamualaikum....
Remember my last entry?
Berkisar mengenai harapan. Sudah tentunya ada sesuatu yang menyebabkan aku tersedar~

Katakanlah ye...(tak semestinya betul, tetapi boleh jadi betul)

Aku bersahabat dengan seseorang. Aku sayang sangat kat dia. Kami yakin sangat persahabatan kami akan saling membawa kami dekat pada Dia. Ditakdirkan Allah kami ditempatkan sebilik untuk satu tempoh yang lama. Hidupku terasa warna-warni. Aku yakin dengan dia sentiasa di sisi akan membawa aku kearah satu perubahan yang lebih baik. Aku yakin dengan kekuatannya aku menjadi lebih baik dari sebelumnya.

Maka, Allah datangkan suatu hari. Yang aku sendiri tidak pasti dimana silapnya.

Dia melihat begitu banyak kelemahan aku. Segalanya serba tak kena. Kami saling tak sependapat. Dia juga cenderung mendengar dan mengiyakan kata-kata negatif mereka padaku. Padahal, sebelumnya dialah yang paling setia dan paling baik terhadapku.

Kadangkala dia dan aku, masing-masing lupa betapa lama persahabatan kami dan betapa rapatnya kami sebelum ini. "We used to be close....;(". Pertelingkahan demi pertelingkahan terjadi.

Tibalah suatu hari,
Sehinggakan aku rasa, "Masalah ini terlalu besar dan aku tak nampak dimana jalan penyelesaiannya. Atau mungkin kita tak ditakdirkan untuk bersahabat. Dan lebih baik persahabatan ini sampai sini ja, daripada masing-masing terluka"

Kami sama-sama dengan esak tangisnya tika luahan demi luahan terlalu pedih untuk ditanggung.
Aku terluka, dia terluka.

Allah~

Lantas dia bertanya,
"Apa sebabnya persahabatan kita jadi macam ini...."

Aku bersyukur atas ilhamNya di saat itu. Muhasabah yang menyentak hati kerasku yang penuh ego.

"Perasan tak selama kita tinggal bersama ini. Kita rapat sangat. Kita sentiasa bersama. Semua perkara kita kongsi bersama, buat bersama. Bila ada masalah pun, apa-apa kita kongsi berdua. Dalam tak sedar, bila kita ada masalah, pihak yang pertama yang tahu tu sahabat kita, bukannya ALLAH. Macam mana Allah nak jaga persahabatan kita, kita ketepikan Allah.......".

"Bila kita tinggal bersama, kita yakin sangat dengan sahabat kita, kekuatan sahabat kita, dapat jaga diri kita dari kejahatan dan maksiat diri kita yang lalu, supaya tak berulang....terlalu yakin. Hinggakan kita lupa sesuatu. Kita lupa nak sandarkan kekuatan sahabat kita tu pada ALLAH. Sahabat kita tu pun manusia, dia kuat sebab Allah yang bagi dia kekuatan"

Kata Sheikh Abdul Qadir Jailani :
Kadang-kadang, tanda cinta Allah dekat seseorang itu. Allah akan biarkan hati dia hancur berkali-kali sampai dia rasa tak ada harapan lagi untuk dunia ini, dan itu akan menyebabkan dia akan punya harapan pada ALLAH sahaja.


Wallahua'lam.

23 April 2014

Rehatnya kita

Bismillahirrahmanirrahim....

Sistem pesanan ringkas ku taip pantas sebaik terjaga subuh itu,


"Salam, awak...saya tak pasti dapat pegi ke tak pagi ni. Saya sakit kepala sikit, semalam saya memandu jauh. Pukul 1 baru pulang. Maaf ye"


Seketika, panggilan daripada sahabatku,
Dia       : Syifa, awak nak pergi ke tak?
Aku      : Hmm, saya sakit kepala. Mungkin semalam memandu lama, saya tak biasa. Malam tadi pun balik lewat.
Dia       : Awak duduk sebelah pun takpe, biar saya yang memandu. *ayatmemujuk*

Dengan berat hati dan demi menjaga hatinya,
"Ok awak. Saya siap-siap ni. 10 minit"

Kemudian, sepanjang permusafiran berbual-bual dengannya. Perasan juga matanya yang merah. Berkali-kali aku tanya,
"Awak ok tak ni?", "Awak sihat tak ni?"

"Okay ja", jawabnya pendek

Lama setelah itu, baru aku tahu bahawa dia semalaman langsung tidak tidur kerana menyiapkan kerja-kerja Islam. Allah~ Saat kita mengeluh kurangnya tidur kita dari kebiasaan, kurangnya kita berehat. Ada sahabat seperjuangan yang langsung tak memikirkan masa rehatnya, masa tidurnya.

Alangkah perasannya kita ;(



قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : “عَيْنَانِ لاَ تَمَسُّهَمَا النَّارُ أَبَداً : عَيْنٌ بَكَتْ مِنْ خَشْيَةِ اللهِ، وَعَيْنٌ بَاتَتْ تَحْرُسُ فِيْ سَبِيْلِ اللهِ”.

Rasulullah SAW bersabda: “Dua mata yang tidak akan disentuh api neraka untuk selama-lamanya : mata yang menangis karena takut kepada Allah dan mata yang berjaga malam di jalan Allah”.    
                                                                                                                          [HR: Tirmidzi]

Wallua'alam. Taqaballahuminnawaminkum.

13 April 2014

Zaman y kurindu;)

Bismillahirrahmnairrahim


Aku rindu zaman ketika usrah adalah kemestian, bukan sekedar sambilan apalagi hiburan …

Aku rindu zaman ketika membina anak-anak usrah adalah kewajiban bukan pilihan apalagi beban dan paksaan …

Aku rindu zaman ketika dauroh menjadi kebiasaan, bukan sekedar pelangkap pengisi program yang dipaksakan …

Aku rindu zaman ketika tsiqoh menjadi kekuatan, bukan keraguan apalagi kecurigaan …

Aku rindu zaman ketika tarbiyah adalah pengorbanan, bukan tuntutan, hujatan dan sampingan….

Aku rindu zaman ketika nasihat menjadi kesenangan bukan su’udzon atau menjatuhkan…

Aku rindu zaman ketika kita semua memberikan segalanya untuk da’wah ini …

Aku rindu zaman ketika nasyid ghuroba manjadi lagu kebangsaan…

Aku rindu zaman ketika hadir usrah adalah kerinduan dan terlambat adalah kelalaian …

Aku rindu zaman ketika malam gerimis pergi ke puncak mengisi dauroh dengan wang yang cukup-cukup dan peta yang tak jelas …

Aku rindu zaman ketika seorang ikhwah benar-benar berjalan kaki 2 jam di malam buta sepulang berda’wah di desa sebelah …

Aku rindu zaman ketika pergi usrah selalu membawa infaq, alat tulis, buku catatan dan qur’an terjemah ditambah sedikit hafalan …

Aku rindu zaman ketika anak usrah menangis karena tak bisa hadir di usrah…

Aku rindu zaman ketika tengah malam pintu diketuk untuk mendapat berita kumpul di subuh harinya …

Aku rindu zaman ketika seorang ikhwah berangkat usrah dengan wang belanja esok hari untuk keluarganya …

Aku rindu zaman ketika seorang murobbi sakit dan harus dirawat, anak-anak usrah mengumpulkan dana apa adanya …

Aku rindu zaman itu …

Ya Rabb …

Jangan Kau buang kenikmatan berda’wah dari hati-hati kami …

Ya Rabb …

Berikanlah kami keistiqomahan di jalan da’wah ini …


Cetusan kata-kata  "Sang Murabbi" KH Rahmat Abdullah

15 Mac 2014

Psikologi Umi

Bismillahirrahmanirrahim

Minggu ini aku tak pulang menemui umi dan ayah. Ada kerja yang menuntut untuk konsentrasi sepenuhnya untuk diselesaikan dan dihantar pada minggu ini. Kebiasaanya aku tetap akan pulang walaupun cuma sejam. Melihat wajah umi dan ayah. Membantu umi dengan kerja-kerja rumah. Satu kebahagiaan yang tak ternilai.

Minggu lalu, aku terlibat dengan English Debate untuk Piala Naib Canselor. Makanya, aku pulang sedikit lewat, sebaik sahaja kumpulan aku tak terpilih untuk ke suku akhir. Oh, betapa aku berharap untuk tidak ke suku akhir supaya aku dan teman-teman sekumpulan dapat pulang ke hometown tercinta~ Tambahan sms umi ke nombor handphoneku, terasa mahu accelerate terus sampai ke rumah, taknak langsung berhenti kat tol.hehe. SMS yang sebenarnya membawa mesej yang sama iaitu menyuruh aku pulang....

"Salam angah, apa khabar debate angah?Hari ini angah balik tak?"
"Salam angah, balik tak petang ni?"
"Angah jadi balik tak?"

Aku mengerti, umi sangat memerlukan aku ketika itu. Memerlukan teman untuk berbicara, mengadu letih dan sakitnya dengan kerja dan hal ehwal rumah yang biasanya hanya diambil tahu oleh kaum hawa sahaja. SMS umi mengingatkan aku pada sepupuku yang petah berkata-kata yang sibuk mengajak aku kedai setelah aku baru lulus lesen memandu.

"Kak Ngah, kak ngah nak pergi kedai ke?"
"Kak Ngah nak pergi kedai mana?"
"Bila Kak Ngah nak pergi kedai"
"Jadi ke kita nak gi kedai?"

Itulah zikir dia dari pagi, dan petang itu baru aku membawa dia ke kedai.

Saat aku lalu di kawasan kejiranan, kelihatan kereta Livina X-Gear seakan milik umi. Betapa aku mengharapkan umi yang membawa kereta itu. Aku lihat kucing melintas jalan, kalau umi yang melihatnya, pasti dia akan mengomel seolah-olah sedang memberi nasihat penuh keibuan pada kucing itu, "Dah berapa kali dah umi pesan, main tepi-tepi, nanti kena langgar......". Kucing memang dah lama menjadi sebahagian dari diri umi.

Aku teringat, suatu masa, hatiku berdebar-debar, kebimbangan, seakan sesuatu yang buruk terjadi pada umi. Aku hubungi umi, rupanya umi tengah susah hati sebab Unchang dah 2 hari tak balik rumah.

Aku selalu berfikir, apabila aku pulang ke rumah, kerana umi memerlukan aku. Aku silap. Aku memerlukan umi lebih daripada umi memerlukan aku.

Ketika remaja lain punya sahabat karib sebaya tempat mencurah masalah, perasaan dan kebimbangan. Sahabat karib aku sejak aku menaftar di sekolah menengah ialah Umi. Umi tak pernah jemu dengar kisah aku walaupun entah berapa kali aku cerita kisah yang sama. Di saat aku lemah, susah nak bezakan voltaic cell dan electrolytic cell, di saat aku gagal untuk tukar kos pengajian, di saat aku kecewakan diri aku dengan keputusan yang aku buat, di saat aku rasa down sebab tak mampu nak buat Wave Vibration. Umi tetap ada di samping aku.

Dan di saat aku kecewakan umi dengan keputusan aku, umi tetap ada memberi semangat untuk aku terus melangkah dan mendepani masa depanku. ;-)

Ya Allah, kurniakanlah rahmat dari sisi-Mu kepada umi dan ayahku.

#pura-pura kuat menahan rindu dengan tidak menelefon umi cuti ini.

24 Januari 2014

Healing ^_^

Bismillahirrahmanirrahim
Melihat pada timeline post terdahulu.
Paling tidak satu entri sebulan... tapi sekarang dua tiga bulan baru satu entri.
Kenapa ye begitu? Dan aku jadi seolah-olah jauh dari dunia penulisan.
Kurang membaca barangkali.

Menulis bukan sekadar menyampaikan tahu, tetapi memaknakan tahu dalam diri.



Ada seorang teman, saat aku mengadu perihal semangatku yang makin hari menjunam ke dasar. Seakan-akan aku lihat cahaya dari puncak. Aku daki puncak itu, tetapi apa yang kulalui semakin gelap dan hitam.

Kata dia," Awak, tak semua orang sedar apa yang dia lalui. Ada orang apabila diuji sebegini, dia tak rasa apa-apa. Alhamdulillah, awak kena bersyukur, awak sedar apa yang berlaku dalam diri awak"

Aku diuji dengan sesuatu yang boleh aku istilahkan dahsyat. Membuatkan aku tertanya-tanya sendiri, benarkah aku yang mengawal diriku sendiri (atas izinNya)?

Kata aku, " Saya boleh buat apa awak?Kalau saya hanya tersedar, tapi saya tak boleh nak bimbing semula diri sendiri"

"niat untuk berubah perlu disertai usaha ke arahnya"

Easy steps, perkongsian dari Habib Najmuddin, yang paling penting untuk berubah...
1)Niat yang benar
2)Bermujahadah bersungguh-sungguh
3)Serahkan segala urusan kepada Allah, In Shaa Allah
"Faiza 'azamta fatawakkal 'allah"

Pesanan untuk penulis,
"mungkin ada ketikanya kita merasa lemah, apabila apa yang kita tulis dan kita coretkan diuji dengan sehebat-hebat ujian, kita bukan setakat jatuh, tapi tersungkur dek kotoran-kotoran disekeliling kita. jatuh berulang-ulang kali. Hinggakan hati kita berbisik, mampukah engkau ini berdiri tegap semula? Hati berbisik lagi, engkaulah golongan da'ie, yang mengaku diri dai'e, yang Allah maksudkan dalam surah assoff ayat 2-3. Yang mengatakan sesuatu yang tidak kau lakukan. Ayat yang engkau lazimkan dalam usrah engkau, bukan untuk mengingatkan mereka. Tapi mengingatkan engkau. Daie pun manusia, yang pastinya berbuat dosa, dan sebaik-baik pendosa adalah mereka yang bertaubat...."

**

Pernah sekali, aku menghadiri ifthar + ceramah. Penceramah itu pelajar juga barangkali. Hebatnya dia berkata-kata. Dengan nada dan suara seolah-olah penceramah yang biasa muncul di kaca televisyen. Apa yang aku lakukan saat itu? aku main game di telefon bimbitku. Serbasalah. Aku berhenti bermain sejenak, aku mengangkat kepala, memandang pendengar-pendengar lainnya. Semua sama, tiada fokus, berjenaka, berbual mesra dan ada yang seperti aku juga.  Aku berusaha menangkap butiran yang disampaikan. Mengapa ya? Ibarat angin lalu... tak jengah ke hati aku?

Muhasabah seketika.
"Kalau sesuatu yang datangnya bukan dari hati, mana mungkin akan jatuh ke hati?"

atau

"Tak mungkin menerima cahaya ilmu kerna dosa, maksiat dan hitamnya hati?"

Terbayang wajah adik-adik usrahku seorang demi seorang. Mungkinkah aku da'ie seperti itu? Memberi sesuatu kerna 'we have to give something' rather than 'we need to give something'.

We need to give something for ummah.  Let's healing for the sake of ummah.
"Islah nafsak wad'u ghairak, Perbaiki diri kamu dan serulah pada orang lain. "
Did anyone wonder why using wa instead of qobla (maksudnya : sebelum)? So that it gives meaning perbaikilah dirimu sebelum menyeru orang lain. Sebab perkataan wa itu maksudnya seiring. Kamu perbaiki diri kamu dan di masa yang sama berdakwahlah pada org lain. Easy dakwah, dakwah bilHal - dakwah with good manners ^_^



"heal and you will be healed
break every border
give and you will receive
It's nature's order"

healing = شفاء

Wallahua'lam.
#taking time to recover, i'm in healing process.
(menjawab x persoalan kenapa tak update blog? ^_^)

Cerpen : Partikel Tuhan (PART 1)

“Kau tahu apa yang paling kecil dalam dunia ini - pada tahap yang boleh dijelaskan?” “Atom?” “Sekadar meneka atau apa?” “Penge...